• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

Tazkirah

Persamaan Kehidupan Manusia dan Sifir 7

September 21, 2018 By Wan Zawawi 9 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

KEHIDUPAN MANUSIA TAK UBAH SEPERTI SIFIR 7 YANG AKAN BERHENTI DI TANGGA SEMBILAN. JOM FIKIR-FIKIRKAN DAN BERMUHASABAH

Kita , kehidupan kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa ? Jom sama-sama kita baca dan renungkan.

sifir 7

7x 1= 7

Ketika umur disifir 7 x 1 , kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain . Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan .

7 x 2 = 14

Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting . Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

7 x 3=21

Beranjak kepada umur 20-an , kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting . Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal . Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu . Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

… Teruskan Membaca… …

Usia Meningkat , Ibadah Biarlah Ligat

November 3, 2017 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Salam Jumaat buat semua , maaf lama tak kemaskini blog kerana sibuk menguruskan hal-hal berkitan kerja hakiki . Tazkirah Jumaat pada kali ini berkaitan dengan Ibadah dan umur yang semakin meningkat . Jadi dipersilakan baca dan komen untuk kebaikkann kita bersama …Amin..Pejam celik, pejam celik, Selang dua bulan sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 2017 dan mula melangkah ke tahun 2018 . Ini juga bererti usia kita juga makin menginjak angkanya . Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu . Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk kita sempurnakan . Masih belum puas mengecapi keseronakan hidup.

Menurut Ibnul Jauzi, di alam dunia ini manusia dibahagikan kepada lima peringkat umur iaitu kanak-kanak (bayi sehingga 15 tahun) , muda (15-35 tahun) , dewasa (35-50 tahun) , tua (50-70) tahun dan tua bangka (70 tahun ke atas) . Pandangan yang diberikan oleh Imam Al-Ghazali pula ada menyebutkan bahawa rata-rata umur manusia adalah 60 tahun.

Sebanyak 8 jam sehari diperuntukkan untuk tidur dan ini menyamai 20 tahun daripada keseluruhan umur kita. Lantas, adakah kuantiti dan dan kualiti amal soleh kita mampu untuk menampung dosa dan maksiat yang kita lakukan selama ini. Adakah prestasi ibadah seimbang dengan pertambahan usia kita kerana baki masa terlalu singkat untuk kita. Usia berlari seiiring dengan peredaran waktu.

usia
Gambar dari Google

Kanak-kanak mengejar usia remajanya. Remaja memburu masa tua dan orang tua kian menuju ke titik akhir hayatnya. Tidak kira di mana kita berada sama ada di peringkat kanak-kanak, remaja mahupun tua kematian pasti akan menjemput kita.
… Teruskan Membaca… …

Tazkirah Bersedekah

July 21, 2017 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Salam Jumaat buat semua muslimin dan muslimat terutama juga kepada para pembaca setia blog ini dan tidak lupa rakan-rakan blogger . Sempena hari Jumaat yang penuh Barakah ini , saya ingin kongsikan satu tazkirah yang saya jumpa di Media Sosial . Sempat juga ” Share ” di Page Wazy Network kelmarin ( Dah LIKE ke ? kalau belum ..boleh la LIKE terus ye 🙂  . Hari ini saya kongsikan di blog ini . Mohon baca dan kongsikan kepada semua rakan-rakan dan juga kenalan .

Assalamualaikum Warahmatulallahi Wabarakatuh dan Selamat Pagi Semua 🙂

Jom sama-sama kita hayati Tazkirah pagi ini :-

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang kita akan buat?

Adakah solat ?? Baca Quran ? Selawat ? Sedekah ? Atau puasa ?

Mari kita baca jawapannya…

————————————————————————————————————————————

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh ( Al Imam Jalaluddin As-Suyuti )

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Bersedekah

bersedekah

… Teruskan Membaca… …

Jika Mengetahui Penghujung Usia Kita

March 31, 2017 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik , yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama ? Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar , namun sudah tidak berupaya bebas bergerak , segalanya perlu dipapah dan bantu , dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh . Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh . Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal . Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur. Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar , terus koma hingga dijemput Ilahi.

pokok senjaSumber gambar dari Google

Ada rakan sekerja , belum pun mencecah usia 30 tahun , berpotensi hebat dalam kerjaya , hanya mengadu sakit sekitar matanya , bila diperiksa doktor, masya-Allah…rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang . Tidak sampai dua minggu selepas itu , ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.
… Teruskan Membaca… …

  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Page 6
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO