• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Domain Dan Hosting / Tips Pemilihan Hosting

Tips Pemilihan Hosting

October 15, 2019 By Wan Zawawi 13 Comments Filed Under: Domain Dan Hosting

Assalamualaikum…

Mengikut sumber yang disediakan oleh laman web Wikipedia , Hosting bermaksud satu ruangan khas yang ditempatkan di dalam di dalam web server ataupun pelayan web yang disediakan oleh syarikat pembekal servis ini. Web Server ialah komputer yang berkuasa tinggi yang mampu untuk melayan beribu-ribu permintaan pengguna dalam satu-satu masa. Web Server juga akan disambungkan ke internet sepanjang hari selama 24 jam supaya ia dapat diakses setiap masa. Kebiasaannya Web Server atau ada juga yang memanggilnya Data Center yang terkenal terletak di luar Negara. Di Malaysia juga telah ada syarikat yang menyediakan Web Server.

Image by 3D Animation Production Company from Pixabay

Jika anda mahu memiliki laman web, maka hosting perkara wajib yang anda perlu miliki. Seperti sesebuah perniagaan kedai runcit yang kita hendak jalankan, maka tapak kedai juga harus dimiliki. Laman web  rocksoft.net ini contohnya telah dihoskan menggunakan web server yang terletak di Cyberjaya, Malaysia. Lihat , bukan orang barat sahaja mampu ada web server sendiri , malahan di negara kita sendiri telah mempunyainya .

Perkhidmatan web hosting hari ini boleh dikatakan murah berbanding tahun-tahun sebelum ini . Dengan kos kurang RM12.50 hingga RM13.00 sebulan ( mengikut kiraan hosting saya gunakan sekarang ni ), anda sudah boleh memiliki web server sendiri bagi tujuan persendirian mahupun perniagaan. Contohnya kos untuk laman wanzawawi.net ini , saya membelanjakan lebih kurang RM150.00 setahun termasuk sekali dengan nama domain ( Domain name ). Murah bukan ? Jika menjalankan perniagaan runcit , sewa kedai sahaja mungkin mencapai RM700 sebulan sahaja . Itulah kelebihan perniagaan internet berbanding perniagaan konvensional .

Faktor-faktor Yang Perlu Diutamakan Dalam Pemilihan Web Hosting

Jika laman web anda hanya mengandungi halaman HTML semata-mata, anda tidak perlu bimbang jenis sistem operasi yang digunakan. Jika laman web anda mengandungi kandungan dinamik yang memerlukan akses Pangkalan Data ( database ) , anda mungkin perlu membuat keputusan pada teknologi yang harus digunakan bagi laman web anda.

Berikut adalah ciri-ciri penting yang perlu anda tahu sebelum memilih Web Hosting :-

1.Sistem Operasi ( Operating System ) – Pastikan jenis sistem operasi yang digunakan (Windows, Unix, Linux). Linux adalah yang terbaik

2.Ruang Cakera ( Disk Space ) – Berapa jumlah ruang cakera yang disediakan. Ruang cakera disukat dalam bytes , megabytes (MB), atau gigabytes (GB). Bagi laman web berskala kecil yang mengandungi tidak lebih dari 100 halaman tanpa imej dan fail video , ruang cakera 25 MB sudah memadai .

3.Jalur Lebar ( Bandwidth ) – Berapa jumlah jalur lebar yang disediakan dalam sebulan . Jalur lebar ialah sukatan bagi jumlah kuantiti pemindahan fail yang berlaku apabila pengguna mengakses fail-fail sesebuah laman web . Bagi laman web yang kurang dikenali ramai dengan jumlah trafik yang rendah , 1-2 GB sebulan adalah mencukupi .

4. Akses FTP – . FTP atau nama penuhnya File Transfer Protokol . Akses FTP adalah perlu bagi membolehkan anda memuat naik (upload) fail-fail web ke dalam server . Sesetengah web hosting ( biasanya yang percuma ) tidak menawarkan akses FTP.

5. Sokongan Pelanggan – Kriteria ini amat perlu sebelum memilih web hosting . Samada melalui emel , telefon atau live chat anda boleh mencubanya sebelum mendaftar perkhidmatan mereka . Perhatikan cara mereka memberikan jawapan dan kepantasan menjawab semasa memberikan respon.

6. Jaminan Uptime – Jaminan uptime sekurang-kurangnya 99.5% adalah perlu bagi sesebuah laman web . Uptime 100% mungkin akan melibatkan kos yang tinggi , bagaimanapun elakkan jaminan uptime yang kurang dari 99.5%.

Nota :

HTML ialah Hyper Text Markup Language . File HTML adalah file teks yang mengandungi markup tags. * Markup tags akan memberi tahu pencari web ( Web Browser ) panduan untuk memaparkan “ Page ” laman web. * File HTML mempunyai htm atau html sebagai “ Extension ”. Contoh ( index.htm atau index.html )

FTP ialah Files Transfer Protocol.Digunakan untuk menghantar (upload) apa jua sekali pun,samaada file,software,lagu di tempat yg dipanggil “ hosting ” dan juga digunakan untuk upload website di web hosting.
FTP dan HTTP adalah protokol untuk penghantaran data . Contoh software FTP ialah filezilla dan cuteFTP.

