Assalamualaikum…
Alhamdulillah… hari ini ( Ahad 3 April 2022 bersamaan 1 Ramadan 1443 Hijrah ) semua umat Islam di Malaysia khususnya sudah pun mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia . Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun ini . Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ) pada hari Jumaat lepas .
Alhamdulillah juga…. kali ini sambut bulan Ramadan pada Fasa Endemik yang bermula pada 1 April 2022 yang lepas setelah hampir 2 tahun kita semua berpuasa di dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan ( PKP ) atau Movement Control Order ( MCO ) dan ada sesetengah negeri Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ( PKPB ) dan juga Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan ( PKPP ) di dalam usaha kerajaan dan rakyat untuk memutuskan rantaian wabak atau virus Covid-19 yang sedang melanda . Apa yang penting di sini , kita semua masih harus mengamalkan Budaya Normal Baharu ( New Norma ) dan mematuhi SOP yang ditetapka oleh pihak kerajaan agar dapat memutuskan rantaian Covid-19 di bumi Malaysia tercinta ini .
Syukur pada Ramadan kali ini juga dapat menunaikan Sembahyang Terawih di masjid atau surau serta Bazar Ramadan beroperasi seperti biasa dengan SOP yang ketat .ecara tidak langsung terubat juga suasana menunaikan sembahyang terawih di masjid atau surau serta kemeriahan bazar-bazar Ramadan .
… Teruskan Membaca… …