Assalamualaikum…
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga .Dengan ini , Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung . Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga , ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan , bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan .
Sumber gambar dari Google
Berikut saya sertakan beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh , jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci , kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat , semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat .