• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi /  Explore Umrah DIY!

 Explore Umrah DIY!

January 15, 2025 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Kalau anda tanya saya, “ Kenapa nak buat umrah DIY? Kenapa tak guna agen je?” Mari saya kongsikan pengalaman dan kenapa saya rasa DIY lebih berbaloi.

Masa pertama kali pergi umrah, saya ikut pakej agen. Masa tu, memang excited, rasa semua dah terurus— hotel, pengangkutan, mutawwif, itinerary. Tapi bila dah sampai sana… hmmm, lain pula ceritanya.

Hotel ‘dekat’ yang tak berapa dekat
Agen cakap hotel dekat dengan Masjidil Haram. Tapi rupa-rupanya, ‘dekat’ tu ikut versi mereka. Setiap kali nak ke masjid, kena jalan kaki jauh, dengan cuaca panas lagi. Bila sampai masjid, dah penat. Masa ibadah pun jadi kurang fokus sebab letih.

Banyak masa habis menunggu
Nak pergi masjid, kena tunggu jemaah lain. Ada yang lambat siap, ada yang hilang entah ke mana. Bila nak balik hotel pun sama—kena tunggu kumpul ramai-ramai baru boleh jalan. Ziarah tempat menarik? Sama juga. Nak gerak, kena tunggu bas penuh dulu. Banyak kali saya rasa macam “Ya Allah, aku kat sini nak beribadah, bukan nak buang masa menunggu orang.”

Ziarah yang jadi sesi shopping
Satu lagi, masa untuk ziarah tempat bersejarah pula banyak dihabiskan singgah kedai kawan-kawan mutawwif. Setiap kali sampai, siap promote, “Beli kat sini murah, barang berkualiti.” Saya tak salahkan mereka nak bantu bisnes rakan, tapi fokus kami yang datang nak belajar sejarah dan ibadah jadi tersasar.

Lepas pengalaman tu, saya fikir panjang. Kalau ada rezeki buat umrah lagi, saya nak cuba cara DIY.

Apa kelebihan DIY ni?


1️⃣ Bajet boleh disesuaikan. Tak perlu bayar mahal untuk pakej yang mungkin tak memenuhi keperluan kita.


2️⃣ Fleksibiliti. Anda boleh pilih hotel yang betul-betul dekat, susun masa sendiri ikut apa yang anda nak buat.


3️⃣ Pengalaman lebih bermakna. Fokus sepenuhnya pada ibadah, tanpa gangguan masa menunggu atau jadual ketat.

Dan alhamdulillah, baru-baru ni saya jumpa Ebook “Umrah DIY” yang ditulis oleh Hj. Faridilatras. Ebook ni memang lengkap, dari cara rancang perjalanan, urus tiket, visa, cari hotel, sampai tips untuk jimat kos. Semuanya ada step-by-step, sesuai untuk beginner macam saya.

Kalau anda dah lama impikan umrah yang tenang, bebas, dan lebih fokus pada ibadah, saya syorkan cuba cara DIY ni. Anda boleh mula dengan baca Ebook Umrah DIY ni di sini

Percayalah, perjalanan ibadah anda akan jadi lebih bermakna bila anda ada kawalan penuh atas masa dan cara. “Sempurnakan niat kita, insyaAllah Allah mudahkan.” ❤️

(Visited 25 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Selamat Tahun Baru 2025
Next Post: Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,166)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,404)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO