• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Coretan Harian

Al-Fatihah Buat Abah

November 6, 2022 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Hmm…Agak lama tidak menulis di blog ini , kekakangan waktu bekerja hakiki dan menjaga anak juga salah satu faktor blog kesayangan ini hampir berhabuk . Ok la berbalik kepada tajuk pada hari ini , sememangnya masih lagi bersedih apabila Abah kesayangan pergi buat selamanya pada 18 Oktober 2022 pada pukul 12.15 tengah hari yang lepas setelah hampir seminggu aku , adik dan emak jaga di rumah sewktu beliau sakit . Aku pula ambil cuti panjang untuk balik ke Simpang Renggam temankan emak dan abah…Hmmm sedih juga masa abah sakit tu . Aku , Emak dan adik bergilir-gilir jaga abah siang dan malam . Sampaila satu masa tu abah macam dah sakit sangat dan terpaksa telefon ambulans untuk di bawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom di Kluang . Masa abah dibawa ambulans tu , aku ” follow ” dengan kereta dari belakang sampai la ke hospital terus ke Trauma dan Kecemasan . Lama juga aku dan adik menunggu dari pukul 9 malam hingga ke 5.30 pagi baru doktor panggil .

Al-Fatihah buat Abah

Doktor pun bagi penerangan yang abah ditidurkan sebab oksigen kurang dan dijangkiti kuman . Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan aku dan adik pada masa itu melihat abah di wad kritikal . Menitis juga air mata aku pada masa itu . Di dalam hati aku tidak habis – abis berdoa agar abah diberikan kesembuhan dan kembali sihat seperti biasa….Kemudian , aku dan adik pun balik ke rumah dan berehat secukupnya . Aku pula hanya dapat tidur sejam je dan terus bersiap untuk balik ke Melaka sebab rindu pada anak dan isteri setelah seminggu berada di Simpang Renggam . Keesokkannya pula pada hari Ahad aku kembali semula ke Simpang Renggam .

Pada keesokkannya , pada waktu tengah hari tu aku dah bersiap untuk tengok abah dan bawakan air mineral botol besar dan juga bubur untuk abah . Sedih tengok keadaan abah masa tu…aku sempat kejutkan abah dan cium tangan abah untuk balik setelah habis waktu melawat kemudian bersiap pula untuk balik ke Melaka untuk kembali bekerja . Berat tu memang berat la bak kembali semula ke Melaka .

… Teruskan Membaca… …

Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi

July 11, 2022 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada hari ini Selasa 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan cuaca yang amat baik . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di surau yang berdekatan dengan taman ini . Syukur juga dapat pulang ke Simpang Renggam ( rumah mak abah ) bersama isteri dan anak walaupun melalui lebuh raya yang bolwh dikatakan hampir sesak . Sehari sebelumnya dapat juga ke pasar membeli barang-barang serta lauk untuk dijadikan juadah pada waktu pagi sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha . Antara menu yang ada adalah yang wajib seperti rendang, lodeh , sambal kacang dan tidak dilupakan juga ketupat .

Pada kesempatan ini saya sertakan dari artikel yang lepas-lepas berkaitan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban untuk bacaan bersama .

Hari Raya Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal . Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh , sebelas , dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah pada setiap tahun . Ia Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah , diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah . Kemudian sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

… Teruskan Membaca… …

Salam AidilFitri 1443 Hijrah 2022 Masihi

May 4, 2022 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah… Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1443 Hijrah pada tahun 2022 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadhan . Seluruh  Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari ini iaitu Isnin bersamaan 2 Mei 2022 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1443 Hijrah pada hari Ahad yang lepas ( 1 Mei 2022 ) . 

Saya sertakan sekali klip video darti youtube Pengumuman Tarikh Raya Puasa 1 Syawal 1443H Bersamaan 2022M Bagi Seluruh Malaysia Pada 2 Mei 2022 :-

Walaupun agak kelam-kabut pada tahun ini kerana pengumuman raya secara mengejut sebab ramai yang menjangkakan raya pada hari selasa 3 Mei 2022, raya tetap raya dan disambut dengan sederhana dan tahun ini terasa amat meriah sekali kerana sudah hampir dua tahun terikat dengan SOP PKP PKPB dan PKPP . Moga Fasa Endemik pada kali ini membawa khabar berita yang baik Covid-19 akan lenyap di muka bumi ini…Aaaminn…

… Teruskan Membaca… …

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2022 Masihi 1443 Hijrah

April 3, 2022 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah… hari ini ( Ahad 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah ) semua umat Islam di Malaysia khususnya sudah pun mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia . Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini . Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) pada hari Jumaat lepas .

Alhamdulillah juga…. kali ini sambut bulan Ramadan pada Fasa Endemik yang bermula pada 1 April 2022 yang lepas setelah hampir 2 tahun kita semua berpuasa di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) atau Movement Control Order ( MCO ) dan ada sesetengah negeri Perintah Kawalan Pergerakkan  Bersyarat ( PKPB ) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan ( PKPP ) di dalam usaha kerajaan dan rakyat untuk memutuskan rantaian wabak atau virus Covid-19 yang sedang melanda . Apa yang penting di sini , kita semua masih harus mengamalkan Budaya Normal Baharu ( New Norma ) dan mematuhi SOP yang ditetapka oleh pihak kerajaan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 di bumi Malaysia tercinta ini .

Syukur pada Ramadan kali ini juga dapat menunaikan Sembahyang Terawih di masjid atau surau serta Bazar Ramadan beroperasi seperti biasa dengan SOP yang ketat .ecara tidak langsung terubat juga suasana menunaikan sembahyang terawih di masjid atau surau serta kemeriahan bazar-bazar Ramadan .

Pengumuman Puasa 1 Ramadan 2022 Masihi 1443 Hijrah oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) .
Gambar kredit kepada https://www.thequint.com/
… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Interim pages omitted …
  • Page 15
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,579)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,480)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,665)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,523)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (933)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (807)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (712)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (699)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (602)
  • Demi Sesuap Nasi (562)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO