• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Domain Dan Hosting / Nama Domain Yang Baik

Nama Domain Yang Baik

October 29, 2019 By Wan Zawawi 10 Comments Filed Under: Domain Dan Hosting

Assalamualaikum…

Setelah mengetahui tentang serta Tips Pemilihan Hosting yang saya kongsikan beberapa minggu yang lepas , kali ini saya sambung pula tentang Nama Domain Yang Baik . Diharapkan sedikit sebanyak informasi ini dapat membantu rakan-rakan blogger yang bakal membeli serta memilih domain dan hosting pilihan hati .

Gambar dari Google

Kita sering mendengar perkataan domain . Apakah itu domain ? Perkara pertama yang perlu anda ketahui mengenai nama domain.

Nama Domain – nama yang mewakili kepada satu atau lebih alamat IP.

Pada kebiasanya , nama domain digunakan untuk mengenalpasti sesuatu website. Contohnya seperti domain blog saya ini iaitu http://www.wanzawawi.net , domain ini mewakili WanZawawi Dot Net .

Nama domain ( nama web server ) Fail ( nama dokumen )

http:// wanzawawi.net/ ejen / 15-domain-name.html

Protokol    dan   Direktori

  • http:// – protokol yang mengandungi arahan / panduan komunikasi dalam penukaran makluma t.
  • www.wanzawawi.net – domain yang mewakili web server dimana ia merujuk dimana website itu berada .
  • ejen – nama dalam server yang menghubungkan direktori atau folder .
  • 15-Domain-Name.html – fail yang mengandungi data atau maklumat yang ingin dicari .

Internet biasanya bergantung kepada alamat IP dan setiap web server memerlukan Name Domain Server ( DNS ) untuk menterjemahkan Nama Domain kepada alamat IP .

NAMA DOMAIN HENDAKLAH NAMA WEBSITE

Dalam memilih nama domain ada beberapa perkara yang perlu dititik berat . Antaranya , nama domain mestilah berkaitan dengan nama website anda. Ini kerana pelanggan anda kebiasaanya mengingati anda akan nama website atau perniagaan anda. Contohnya , WanZawawi Dot Net adalah nama website atau perniagaan anda. Tapi malangnya nama domain itu telah pun diambil oleh pihak lain. Sebagai langkah alternatif , anda memilih mybusiness.com sebagai nama domain untuk  WanZawawi Dot Net . Apa kesannya ? Pelanggan anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mencari website anda . Sekaligus , membawa kepada website yang lain dan maka anda telah kehilangan pelanggan anda . Tidakkah itu merugikan anda ?

NAMA SECARA UMUM ATAU NAMA BRAND DOMAIN

Perlukah nama domain anda secara umum ataupun menggunakan nama brand anda sebagai nama domain ? Kedua-duanya memberi kesan yang berlainan terhadap website anda . Kebiasaanya pelanggan anda lebih cenderung kepada nama brand anda . Tapi jika anda mempunyai banyak brand , takkan anda ingin membina nama domain bagi semua brand pula. Untuk memudahkan pelanggan anda mencari website anda , anda boleh menggunakan salah satu brand anda ( paling popular ) sebagai nama domain anda . Contoh anda mempunyai perniagaan menjual kereta . Apakah kesannya jika anda menggunakan JualKereta.com atau toyota.com ?

PANJANG ATAU PENDEK

Sesuatu nama domain boleh mencapai sepanjang 64 huruf . Tapi anda perlu ingat , perkara yang paling mudah menarik perhatian pelanggan anda adalah pendek dan mudah diingati . Cuba anda bezakan antara biologiteknologi.com dengan biotech.com . Antara kedua-duanya yang mana satu paling anda mudah ingat .

NAMA PELIK

Sekiranya anda ingin menggunakan sesuatu nama yang lain dari biasa . Anda perlu menimbangkan beberapa perkara ;-

1.  Anda bezakan antara akupenjualbuku.com dengan aku-penjual-buku.com . Apa yang anda nampak dan yang mana satu mudah diingati .

