• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Informasi

5 Kemahiran “High Demand” Yang Boleh Anda Belajar Secara Online

August 7, 2021 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar harini, pasti ramai yang terkesan . Contohnya diberhentikan kerja, kena cuti tanpa gaji dan sebagainya . Tapi apa yang perlu kita buat ? Kita kena upgrade skill-set masing-masing untuk pastikan kita juga mampu untuk survive pada perubahan dunia sekarang ni.

Korang nampak tak, harini semua bisnes nak cuba onlinekan perniagaan mereka. Betul? So ini peluang untuk mereka yang nampak “opportunity” dalam masalah. Harini saya nak kongsikan dekat korang 5 SKILLSET yang HIGH DEMAND yang korang boleh belajar secara online dan boleh jana pendapatan ribuan ringgit!

Bagi anak-anak muda saya sangat suggest untuk korang belajar skillset ni . Tidak kira korang background apa sekalipun , tambahan ilmu dibawah boleh buat korang jual skills ni sehingga ribuan ringgit! Ini adalah skill yang high demand walaupun selepas pasca-Covid19 ni.

Beritahu juga kepada kawan-kawan korang yang tengah struggle nak cari duit tu . Ini saya kongsi cara mudah . Cuma korang kena spendkan masa sehari/dua untuk belajar ilmu ni je dan boleh terus jana duit.

Ok di sini saya kongsikan :

… Teruskan Membaca… …

Tempahan Qurban Secara Online Melalui NurAqiqah 1442/2021 Di Tanah Suci Makkah

July 5, 2021 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang , kini tempahan korban boleh dilakukan secara ” Online ” atau dalam talian di   NurAqiqah . NurAqiqah juga menjadikan ibadah korban dan aqiqah semakin mudah dan cepat dan lebih menarik lagi ianya dilakukan di Tanah Suci Makkah ( Mekah ).

Baginda Nabi saw bersabda :

“ Sesiapa yang menunaikan haji dari Makkah sambil berjalan kaki (yakni menuju ke Mina , Muzdalifah dan `Arafah) sehingga dia kembali ke Makkah, maka Allah SWT menulis baginya untuk setiap langkahnya 700 kebajikan dan setiap kebajikan itu adalah seumpama kebajikan-kebajikan yang dilakukan dalam Tanah Haram. Lalu baginda ditanya oleh sahabat, ” Apakah kebajikan Tanah Haram itu (yakni apakah keistimewaan kebajikan Tanah Haram) ?” Baginda menjawabnya dengan bersabda: “Bagi setiap kebajikan itu diganda dengan 100,000 kebajikan.” 

(HR. Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

Maka atas kelebihan inilah pihak NURAQIQAH berusaha memudahkan anda untuk perlaksanaan QURBAN di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah walaupun anda berada di Tanahair Malaysia.

Sebelum itu , saya ceritakan serba sedikit mengenai Ibadah Korban ini dari segi hukum , Hikmah Dan Fadhilat , Jenis Haiwan Yang Disembelih , Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban , Bilangan Bahagian , Kelebihan Tempahan Melalui NurAqiqah , cara pembayaran dan juga cara membuat tempahan di laman web NurAqiqah untuk rujukan bersama .

… Teruskan Membaca… …

Cara Mengawal Stres

June 20, 2021 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Mungkin Ramai Yang Stres Saat Ini.. termasuk saya .. Lebih-lebih lagi sekarang kita semua berada di dalam pandemik Covi-19 . Ramai yang hilang pekerjaan , kedai terpaksa tutup , dibebani hutang dan bermacam lagi seribu satu masalah . Untuk itu , saya sediakan artikel yang dapat dari facebook untuk perkongsian bersama .Jadi.. Mari kita sama-sama ..baca Cara Mengawal Stres .

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal , emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila  tuntutan tidak dapat dipenuhi. Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat . Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak , remaja , dewasa dan warga emas boleh mengalami stres .

Image by Gerd Altmann from Pixabay

Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti . Walau bagaimanapun , stres yang berlebihan , untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit .

… Teruskan Membaca… …

Teleport Oleh Air Asia Memperkukuh Laluan Utama dengan Pesawat Kargo 737-800 Dan Pesawat Penumpang A320 yang Ditukar Kepada Kargo

June 10, 2021 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Teleport, cabang logistik airasia digita l, memperkukuh kedudukannya sebagai sebuah syarikat logistik udara utama di Asia dengan perkhidmatan pesawat kargo pertamanya jenis 737-800F dan penukaran dua (2) pesawat penumpang AirAsia jenis A320 kepada pesawat kargo, tanpa tempat duduk untuk meningkatkan kapasiti kargo.

Pesawat kargo ini akan mula beroperasi di seluruh Asia pada suku tahun ketiga (Q3) 2021 dan akan beroperasi dari hab Teleport di Bangkok . Tambahan kapasiti ini akan memperkukuh jaringan laluan antara China , India dan Asia Tenggara, serta meningkatkan lagi hubungan ke dan dari pasaran jarak jauh Teleport .

Teleport mampu dan bersedia menghantar lebih banyak kargo ke seluruh Asia

Kedua-dua buah pesawat udara jenis A320 tanpa tempat duduk pula akan ditempatkan di Malaysia dan Thailand. Dari hab strategiknya iaitu Bangkok dan Kuala Lumpur , Teleport akan meneruskan jadual penerbangnya ke bandar-bandar utama seperti Hanoi , Bandar Raya Ho Chi Minh , Hong Kong , Jakarta dan Yangon . Penukaran pesawat jenis A320 di Malaysia telah dilaksanakan oleh Asia Digital Engineering (ADE) , anak syarikat milik penuh AirAsia Group Berhad, dan oleh Thai AirAsia bagi penukaran pesawat udara jenis A320 di Thailand .

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Interim pages omitted …
  • Page 12
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,163)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,404)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO