
Wordless Wednesday #72

Blogging Is My Passion
By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Wordless Wednesday
By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum…
Alhamdulillah… Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1443 Hijrah pada tahun 2022 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadhan . Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari ini iaitu Isnin bersamaan 2 Mei 2022 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1443 Hijrah pada hari Ahad yang lepas ( 1 Mei 2022 ) .
Saya sertakan sekali klip video darti youtube Pengumuman Tarikh Raya Puasa 1 Syawal 1443H Bersamaan 2022M Bagi Seluruh Malaysia Pada 2 Mei 2022 :-
Walaupun agak kelam-kabut pada tahun ini kerana pengumuman raya secara mengejut sebab ramai yang menjangkakan raya pada hari selasa 3 Mei 2022, raya tetap raya dan disambut dengan sederhana dan tahun ini terasa amat meriah sekali kerana sudah hampir dua tahun terikat dengan SOP PKP PKPB dan PKPP . Moga Fasa Endemik pada kali ini membawa khabar berita yang baik Covid-19 akan lenyap di muka bumi ini…Aaaminn…
By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Coretan Harian
Assalamualaikum…
Alhamdulillah… hari ini ( Ahad 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah ) semua umat Islam di Malaysia khususnya sudah pun mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia . Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini . Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) pada hari Jumaat lepas .
Alhamdulillah juga…. kali ini sambut bulan Ramadan pada Fasa Endemik yang bermula pada 1 April 2022 yang lepas setelah hampir 2 tahun kita semua berpuasa di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) atau Movement Control Order ( MCO ) dan ada sesetengah negeri Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan ( PKPP ) di dalam usaha kerajaan dan rakyat untuk memutuskan rantaian wabak atau virus Covid-19 yang sedang melanda . Apa yang penting di sini , kita semua masih harus mengamalkan Budaya Normal Baharu ( New Norma ) dan mematuhi SOP yang ditetapka oleh pihak kerajaan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 di bumi Malaysia tercinta ini .
Syukur pada Ramadan kali ini juga dapat menunaikan Sembahyang Terawih di masjid atau surau serta Bazar Ramadan beroperasi seperti biasa dengan SOP yang ketat .ecara tidak langsung terubat juga suasana menunaikan sembahyang terawih di masjid atau surau serta kemeriahan bazar-bazar Ramadan .
By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Review
VITAMIN C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita . Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda kelihatan cantik dan awet muda . Umum mengetahui bahawa Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran , kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C .
Fungsi kulit teramat penting bagi tubuh badan . Ini adalah kerana kulit berfungsi untukmengatur suhu dan keseimbangan cairan di dalam tubuh badan serta merasa keadaan seperti sentuhan , suhu panas dan sejuk . Kulit juga melindungi dari kecederaan , jangkitan dan sinar radiasi seperti sinar Ultraviolet ( UV ) .
1) Menghasilkan kulit yang Cerah dan berseri
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.
2) Penghasilan Kolagen
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.
3) Membantu mengatasi kekurangan vitamin C dalam badan
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, anda disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.
4) Membantu menghindari jangkitan kuman
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal . Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman.
… Teruskan Membaca… …