Isi Kandungan
VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita . Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda kelihatan cantik dan awet muda . Umum mengetahui bahawa Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran , kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C .
Fungsi kulit teramat penting bagi tubuh badan . Ini adalah kerana kulit berfungsi untukmengatur suhu dan keseimbangan cairan di dalam tubuh badan serta merasa keadaan seperti sentuhan , suhu panas dan sejuk . Kulit juga melindungi dari kecederaan , jangkitan dan sinar radiasi seperti sinar Ultraviolet ( UV ) .
Antara Kebaikan Pengambilan Vitamin C :
1) Menghasilkan kulit yang Cerah dan berseri
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.
2) Penghasilan Kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.
3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, anda disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.
4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal . Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman.
5) Mengurangkan Penampakan Garisan Halus dan Kedutan
Seiring dengan peningkatan usia , tidak kira lelaki atau wanita , akan terlihat penampakan garis halus dan kedutan di bahagian muka terutamanya . Ini akan merungsingkan dan mengurangkan keyakinan diri seseorang . jadi dengan pengambilan Vitamin C akan mengurangkan garis halus dan kedutan di bahagian muka .
6) Menjadikan kulit lebih hidrat dan bersinar
Seperti tubuh badan yang perlukan air dan , kulit juga memerlukan air secukupnya untuk kekal hidrat dan kelihatan bersinar .
7) Menghindari radikal bebas
Radikal bebas adalah molekul oksigen reaktif kecil yang dapat menyebabkan kerosakan pada kulit kita . Menurut pakar… radikal bebas dapat merosakkan sel kulit , DNA dan penghasilan kolagen . Ia juga seperti terdedah kepada sinar UV dan pencemaran udara .
8) Mengelakkan Kerosakkan Pengoksidaan
Banyak produk kecantikkan dan perawatan kulit mengandung antioksidaan seperti vitamin A, C, dan E. Ia memang disarankan untuk dijadikan sebagai rutin penjagaan kulit harian dalam menghindari radikal bebas. Terbukti Vitamin C, yang dianggap sebagai salah satu antioksidaan paling efektif untuk melindingi dari sinar cahaya matahari.
Cosmoderm Vitamin C Glow C Range
Kelmarin dapat la satu kotak pacel , jadi teruja jga nak tahu apa yang terdapat di dalam kotak parcel tersebut . Sekali sudah siap bukak..Wahhh…set Cosmoderm Glow-C ( Vitamin C ) rupanya
Apa Itu Glow C ?
Cosmoderm Glow-C ( Vitamin C ) adalah rangkaian penjagaan kulit BARU yang kaya dengan antioksidan di mana ia membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakkan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan UV.
Vitamin C juga memberikan pelbagai kelebihan sebagai anti-penuaan seperti meningkatkan pengeluaran kolagen serta mengekalkan kulit yang lebih sihat dan anjal .
Ia juga menghalang pengeluaran melanin pada kulit serta membantu untuk menghalang pigmentasi dan bintik-bintik coklat , tona kulit yang tidak sekata dan menjadkan kulit kelihatan lebih beseri-seri .
Dengan dos vitamin C yang lebih tinggi , ia semakin berkesan.
Hasil Penggunaan : Mencerahkan dan kulit yang lebih anjal serta kelihatan lebih bersinar dan sihat .
Sedikit Penerangan Mengenai Produk Glow C
Bebas Paraben
Paraben adalah pengawet yang digunakan dalam kosmetik bagi memelihara kosmetik tersebut dari mudah rosak dan tercemar. Paraben digunakan dalam kosmetik seperti shampoo , ubat gigi, alat solek , moisturizers atau pelembab muka, depdoran , shaving cream atau krim pencukur, produk bibir/lipstick dan juga dalam makanan serta produk pharmaceuticals. Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben , propylparaben, butylparaben, isopropylparaben dan isobutylparaben yang terdapat dalam banyak alat solek atau kosmetik . Paraben bertindak dengan menyerupai hormon estrogen yang memainkan peranan penting dalam pembentukan sel kanser payudara.
Jadi produk ini terbukti bebas paraben dan selamat digunakan .
Bebas pewangi
Tiada bahan sintetik untuk menjadikan ia wangi
Bebas SLS dan SLES
SLS adalah bagi singkatan Sodium Laureth Sulfate manakala SLES ialah Sodium Lauryl Sulfate .
SLS adalah surfaktan yang dicampur ke dalam produk untuk bertindak sebagai agen pembasah, emulsifier, agen pembuihan agen pencairan. Ia dicampur dalam produk pencuci seperti pencuci muka ( facial cleanser ), syampu rambut dan badan, pencuci baju, detergen pinggan, sabun untuk menghasilkan buih , mengeluarkan kotoran dan gris. Ia juga boleh mengeringkan kulit.
Kedua SLS dan SLES adalah terdiri daripada ester asid sulfurik (sulphated). Keduanya mempunyai saiz molekul yang kecil dan boleh meresap ke dalam kulit dan bertindak sebagai perengsa/irritant kulit.
GLOW C Super Boosting Serum
Antara kelebihan dan fungsi GLOW C Super Boosting Serum ialah :-
Menyegarkan kembali kulit yang suram dan kusam
Merangsang pengeluaran kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
Mengandungi 500 mg vitamin C
Mencerahkan Hiperpigmentasi dan juga bitnik-bintik hitam dengan berkesan
Mencegah penampilan garis halus dan kedutan di permukaan kulit
Di sini saya sertakan gambar produk dan sedikit keterangan untuk rujukan pembaca :-
Glow C Detox Cleansing Gel
Glow C Detox Cleansing Gel ini didatangkan di dalam pack 120 ml dan harganya pula RM 25.90
Glow C Radiance Toning Essence
Glow C Radiance Toning Essence ini didatangkan di dalam pack 100 ml dan harganya RM 29.90
Glow C Super Boosting Serum
GLOW C Super Boosting Serum ini didatangkan di dalam pack 30 ml dan harganya RM 45.90
Glow C Brightening Moisture solution
Glow C Brightening Moisture solution ini didatangkan di dalam pack 50 ml dan harganya RM 39.90
Muka Depan says
Menarik juga review serum Vitamin C ini
ONEXOX says
Berapa gram Vitamin C yang diperlukan sehari?
titan says
awat semua dok cerita pasal vitamin c sekarang ni eh.
semua blog hari ni aku pegi, cerita banyak pasal c ni.
titan recently posted…Perang mengejar Warna Pelangi
Sis Lin says
Bagus ni jaga wajah guna produk yang ada VICtC, jadi muka lembab aja.. dah pakai ke belum tu Wazy? Hehehehe
Sis Lin recently posted…TIPS MUDAH MEMBACA SURAH AL-KAHFI