Assalamualaikum…
Agak lama tak kemaskini blog kesayangan ini sampai penuh dengan habuk dan sawang serta komen “Spam” .Ok berbalik keapada tajuk pada hari ini , pada 18 Ogos 2021 yang lepas , Temujanji untuk vaksin kedua . Untuk Dos pertama tu boleh baca di sini .
Temujanji untuk dos kedua ini ada perubahan sedikit sebab pada temujanji yang awal waktu petang , kemudian ada kemaskini terbaru dapat sebelah pagi . Jadi memang bersiap seawal 8.00 pagi untuk ke Pusat Penerimaan Vaksin di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam .

Sampai je di PPV keadaan cuaca hujan renyai-renyai . Waktu awal macam ni nak cari parking memang senang . Mana yang ada sumbat je parking kereta . Orang pun boleh tahan ramai . Sampai je terus ke pendaftaran , kebetulan semua yang hadir pada tarikh tu tak perlu menungu lama . Selesai ” Check-In ” menggunakan MySejahtera , terus menunggu giliran untuk cucuk vaksin .
Jadi tunggu punya tunggu , sampai giliran untuk dicucuk . Tak sakit pun rasanya . Selesai cucuk pula , kena tunggu dalam pemantauan dalam masa 15 minit . Apabila tamat je , nama akan dipanggil ..di sini doktor atau petugas akan bertanya ada mengalami apa-apa simptom seperti sakit kepala , rasa nak pitam dan lain-lain lagi . Alhamdulillah ..tiada apa-apa simptom yang berlaku . Doktor atau petugas juga akan memberikan kad dan perlu disimpan dengan baik sebagai tanda lengkap dos Pfizer.

Akhir kata , jutaan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan juga Southern Volunteer yang bertungkus-lumus menjaga demi kemudahan dan kesenangan para penerima vaksin di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung . Pergorbanan dan jasa kalian tidak ternilai harganya . Lindungi Diri..Lindungi Semua ..Bersama-sama kita mencegah penularan Covid-19 dan sentiasa berdoa agar Covid-19 akan lenyap di muka bumi dan Negara Malaysia tercinta kita ini..Aaminn
Tahniah, semoga sihat dan dipermudahkan segala urusan tuan!
Onexox Online Store recently posted…XOX eSIM Simkad Masa Hadapan
alhamdulillah..tahniah bro.
moga terus sihat hendaknnya
mrhanaf recently posted…Bisnes modal kecil untung besar….Ini buktinya
Alhamdulillah. Semoga cepat cepat kita capai kelompok imuniti. Boleh bergerak dan jalankan sosial aktiviti seperti biasa,
Alhamdulillah.. Tahniah bro.. semoga Covid-19 ni lenyap di muka bumi
Alhamdulillah.. Tahniah
Tahniahhhh! Done dua dos! Gituh!
Alhamdulillah.. Tahniah bro.. semoga Covid-19 ni lenyap di muka bumi