2.  Mouth of words amat berkesan kepada sesuatu perniagaan . Tapi bayangkan jika salah seorang pelanggan ingin menyebarkan kepada rakannya yang lain mengenai website anda. ” Semalam aku melawat sebuah website aku penjual buku dot com dan website itu mempunyai banyak pilihan buku untuk dibeli . ” dan rakannya sebagai penerima mesej lisan itu pasti akan mengingati website anda sebagai akupenjualbuku.com bukan aku-penjual-buku.com .

3.  Sekiranya anda menggunakan sebarang simbol pada nama domain anda , ia agak menyukarkan untuk menaip pada ruangan alamat di browser mereka .

Pandangan : Secara peribadi , saya mengesyorkan anda untuk tidak menggunakan sebarang simbol pada nama domain anda .

COM, NET, BIZ, INFO, ORG

Anda perlu mengenalpasti jenis website anda . Penggunaan com, net, biz, info, org dan juga penggunaan rujukan negara pada domain anda memberi kesan yang berlainan terhadap website anda .

.com – merujuk kepada komersial ( commercial )

.net – merujuk kepada rangkaian ( network )

.info – merujuk kepada maklumat ( information )

.org – merujuk kepada pertubuhan bukan berpendapatan ( organization non profit )

.biz – merujuk kepada perniagaan ( business )

.my – merujuk kepada negara ( Malaysia )

PENUTUP

Pemilihan sesuatu nama domain memberi kesan yang besar kepada website anda . Sekiranya anda gagal untuk memilih nama domain yang baik , ia akan memberi kesan negatif terhadap website anda . Jadi , buatlah pilihan yang tepat .  Semoga artikel mengenai Nama Domain Yang Baik ini berguna kepada semua .

(Visited 58 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Nurhidaya says

    January 13, 2020 at 1:40 PM

    Alhamdulillah… sy pun baru jer beli domain name.. mujur juga masih available lagi..
    Nurhidaya recently posted…Sedalam Dalam Rindu (Lirik) Cover TajulMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:22 PM

      Alhamdulillah..
      Tahniah..Semoga sukses dengan domain baru

      Reply
  2. StudioAJ says

    January 3, 2020 at 10:19 PM

    sebelum mendaftar nama syarikat, pastikan anda membeli domain terlebih dahulu.
    StudioAJ recently posted…Rahim Maarof – Cinta Kristal ChordMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:22 PM

      Yup..betul tu

      Reply
  3. titan says

    October 30, 2019 at 4:08 AM

    topik asas.

    tapi aku suka baca bab macam ni. hoho
    titan recently posted…Brainwash – Part 3My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:23 PM

      Hehehe
      Terima kasih bro

      Reply
  4. Sis Lin says

    October 29, 2019 at 1:39 PM

    Terima kasih atas perkongsiannya Wazy …buat masa ini sangat puashati dengan nama domain Sis ..
    Sis Lin recently posted…MASAK KARI AYAM TANPA SANTAN PUN SEDAPMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 12:24 PM

      Alhamdulillah..Sama-sama

      Reply

Trackbacks

  1. Kenali Apa Itu Parked, Sub dan Add-On Domain - wanzawawi[dot]net says:
    December 9, 2019 at 9:12 AM

    […] Domain . Sebelum itu anda boleh rujuk beberapa artikel yang lepas , Tips pemilihan Hosting  ,  Nama Domain Yang Baik  dan Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting Jom sama-sama kita baca sehingga […]

    Reply
  2. Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting - wanzawawi[dot]net says:
    November 21, 2019 at 9:05 AM

    […] kita mengetahui tentang Tips pemilihan Hosting dan Nama Domain Yang Baik , kali ini saya kongsikan pula tentang Ketahui Perbezaan Antara Linux Hosting dan Windows Hosting . […]

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Tips Pemilihan Hosting
Next Post: Wordless Wednesday #41

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog