• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / BAJU REKAAN MENARIK DARI JRIG GEAR

BAJU REKAAN MENARIK DARI JRIG GEAR

June 14, 2021 By Wan Zawawi 12 Comments Filed Under: Review

Isi Kandungan

  • TENTANG JRIG GEAR
  • APA ITU SUBLIMATION PRINTING ?
  • KELEBIHAN BAJU SUBLIMATION PRINTING
  • KENAPA HARUS TEMPAH BAJU DI JRIG GEAR ?
  • REVIEW SAYA APABILA MEMAKAI BAJU SUBLIMATION DARI JRIG

Assalamualaikum..

Ikutkan di hati ini memang sudah lama berkenan dengan baju dari jenis Sublimation . Sambil-sambil mencari kedai online terjumpa pula page di Facebook iaitu Jrig Sublimation And Packaging . Jadi survey punya survey jumpa juga rekaan baju yang berkenan di hati ini . Sebenarnya ada juga bercadang untuk mendapatkan baju jersi untuk aktiviti ” Outdoor ” . Walaupun kita sekarang ni di dalam ” Norma Baharu ” , aktiviti riadah masih boleh dilakukan .

Ok jom beriadah …

Oh ya…Sebelum tu ada juga terdengar iklan tentang JRIG Gear ini di stesen radio kegemaran iaitu BEST FM . Memang mantap juga info dari situ . Ok jom kita kenali serba sedikit tentang Jrig Gear Sublimation ini

TENTANG JRIG GEAR

Jrig Gear Sublimation merupakan sebuah kilang percetakan Baju sublimation yang bertempat di Taman Impian Emas Skudai di Johor Baharu .

JRIG GEAR di facebook

Kilang ini ditubuhkan pada Tahun 2017 dimana sebelum ini ia bergabung dengan kilang percetakan Al Fateh . Pada tahun 2020 , kilang ni bergerak sendirian dan fokus utama mereka adalah untuk menyediakan Baju sublimation dimana ia sangat sesuai untuk kelab , persatuan, dan pelbagai tema baju lain lagi.

JRIG GEAR di Instagram

Kain dan kualiti cetakan sangat baik dari kilang Jrig kerana menggunakan mesin cetakan berkualiti tinggi.

APA ITU SUBLIMATION PRINTING ?

Sublimation merupakan salah satu teknik mencetak yang popular digunakan dalam industri percetakan untuk cenderahati , t-shirt dan sebagainya.

Sublimation salah satu teknik yang menggunakan haba dalam proses untuk memindahkan sesuatu imej dari kertas sublimation atau kertas inkjet . Kemudian kertas ini akan ditekap ke atas produk yang dimahukan dengan menggunakan mesin khas iaitu mesin tekanan haba ( heat press machine ) . Antara produk yang boleh dihasilkan dengan teknik sublimation ini ialah, t-shirt, mug, puzzle, plate dan sebagainya.

Teknik sublimation ini hanya boleh digunakan ke atas produk-produk tertentu sahaja . Teknik ini hanya boleh diaplikasikan ke atas permukaan yang mempunyai suatu lapisan khas. Lapisan khas yang dikenali sebagai coating ini akan membantu penerimaan imej ke atas produk tersebut . Tanpa lapisan ini, gambar tidak dapat dicetak ke atas produk tersebut.

KELEBIHAN BAJU SUBLIMATION PRINTING

Dari segi teknik sublimation printing , ia mempunyai ciri-ciri khas dari segi full color printing , design sublimation yang nampak lebih unik dan harga lebih murah berbanding printing baju secara full body dengan menggunakan teknik silkscreen.

Jinak pula kucing ni..ambik mood beriadah juga la kan πŸ™‚

1) Full Colour Printing

Apa yang menarik untuk baju Sublimation ini ialah , Full Colour Printing atau warna penuh atau bercampur dengan warna lain . Jadi memang sesuai untuk baju jersi , kelab dan juga untuk kegunaan riadah dan bersukan .

2) Rekaan Sublimation unik

Rekaan Sublimation juga unik kerana ia menggabungkan pelbagai warna dan namopak ceria .

3) Harga Yang Berpatutan

Bagi harganya pula amat berpatutan dan sebab itu sering mendapat tempahan yang banyak dari pelanggan .

