• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Informasi

Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate

December 23, 2017 By Wan Zawawi 10 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum….

Agak lama tak menulis dan berkongsi tentang Affiliate ni memandangkan saya sendiri pun agak sibuk dengan kerja hakiki dan sambil-sambil itu mencari peluang untuk menyertai Affiliate yang terbaru . Jadi pada hari ini topik yang saya akan kongsikan untuk rakan-rakan dan para pembaca setia adalah Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate .

Untuk pengetahuan semua , Super Affiliate adalah posisi idaman bagi affiliate . Ini kerana seorang super affiliate menjana pendapatan lebih tujuh angka setahun. Namun begitu , bukan mudah untuk bergelar super affiliate ini , berbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu di atasi . Salah satunya adalah rintangan mental . Rintangan mental kebiasaanya adalah seperti jangan terlalu cepat berputus asa , sentiasa sabar dan sentiasa berusaha . Rintangan fizikal yang paling utama adalah untuk memfokuskan diri pada perniagaan tanpa rasa lesu dan letih .

super affiliateSumber gambar dari PixaBay
… Teruskan Membaca… …

Salam Maal Hijrah 2017 1439H

September 22, 2017 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Salam Maal Hijrah 1439 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu terlebih dahulu saya ucapkan buat semua umat Islam di Malaysia terutama kepada rakan-rakan seperjuangan , blogger dan juga para pembaca setia blog ini . Jika kita imbas kembali peristiwa dan sejarah mengenai Awal Muharam atau Maal Hijrah , ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah .

Pada hari ini , 22 September 2017 bersamaan 1 Muharram 1439 Hijrah , Seluruh umat Islam menyambut Hari Maal Hijrah atau Awal Muharam dan ianya juga merupakan hari cuti umum di Malaysia . Pada tahun ini , tema Maal Hijrah 2017 ialah ” Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara “ .

salam maal hijrah

Saya sertakan sekali teks Berkaitan ” Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara “ dari Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) untuk bacaan dan rujukan bersama .

” KESATUAN UMMAH KESEJAHTERAAN NEGARA “

Setiap masyarakat dalam sesebuah Negara mengharapkan suasana yang aman , damai , harmoni , selamat , sejahtera dan maju dalam menjalani semua aspek kehidupan. Namun keamanan , kedamaian , keharmonian , keselamatan dan kesejahteraan Negara serta kemajuan ummah tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan dan usaha yang gigih ke arah mewujud dan mengekalkan suasana tersebut berterusan hingga ke generasi yang akan datang.

… Teruskan Membaca… …

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2017

September 16, 2017 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September sempena memperingati penubuhan Malaysia pada tarikh yang sama iaitu pada tahun 1963 . Jadi mesti ramai di antara rakan-rakan sekalian mempunyai perancangan untuk bercuti bersama keluarga tersayang memandangakan hari tersebut merupakan cuti umum . Bagaimana pula dengan sambutan Hari Malaysia kalian semua pada tahun ini ? Mungkin lebih menarik sebagai tanda sayangnya kita kepada negara malaysia tercinta ini . Saya berasa teramat bertuah sekali kerana dapat melihat Jalur Gemilang megah berkibar di mana-mana dengan megahnya .

Jalur gemilangJalur Gemilang

Apa kata kita cuba kembali ke sejarah tentang bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini untuk bacaan bersama .

Sejarah Bendera Malaysia dan Jalur Gemilang

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949 , dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
… Teruskan Membaca… …

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk

August 27, 2017 By Wan Zawawi 12 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Saya rasa sudah tentu ramai pembaca dan rakan-rakan blogger sudah mengenali Ubat Periuk ini atau lebih mesra di panggil sebagai ” Ubat Piok ” . Untuk pengetahuan semua , Ubat Periuk ini merupakan IBU UBAT dan kegunaan utama adalah untuk pembersihan dalaman dan penjagaan kesihatan . Apa yang penting , Produk ini adalah 100% buatan orang kampung , dan cuma akan di buat dan masuk hutan untuk mencari bila ada permintaannya . Rasanya tidaklah pahit seperti sedang menium Teh O tanpa gula . Ubat Periuk sudah sinonim dengan masyarakat kita sejak zaman berzaman dan sering diamalkan oleh ibu- ibu selepas mengandung atau dalam berpantang khususnya . Walaupun ada sesetengah dari pengeluar atau pengedar yang menjualnya dengan rasa agak pahit , namun ia adalah penawar untuk segala penyakit dan banyak khasiatnya .

ubat periukUbat Periuk

Kenali Ubat Periuk

kenali ubat periuk

… Teruskan Membaca… …

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Interim pages omitted …
  • Page 8
  • Page 9
  • Page 10
  • Page 11
  • Page 12
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,491)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,168)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,407)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (762)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO