Assalamualaikum…
Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang , kini tempahan korban boleh dilakukan secara ” Online ” atau dalam talian di eQurban . Dengan berprofil syarikat EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. ( 1218355-T ) yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor . eQurban juga menjadikan ibadah korban dan aqiqah semakin mudah dan cepat .
Sebelum itu , saya ceritakan serba sedikit mengenai Ibadah Korban ini dari segi hukum , Hikmah Dan Fadhilat , Jenis Haiwan Yang Disembelih , Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban , Bilangan Bahagian , Kelebihan Tempahan Melalui eQurban , cara pembayaran dan juga cara membuat tempahan di laman web eQurban untuk rujukan bersama .
Hukum Ibadah Korban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: –
- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).
“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)