Assalamualaikum…
Alhamdulillah…Syukur masih diberi peluang untuk bertemu di dalam tahun yang baharu iaitu 2023 . Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat tinggal tahun 2022 dan selamat datang tahun 2023 , Selamat Tahun Baru 2023 kepada semua . Umur meningkat lagi setahun… ( Tahun ini sudah masuk umur 39….) Semoga kenangan di dalam tahun 2022 akan menjadi landasan untuk menjadi lebih baik pada tahun ini iaitu 2023 . Kalau baik jadikan teladan, kalau jahat jadikan sempadan .
In Shaa Allah..dengan kedatangan tahun baru 2023 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara… Aaminn …