4) Rasa lebih selesa

Apabila memakai baju Sublimation ini , anda akan berasa teramat selesa sekali .

5) Kain cepat kering

Apabila basuh baju ini , ia memang cepat kering

6) Tidak melekat ketika berpeluh

Bagi mereka yang aktif dengan aktiviti ” outdoor ” sudah tentu kerap berpeluh .. jadi dengan baju ini ia kurang melekat ketika berpeluh .

7) Warna tidak luntur

Ini teramat menarik dan tahan lama juga la apabila warna tidak luntur .

posing dulu …:-)

KENAPA HARUS TEMPAH BAJU DI JRIG GEAR ?

PILIHAN DESIGN YANG MANTAP MELEBIHI 150+++ PERCUMA BUAT ANDA

  • Designer sedia Membantu untuk Design Custom mengikut kriteria diberikan oleh pelanggan
  • Kilang Sublimation yang Mementingkan Kualiti Servis dan Siap Dalam Masa yang Ditetapkan
  • Pilihan Material Premium Microfiber Eyelet
  • Material Berkualiti, Tahan Lasak dan Selesa Digayakan
  • Menyediakan Pakej Mengikut Bajet Pelanggan

REVIEW SAYA APABILA MEMAKAI BAJU SUBLIMATION DARI JRIG

Logo pun cantik
Pandangan tulisan di belakang baju
Ok ngam kacak

Pertama kali menyarung baju ini , terasa amat selesa . Jadi saya pun cuba la untuk buat aktiviti ” Outdoor ” . Ternyata ianya memang selesa , serap peluh dan tidak mudah renyuk . Dengan rekaan yang menarik ini juga dapat tarik perhatian di sekitar saya dan isteri beriadah pada waktu petang kelmarin kerana warnanya lain dari yang lain serta unik . Apabila berpeluh pula , ia tidaklah melekat dan cepat juga kering . Sama juga bila baju ini dibasuh amat mudah kering . Jadi memang tidak hairanlah sebab baju macam ni memperolehi permintaan yang tinggi sama ada dari kelab-kelab sukan , persatuan dan juga pelbagai agensi .

Ok kepada rakan-rakan yang ingin dapatkan baju Sublimation dari JRIG GEAR ini bolehlah ke :-

Instagram : https://www.instagram.com/jriggear

Facebook : https://www.facebook.com/jriggear

(Visited 110 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Cik Puan Ena says

    June 19, 2021 at 1:25 AM

    Suka pakai cmni kt rumah selesa, senang basuh n lipat tak renyuk. Boleh cuci mata tengok design lawa2
    Cik Puan Ena recently posted…PMCOCC – PUBG MOBILE CLAN OF CONQUEROR CHAMPIONSHIPSMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:36 PM

      Ha ah
      Rekaan semuanya boleh tahan
      Rambang juga mata nak pilih

      Reply
  2. Makcik Bawang says

    June 16, 2021 at 12:28 PM

    cantik baju tu

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:36 PM

      Terima kasih

      Reply
  3. Nur says

    June 16, 2021 at 12:18 PM

    Wahhh cantiknya
    nanti boleh survey la

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:37 PM

      Memang cantik-cantik semuanya
      Pilih jangan tak pilih

      Reply
  4. Muhammad says

    June 16, 2021 at 12:17 PM

    rare sungguh design tu bro
    harga mesti mampu milik ni kan

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:37 PM

      Yup…harga boleh tahan

      Reply
  5. Muka Depan says

    June 14, 2021 at 9:37 PM

    Makin hensem bro bila pakai baju ni
    Memang terbaik la designnya tu

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:38 PM

      Terima kasih

      Reply
  6. Nur Decamellia says

    June 14, 2021 at 1:55 PM

    Nampak selesa baju yg wazi pakai tu. Design pun menarik. Nanti dah bebas Covid boleh buat baju utk family day dekat JRig ni. Tq share πŸ™‚
    Nur Decamellia recently posted…Alhamdulillah Menang Contest Masak Dapat Baucer Lazada RM500My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:39 PM

      Sama-sama πŸ™‚
      jemput pilih mana yang berkenan di hati tu nanti ye πŸ™‚

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Teleport Oleh Air Asia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 Dan Pesawat Penumpang A320 yang Ditukar Kepada Kargo
Next Post: Wordless Wednesday #64

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,320)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO