Siapalah Aku
Kalaulah aku..
seekor burung..
akan aku terbang tinggi…
tapi tak mungkin… tak mungkin…
kerana aku adalah aku…
seorang insan yang lemah..
Kalaulah aku..seekor ikan…
akan aku berenang di lautan dalam…
tapi tak mungkin… tak mungkin…
kerana aku adalah aku…
seorang insan yang lemah…
Kalaulah aku…
sekuntum bunga…
akan aku hiasi dunia seindah yang mungkin…
tapi tak mungkin… tak mungkin…
kerana aku adalah aku…
seorang insan yang lemah…
Sumber gambar dari Pixabay
Kalaulah aku air…akan aku sirami kawasan ini…
yang sedang diCATU air…
tapi tak mungkin…. tak mungkin…
kerana aku adalah aku…
seorang insan yang lemah…
Kalaulah aku…Kalaulah aku…
Kalaulah aku… kelakar..kelakar…
kalaulah aku… Ahh mengarut semua itu…
Yang harus dihadapi ialah realiti bukan fantasi….
cetusan minda Di dalam mentari terpercik misteri
lambaian wajah umpama bidadari
kucapai namamu tegak baiduri
didalam lamunan kita menari
mimpi pasti,
datang dan pergi
namun pepohon tetap teguh
walau berbuah ranting rapuh
teguh matlamat jiwa utuh
disimbah racun tidakkan luruh.
Mohd Aswad says
terbaik…macam2 bakat ada ni… hehehehe
Wan Zawawi says
Terima kasih bro 🙂
Hernee Nazir says
wahhh berbakat wazy..hehehe
Wan Zawawi says
Hehehehe
bakat terpendam ni