• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya

 Explore Umrah DIY!

January 15, 2025 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Informasi

Assalamualaikum…

Kalau anda tanya saya, “ Kenapa nak buat umrah DIY? Kenapa tak guna agen je?” Mari saya kongsikan pengalaman dan kenapa saya rasa DIY lebih berbaloi.

Masa pertama kali pergi umrah, saya ikut pakej agen. Masa tu, memang excited, rasa semua dah terurus— hotel, pengangkutan, mutawwif, itinerary. Tapi bila dah sampai sana… hmmm, lain pula ceritanya.

Hotel ‘dekat’ yang tak berapa dekat
Agen cakap hotel dekat dengan Masjidil Haram. Tapi rupa-rupanya, ‘dekat’ tu ikut versi mereka. Setiap kali nak ke masjid, kena jalan kaki jauh, dengan cuaca panas lagi. Bila sampai masjid, dah penat. Masa ibadah pun jadi kurang fokus sebab letih.

Banyak masa habis menunggu
Nak pergi masjid, kena tunggu jemaah lain. Ada yang lambat siap, ada yang hilang entah ke mana. Bila nak balik hotel pun sama—kena tunggu kumpul ramai-ramai baru boleh jalan. Ziarah tempat menarik? Sama juga. Nak gerak, kena tunggu bas penuh dulu. Banyak kali saya rasa macam “Ya Allah, aku kat sini nak beribadah, bukan nak buang masa menunggu orang.”

Ziarah yang jadi sesi shopping
Satu lagi, masa untuk ziarah tempat bersejarah pula banyak dihabiskan singgah kedai kawan-kawan mutawwif. Setiap kali sampai, siap promote, “Beli kat sini murah, barang berkualiti.” Saya tak salahkan mereka nak bantu bisnes rakan, tapi fokus kami yang datang nak belajar sejarah dan ibadah jadi tersasar.

… Teruskan Membaca… …

Selamat Tahun Baru 2025

January 1, 2025 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2025 .… Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat tinggal tahun 2024 dan selamat datang tahun 2025 , Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua yang mengenali diri ini serta buat pembaca setia blog yng tak seberapa ini . Umur meningkat lagi setahun… ( Tahun ini sudah masuk umur 41….) Semoga kenangan di dalam tahun 2024 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2025 . Kalau  yang baik jadikan teladan, kalau tidak elok jadikan sempadan .

In Shaa Allah..dengan kedatangan tahun baru 2024 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara… Aaminn …

… Teruskan Membaca… …

Wordless Wednesday #78

August 28, 2024 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday

Kerja Oh Kerja

August 26, 2024 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Sajak Puisi Dan Pantun

Di pagi hari yang sungguh dingin ,

Matahari perlahan-lahan terbit dari ufuk timur ,

Aku bangkit dengan semangat ,

demi memenuhi harapan dan cita-cita ,

walaupun dengan tangan yang letih mengait mimpi di langit .

Imej oleh Ralph dari Pixabay

Di dalam setiap titisan keringat peluhku ,

Ada doa yang dilafazkan ,

Setiap langkah kakiku ,

Adalah jejak menuju impian ,

Benarlah kata arwah abahku ,

Bekerja ini bukan hanya sekadar tugas ,

Tetapi demi seruan dan panggilan ,

Mengukir juga masa hadapan keluarga kecilku .

… Teruskan Membaca… …
  • « Go to Previous Page
  • Page 1
  • Page 2
  • Page 3
  • Page 4
  • Page 5
  • Interim pages omitted …
  • Page 77
  • Go to Next Page »

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Pengomen Tegar

  • Be the first to comment.
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO