• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Tempahan Qurban Secara Online Melalui NurAqiqah 1442/2021 Di Tanah Suci Makkah

Tempahan Qurban Secara Online Melalui NurAqiqah 1442/2021 Di Tanah Suci Makkah

July 5, 2021 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Informasi

Isi Kandungan

  • Hukum Ibadah Qurban / Korban
  • Hikmah Dan Fadhilat Qurban /Korban
  • Jenis Haiwan Yang Disembelih
  • Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban
  • Akad Yang Jelas
  • Gambar Perlaksanaan
  • Sijil Penyertaan
  • Kaedah Tempahan Haiwan Qurban Dengan NurAqiqah

Assalamualaikum…

Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang , kini tempahan korban boleh dilakukan secara ” Online ” atau dalam talian di   NurAqiqah . NurAqiqah juga menjadikan ibadah korban dan aqiqah semakin mudah dan cepat dan lebih menarik lagi ianya dilakukan di Tanah Suci Makkah ( Mekah ).

Baginda Nabi saw bersabda :

“ Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina , Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, ” Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?” Baginda menjawabnya dengan bersabda: “Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan.” 

(HR. Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

Maka atas kelebihan inilah pihak NURAQIQAH berusaha memudahkan anda untuk perlaksanaan QURBAN di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah walaupun anda berada di Tanahair Malaysia.

Sebelum itu , saya ceritakan serba sedikit mengenai Ibadah Korban ini dari segi hukum , Hikmah Dan Fadhilat , Jenis Haiwan Yang Disembelih , Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban , Bilangan Bahagian , Kelebihan Tempahan Melalui NurAqiqah , cara pembayaran dan juga cara membuat tempahan di laman web NurAqiqah untuk rujukan bersama .

Hukum Ibadah Qurban / Korban

Hukumnya Sunnat Muakkad ( Sunnat yang dikuatka n) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: –

  • Islam
  • Merdeka ( Bukan hamb a)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).

“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud :

“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

Hikmah Dan Fadhilat Qurban /Korban

  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.
    Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”

Jenis Haiwan Yang Disembelih

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta , lembu atau kerbau , kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun. Binatang itu disyaratkan tidak cacat , tidak buta sebelah atau kedua-duanya , kakinya tidak pincang , tidak terlalu kurus , tidak terpotong lidahnya , tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

Daging qurban sunnat , orang yang berkorban disunatkan memakan sedikit daging qurbannya . Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya

Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging , satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu . Sabda Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”

Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban

Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan dua khutbah pendek , tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji ( Hari Raya Aidil Adha ) sehingga tiga hari sesudah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

Akad Yang Jelas

Perlaksanaan Qurban ini juga akan melalui Dua Fasa Akad . Akad yang dimaksudkan adalah Akad Tempahan haiwan Qurban di antara peserta dan wakil NurAqiqah di Malaysia dan seterusnya Akad Mewakilkan Zimmah Perlaksanaan Aqiqah atau Qurban di Tanah Suci Makkah ( Mekah ) .

Contoh Lafaz Akad:

Akad 1: 

Saya {Nama} Mahu Membuat Tempahan  Seekor Kambing Dari Pihak Pengurusan NurAqiqah Dengan Bayaran Sebanyak  RM450 seperti yang telah ditetapkan.


Akad 2: 

Saya {Nama} bersetuju mewakilkan Pengurus Besar NURAQIQAH, Ustaz Haji Hasnul Jamal Bin Sulaiman bagi menguruskan perlaksanaan QURBAN di Tanah Suci Makkah pada tahun ini kerana Allah Ta‘ala.

PERHATIAN: Selepas anda membuat pembayaran, page ini akan membawa anda ke aplikasi whatsapp dengan mesej “Akad Qurban 1442H”secara otomatik. Hantar mesej seperti yang diminta. Kemudian, anda akan menerima mesej arahan berikutnya. Ikut arahan seperti yang diberikan. 

Gambar Perlaksanaan

Gambar perlaksanaan Qurban turut sama akan dihadiahkan kepada peserta Qurban NurAqiqah beserta paparan nama peserta sebagai bukti perlaksanaan qurban telah disempurnakan oleh wakil NurAqiqah di Tanah SUci Makkah ( Mekah ) . Walau bagaimanapun pengambilan video sukar dilaksanakan .

Sijil Penyertaan

Setiap penyertaan Qurban NurAqiqah akan disusuli dengan Sijil sebagai tanda rasmi perlaksanaan qurban dan aqiqah di Tanah Suci Makkah ( Mekah ) telah selamat disempurnakan oleh wakil NurAqiqah .

Kaedah Tempahan Haiwan Qurban Dengan NurAqiqah

  • Klik di sini kemudian klik butang ‘BUY NOW’ di bahagian paling bawah mukasurat ini .
  • Pilih jenis binatang Qurban yang mahu diqurbankan di Tanah Suci. 
  • Tentukan kuantiti binatang Qurban tersebut 
  • Isi borang online dengan butiran yang diperlukan seperti yang diminta. Semua info yang diperlukan adalah untuk memudahkan penghantaran sijil perlaksaan Qurban ke rumah peserta.
  • Isikan nama peserta Qurban yang bakal menyertai perlaksanaan Qurban di Tanah Suci 1442H. 
  • Letakkan tarikh borang diisi.
  • Kemudian, buat pilihan kaedah pembayaran paling mudah buat anda & buat pembayaran.
  • Bagi peserta Qurban dari Singapura, anda hanya perlu menggunakan iBanking untuk membuat pembayaran. No. akaun bank ada dinyatakan di bahagian pemilihan pembayaran secara online. Muat naik bukti bayaran dan  selesai.
  • Tunggu sehingga 10 saat, anda akan terus di bawa ke page berlogo seperti di bawah ini 👇👇👇. Apabila sampai ke page ini, sila klik pada  logo seperti ini 👇👇👇dan ikut langkah seterusnya 🤗
(Visited 180 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Makcik Bawang says

    July 18, 2021 at 12:38 PM

    Terima kasih sharing qurban online ini

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:25 PM

      sama-sama

      Reply
  2. Mat Tension Lockdown says

    July 15, 2021 at 10:14 AM

    Alhamdulillah..terima kasih kerana berkongsi tentang qurban ini memandangkan keadaan sekarang memang tak dapat nak laksanakan macam dulu

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:26 PM

      sama-sama
      semoga bermanfaat

      Reply
  3. Hans says

    July 6, 2021 at 5:11 PM

    terbaik
    sangat memudahkan nih
    Hans recently posted…5 Sebab Anda Wajib Beli Rendang Maman MokdeMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:27 PM

      Semoga bermanfaat buat kita semua

      Reply
  4. Muka Depan says

    July 6, 2021 at 11:05 AM

    Assalamualaikum…
    bagus artikel ni , boleh la forwardkan kepada sahabat-sahabat sedara-mara yang ingin buat qurban atau akikah

    Reply
    • Wan Zawawi says

      August 1, 2021 at 9:27 PM

      Waalaikummussalam..terima kasih .

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #65
Next Post: Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (882)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO