Assalamualaikum…
Setelah mengetahui tentang serta Tips Pemilihan Hosting yang saya kongsikan beberapa minggu yang lepas , kali ini saya sambung pula tentang Nama Domain Yang Baik . Diharapkan sedikit sebanyak informasi ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang bakal membeli serta memilih domain dan hosting pilihan hati .

Kita sering mendengar perkataan domain . Apakah itu domain ? Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai nama domain.
Nama Domain – nama yang mewakili kepada satu atau lebih alamat IP.
Pada kebiasanya , nama domain digunakan untuk mengenalpasti sesuatu website. Contohnya seperti domain blog saya ini iaitu http://www.wanzawawi.net , domain ini mewakili WanZawawi Dot Net .
Nama domain ( nama web server ) Fail ( nama dokumen )
http:// wanzawawi.net/ ejen / 15-domain-name.html
Protokol dan Direktori
- http:// – protokol yang mengandungi arahan / panduan komunikasi dalam penukaran makluma t.
- www.wanzawawi.net – domain yang mewakili web server dimana ia merujuk dimana website itu berada .
- ejen – nama dalam server yang menghubungkan direktori atau folder .
- 15-Domain-Name.html – fail yang mengandungi data atau maklumat yang ingin dicari .