HTTP ialah Hypertext Transfer Protocol , merupakan suatu protokol yang menentukan aturan yang perlu diikuti oleh Web browser dalam meminta atau mengambil suatu dokumen, dan oleh Web server dalam menyediakan dokumen yang diminta untuk mengakses dokumen HTML . Jika anda sedang menjelajahi Web dan melihat tulisan seperti http://www.disney.com/ atau http://*******/ ini merupakan salah satu penggunaan protokol HTTP dalam web . Dan dapat dipastikan bahawa anda akan berhubungan banyak dengan protokol ini jika sedang mengakses Web.

DNS ialah Domain Name System . Komputer-komputer di Internet menggunakan suatu format penamaan standard untuk mempermudahkan pengelolaan server komputer di Internet yang berkembang dengan cepat. Sistem penamaan server komputer ini adalah Domain Name System ( DNS ). DNS membuat suatu peringkat domain, yang merupakan kelompok komputer-komputer yang menghubungi ke Internet seperti domain .com – organisasi komersial / .edu – lembaga pendidikan / .gov – lembaga pemerintah atrau dikenali laman web kerajaan / .net – pembekal internet atau network / .mil – organisasi militeri atau pertahanan / .org – organisasi umum.

URL ialah Uniform Resourse Locator . URL adalah suatu sarana yang digunakan untuk menentukan lokasi informasi pada suatu Web server , URL dapat diibaratkan sebagai suatu alamat, dimana alamat tersebut terdiri dari protokol yang digunakan oleh suatu browser untuk mengambil informasi , Nama dari komputer di mana informasi tersebut berada dan Jalur serta nama file dari suatu informasi .

Berikut ini adalah contoh dari URL :


https://wanzawawi.net/flash/index.html


dimana :


– http adalah protokol yang digunakan


– wanzawawi.net adalah nama dari server komputer


– flash adalah jalur dari informasi yang dicari


– index.html adalah nama file dimana informasi itu berada.

P/S : Semoga bermanfaat untuk semua 🙂

(Visited 7 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Nurhidaya says

    January 13, 2020 at 1:41 PM

    Mana lagi okay pakai hosting atau blogspot free jer?
    Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover TajulMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:25 PM

      Dua-dua pun ok
      Cuma kalau langgan hosting kena renew setiap tahun

      Reply
  2. Hawa Hassan says

    November 3, 2019 at 9:26 AM

    Info yang sangat berguna. Terima kasih share.
    Hawa Hassan recently posted…Di Sebalik Kemerduan Suara Apex Tajudin Mentor Milenia 2019My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:26 PM

      Alhamdulillah…Sama-sama

      Reply
  3. Sis Lin says

    October 16, 2019 at 3:21 PM

    Info menarik, boleh save..nanti boleh jadikan rujukan..Makaseh Wazy ..
    Sis Lin recently posted…MUHIBBAH BUFFET DINNER – SAMBIL MAKAN SAMBIL MELIHAT PERTUNJUKKAN ‘FIRE EATER’ DI THISTLE JOHOR BAHRUMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:26 PM

      Sama-sama

      Reply
  4. siti suziana binti mustakim says

    October 15, 2019 at 7:49 AM

    Menarik..memiliki kedai online memang berbaloi..lagi2 zaman sekarang semuanya dihujung jari..

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:27 PM

      Yup..Tepat sekali tu
      lagipun sudah ramai bertukar kepada kedai online sekarang ni

      Reply
  5. Cik Puan Ena says

    October 15, 2019 at 7:43 AM

    Tq atas perkongsian ilmu. Zaman skarang ramai berniaga online. Selain jimat kos, mengikut peredaran zaman kini.

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:28 PM

      Sama-sama
      Mudah-mudahana akan lebih ramai lagi beralih kepada perniagaan online

      Reply

Trackbacks

  1. Kenali Apa Itu Parked, Sub dan Add-On Domain - wanzawawi[dot]net says:
    December 9, 2019 at 9:13 AM

    […] Apa Itu Parked, Sub dan Add-On Domain . Sebelum itu anda boleh rujuk beberapa artikel yang lepas , Tips pemilihan Hosting  ,  Nama Domain Yang Baik  dan Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting Jom […]

    Reply
  2. Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting - wanzawawi[dot]net says:
    November 21, 2019 at 9:03 AM

    […] kita mengetahui tentang Tips pemilihan Hosting dan Nama Domain Yang Baik , kali ini saya kongsikan pula tentang Ketahui Perbezaan Antara Linux […]

    Reply
  3. Nama Domain Yang Baik - wanzawawi[dot]net says:
    October 29, 2019 at 9:29 AM

    […] mengetahui tentang serta Tips Pemilihan Hosting yang saya kongsikan beberapa minggu yang lepas , kali ini saya sambung pula tentang Nama Domain […]

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #40
Next Post: Nama Domain Yang Baik

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,512)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,221)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,543)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,443)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (871)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (640)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (627)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (568)
  • Demi Sesuap Nasi (522)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO