Assalamualaikum…
Alhamdulillah pada hari ini Selasa 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah , Umat Islam di Malaysia khususnya menyambut Hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban . Suasana sambutan pada pagi Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan cuaca yang amat baik . Syukur dapat menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha di surau yang berdekatan dengan taman ini . Syukur juga dapat pulang ke Simpang Renggam ( rumah mak abah ) bersama isteri dan anak walaupun melalui lebuh raya yang bolwh dikatakan hampir sesak . Sehari sebelumnya dapat juga ke pasar membeli barang-barang serta lauk untuk dijadikan juadah pada waktu pagi sempena kedatangan Hari Raya Aidil Adha . Antara menu yang ada adalah yang wajib seperti rendang, lodeh , sambal kacang dan tidak dilupakan juga ketupat .
Pada kesempatan ini saya sertakan dari artikel yang lepas-lepas berkaitan Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban untuk bacaan bersama .
Hari Raya Aidil Adha
Hari Raya Aidil Adha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal . Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh , sebelas , dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah pada setiap tahun . Ia Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah , diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha pada pagi 10 Zulhijjah . Kemudian sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
… Teruskan Membaca… …