• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama

Pengalaman Temujanji Vaksin Dos Pertama

July 29, 2021 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Sejak pandemik yang melanda di Malaysia dan seluruh dunia sejak setahun lepas , memang ramai pengguna di Malaysia khusunya mendaftar di MySejahtera untuk kegunaan ” Check In ” ke premis perniagaan , kilang dan juga bangunan agensi kerajaan . Tidak lupa juga untuk temujanji dos Vaksin untuk menghalang penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan pada hari ini . Saya juga tidak ketinggalan mendaftar untuk menerima vaksin . Walaupun agak lama menunggu tetapi amat berpuas hati dengan perlaksanaannya . maklumlah daftar pada bulkan Februari , tetapi tetap sabar menunggu dan terus menunggu hingga akhirnya dapat juga tarikh temujanji .

Ambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan

Sebelum itu jom ambil masa sedikit membaca dari petikan Harian Metro tentang vaksin Covi19 untuk rujukan bersama :-

Ipoh : Hukum mengenai keharusan mengambil imunisasi vaksin Covid-19 dianggap mencapai taraf ijmak atau kesepakatan ulama mujtahid sedunia selain pembangunannya turut dianggap sebagai perkara fardu kifayah.

Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom (UK) Datuk Dr Afifi al-Akiti berkata demikian sebagai mengulas saranan pihak tertentu khususnya golongan anti vaksin yang dilihat kerap melontarkan persepsi buruk mengenai pengambilan imunisasi terbabit selain turut menyandarkan dakwaan mereka kepada tokoh tertentu.

“Ulama dari serata dunia Islam termasuk ulama Al-Azhar, Jeddah (Arab Saudi) boleh dikatakan sudah sepakat, ijmak mengenai keharusan hukum mengambil vaksin. Boleh dikatakan hukum mengambil vaksin ini fardu kifayah seperti mana solat jenazah.

“Gesaan supaya masyarakat tidak mengambil vaksin, umpama menyekat orang lain daripada mendirikan solat. Jika tidak mahu ambil vaksin, jangan pula gesa orang lain mengelak mengambilnya,” katanya dalam Bicara Khas Ramadan bertajuk ‘Dugaan Covid-19 dan Vaksinasi Menurut Islam’ menerusi sidang video dalam Program Iftar Mahabbah Ramadan UniKL RCMP 1442H/2021 yang disiarkan secara langsung di Facebook Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) di sini, hari ini.

Bual bicara itu turut menampilkan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sebagai ahli panel, di samping majlis turut hadir Orang Besar Jajahan Kinta, Datuk Ab Wahab Azizul Hassan dan Ketua Eksekutif merangkap Ketua Kampus UniKL RCMP, Hisshamuddin Omar.

Ijmak didefinisikan sebagai kesepakatan para ulama mujtahid dalam menetapkan suatu hukum berasaskan Al-Quran dan Hadis mengenai suatu perkara yang terjadi selepas zaman Rasulullah SAW, manakala fardu kifayah bererti perkara yang wajib dilakukan sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan ummah.

Dr Afifi yang juga Pengerusi UniKL RCMP berkata, masyarakat juga perlu sedar mengenai bahaya dan dosa apabila menyampaikan sesuatu maklumat khususnya berkaitan keburukan vaksinasi tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.

Beliau berkata, Rasulullah SAW pernah memberi peringatan keras bahawa seseorang sudah dianggap sebagai penipu dan pendusta walaupun sekiranya dia hanya menyampaikan apa sahaja yang didengarnya tanpa memeriksa kebenaran dan kesahihan perkara itu.

“Zaman media sosial sekarang menyaksikan ramai manusia lebih suka ‘forward’ (memanjangkan) mesej yang mereka terima umpamanya melalui kumpulan WhatsApp tanpa mereka tahu kebenaran maklumat pada mesej itu. Perbuatan itu umpama kita sedang menyemai ‘saham’ dosa kita,” katanya.

Katanya lagi, masyarakat juga digesa tidak terpengaruh dengan seruan segelintir ilmu agama yang mendakwa penjarakan fizikal satu meter dalam saf solat berjemaah bercanggah dengan tuntutan agama yang pada asalnya menggesa supaya saf antara jemaah dirapatkan.

Beliau berkata, tidak seharusnya timbul isu mengikuti ‘Sunnah WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang wabak Covid-19 memandangkan Allah dan Rasulullah SAW turut pernah menggariskan panduan dalam pencegahan wabak.

“Saya ingin memperingatkan kepada ustaz dan imam kita bahawa Islam dan sains sepatutnya seiringan. Dalam satu riwayat oleh Abu Yaala dan Musnad Ahmad, Rasulullah SAW mengajarkan supaya kita menjarakkan diri sejauh satu panjang tombak ketika bermuamalat dengan seseorang yang berpenyakit.

“Begitu juga dengan hukum solat dalam keadaan duduk dan baring yang umum sedia diketahui. Allah SWT tetap menerima solat dalam keadaan itu yang bergantung kepada situasi dan kondisi kesihatan individu yang melakukannya, apatah lagi merapatkan saf bukanlah suatu kewajipan,” katanya.

Sementara itu, Hisshamuddin berkata, Program Iftar Mahabbah Ramadan UniKL RCMP 1442H / 2021 merupakan kemuncak kepada pelbagai aktiviti pengumpulan dana yang dirangka Bahagian Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus universiti itu bagi disumbang kepada masyarakat sekitar daerah ini.

Menurutnya, program berbuka puasa itu turut menyaksikan penyerahan sumbangan Aidilfitri berupa duit raya kepada 89 anak yatim dari tiga institusi iaitu Yayasan An-Nur Maisarah, Chemor; Pertubuhan Baitulaini, Kuala Pari; dan Rumah Anak Yatim Al-Harraz, Simpang Pulai membabitkan jumlah RM22,250.

“Sebahagian daripada jumlah RM22,250 yang berjaya dikumpul itu akan turut diagihkan dalam bentuk duit raya kepada petugas am UniKL RCMP,” katanya.

Teruja juga pada awalnya apabila mendapat tahu sudah ada tarikh temujanji dana akan dilaksanakan di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam . Memandangkan Mak dan Abah sudah lengkap menerima dua dos , jadi saya pergi seorang sahaja . Cadangnya untuk pergi ke dewan tersebut pada sebelah pagi , tetapi orang terlalu ramai dan ikut gilian pada pukul 4.00 petang .

Temujanji dos pertama di dalam aplikasi MySejahtera

Alhamdulillah , datang kembali pada pukul 4.00 petang , orang tidak ramai sangat . Turun je dari motor , terus ke tempat menunggu , tidaks ampai 5 minit dan boleh check in qr code check in pertama . Kemudian ambil borang dan terus masuk untuk mendaftar . Doktor akan tanya beberapa soalan seperti sejarah penyakit , alahan dan beberapa soalan yang berkaitan . Kad pengenalan juga jagna lupa , sentiasa bawa dan pegang untuk memudahkan proses pendaftaran vaksin . Selesai daftar , tunggu giliran untuk di cucuk pula . Masa ni ada la dalam 6 orang .

Keadaan semasa di Dewan Muafakat MDSR pada waktu pagi

Jadi tunggu punya tunggu , sampai giliran untuk dicucuk . Tak sakit pun rasanya …hehehe . Selesai cucuk pula , kena tunggu dalam pemantauan dalam masa 15 minit . Apabila tamat je , nama akan dipanggil ..di sini doktor atau petugas akan bertanya ada mengalami apa-apa simptom seperti sakit kepala , rasa nak pitam dan lain-lain lagi . Alhamdulillah ..tiada apa-apa simptom yang berlaku . Doktor atau petugas juga akan memberikan kad untuk temujanji kedua .

Kad vaksin

Selesai je sesi tu , terus keluar untuk balik . Jadi tidak lepaskan peluang untukbergambar sebagi tanda kenang-kenangan di papan ” Board ” Saya Sudah DiVaksin . In Shaa Allah..untuk temujanji kedua pada pertengahan bulan Ogos akan ke Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam lagi . Lindungi Diri..Lindungi Semua ..Bersama-sama kita mencegah penularan Covid-19 dan sentiasa berdoa agar Covid-19 akan lenyap di muka bumi dan Negara Malaysia tercinta kita ini..Aaminn…

(Visited 50 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Makcik Bawang says

    July 30, 2021 at 11:55 AM

    Alhamdulillah…Tahniah
    Moga baik-baik sahaja

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:15 PM

      Terima kasih

      Reply
  2. aienie says

    July 29, 2021 at 9:35 PM

    alhamdulillah tahniah!

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:16 PM

      Terima kasih

      Reply
  3. Muka Depan says

    July 29, 2021 at 8:45 PM

    Alhamdulillah..Tahniah Bro

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:16 PM

      Terima kasih

      Reply

Trackbacks

  1. Alhamdulillah..Sudah Lengkap Dos Vaksin - wanzawawi[dot]net says:
    September 12, 2021 at 9:28 AM

    […] , pada 18 Ogos 2021 yang lepas , Temujanji untuk vaksin kedua . Untuk Dos pertama tu boleh baca di sini […]

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan Cosmoderm Vitamin E dan Tea Tree Oil
Next Post: Manusia Tidak Lekang Daripada Ujian

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (882)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO