• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / MediShield Premium Medical Facemask

MediShield Premium Medical Facemask

January 24, 2022 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Review

Pelitup Muka atau Facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19 . Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat daripada dijangkiti atau untuk mencegah orang yang dijangkiti daripada menjangkiti orang lain . Namun, penggunaan pelitup muka harus diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap , penjarakan fizikal ( physical distancing ) yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain .

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik atau kain dengan 3 lapisan yang terdiri daripada:


i) Lapisan paling dalam yang hidrofilik iaitu bersifat menyerap air (misalnya kapas atau campuran kapas);


ii) Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan hidrofobik iaitu bersifat menghindar penyerapan air (misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya) yang boleh menghadkan pencemaran dari luar dari menembusi masuk ke hidung dan mulut pemakai


iii) Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.


Namun, terdapat pelbagai pelitup muka bukan perubatan jenis fabrik yang dijual di pasaran yang mungkin tidak menepati ciri-ciri yang disarankan oleh WHO. Walaubagaimanapun, pelitup muka tersebut boleh dipakai untuk kegunaan orang awam tetapi keberkesanannya mungkin berbeza bergantung kepada jenis dan bilangan lapisan kain yang digunakan. Pelitup muka tidak boleh dipakai oleh kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua (2) tahun, bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup muka tanpa bantuan. Pelitup muka tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pelitup muka perlu dipakai dan dilupuskan dengan cara yang betul.

Jenis-Jenis Face Mask

Topeng muka kain/fabrik:

Topeng muka kain/fabrik memerangkap zarah-zarah yang dilepaskan oleh individu apabila bersin, batuk atau bercakap. Ianya membantu mengurangkan penyebaran virus, mudah didapati atau dibuat dan boleh dibasuh untuk dipakai semula. Penting bagi pemakai untuk tidak sentuh topeng muka mereka dan jika tersentuh perlulah segera memakai hand-sanitizer atau mencuci tangan. Jika topeng muka tersebut basah atau kotor, pemakai perlulah menukar yang baharu. Topeng muka jenis ini tidak boleh dikongsi.

Topeng muka pembedahan / Medical Face Mask

Topeng muka pembedahan juga dikenali sebagai topeng muka perubatan. Ianya melindungi hidung dan mulut daripada zarah-zarah yang membawa kuman. Ianya direka untuk melindungi pemakai daripada semburan atau percikan yang boleh memasuki hidung dan mulut pemakai. Topeng muka ini juga boleh menapis keluar zarah besar di udara dan memastikan zarah dari pemakai tidak disebarkan. Topeng muka ini boleh digunakan sekali sahaja.

Topeng muka N95

Topeng muka N95 memberi perlindungan lebih tinggi daripada topeng muka pembedahan dan topeng muka kain/fabrik kerana ia boleh menapis keluar zarah besar dan kecil semasa pemakai bernafas. Ia dinamakan topeng muka N95 kerana direka untuk menghalang 95% zarah atau cecair dari luar ke muka pemakai. Bagaimanapun, topeng muka ini bukan untuk kegunaan awam dan perlu dikhaskan untuk pegawai perubatan. Ia juga tidak sesuai untuk kanak-kanak dan individu yang mempunyai janggut atau jambang.  Pegawai perubatan telah menguji dengan tepat untuk topeng muka ini, dan seperti topeng muka pembedahan, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja, walaupun para penyelidik memeriksa cara yang berkesan untuk membersihkan topeng ini.

Topeng muka dengan injap

Topeng muka ini memudahkan pemakai untuk bernafas, tetapi pemakai tetap akan melepas kuman melalui zarah yang dilepaskan ke persekitaran mereka. Kebanyakan bahagian perubatan seluruh negara telah melarang penggunaan topeng muka  dengan injap. Ia melindungi pemakai, tetapi tidak melindungi orang disekeliling pemakai. Jika pemakai mempunyai simptom, ia boleh merebak dengan mudah kepada orang disekeliling. Oleh kerana sebab utama pemakaian topeng muka adalah untuk melindungi orang lain , topeng muka yang mempunyai tapisan adalah pilihan yang lebih baik.

MediShield Premium Medical Facemask

Ok pada kali ini saya ingin review MediShield Premium Medical Facemask yang mempunyai perlindungan 4 lapis ( 4 layer of protection ) . Memandangkan Face mask atau pelitup muka ini sudah menjadi keperluan sejak pandemik melanda negara Malaysia bermacam-macam jenis juga saa guna dan pakai . Maklumlah sebagai Ketua isi rumah ini kena selalu keluar untuk membeli keperluan dapur dan tidak lupa juga sewaktu bekerja . Kelmarin Face Mask atau pelitup muka yang sedia ada sudah hampir habis , jadi survey la di shoppe dan akhirnya terjumpa MediShield Premium Medical Facemask yang mempunyai 4 lapis perlindungan . Saya memilih warna hitam sebab nampak lebih kemas dan tidak mudah kotor .

Memandangkan semakin hari kes Covid-19 membimbangkan , wajib patuhi SOP dengan memakai face Mask atau pelitup muka ini . Alhamdulillah , dengan adanya MediShield Premium Medical Facemask ini sudah tidak perlu lagi memakai 2 helai pada satu masa .

Komen dan Pendapat Tentang MediShield Premium Medical Facemask

Didatangkan dengan kotak yang kemas dan cantik , ia mempunyai 50 helai face mask dengan harga mampu milik . Ia memang berbaloi dan betul-betul premium . Kemasan fabrik yang lembut dengan warna hitam nampak lebih bergaya dan ranggi , manakala di sebelah dalam warna putih menjadikan ianya amat selesa dan mudah bernafas walaupun ianya mempunyai 4 lapisan perlindungan ketika pemakaiannya. Saya memilih jenis ” Ear Loop ” dan ia tidakmenyakitkan telinga kerana tali di face mask ini tidak terlalu longgar dan ketat . Jadi memang berasa amat selesa apabila memakainya semasa bekerja .

Untuk pembelian boleh ke : https://shp.ee/69fmv8b

dan boleh guna kod : MEDIWAN ( untuk Face mask KF99 dan Face mask 4 lapis ) dan nikmati potongan 10%

(Visited 107 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Makcik Bawang says

    January 30, 2022 at 9:58 AM

    Saya pun suka warna hitam macam ni sebab tak senang nampak kotor dan lebih bergaya

    Reply
  2. Muka Depan says

    January 30, 2022 at 9:16 AM

    Menarik rekaan dan fabriknya tu , siap 4 lapis perlindunga

    Reply
  3. Sis Lin says

    January 25, 2022 at 9:03 PM

    Sekarang lebih kepada pakai facemask KF4 kalau trmpat sesak, lebih rasa selamat huhuhu
    Sis Lin recently posted…JOM LEPAK DI HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR, JOHOR!My Profile

    Reply
  4. aienie says

    January 24, 2022 at 6:03 PM

    lawa facemask dia.

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Kit IVD Antigen SARS-CoV-2 Lollipop
Next Post: Armin van Buuren – Blah Blah Blah

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,495)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,173)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,521)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,411)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (766)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (501)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO