• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Demi Sesuap Nasi

Demi Sesuap Nasi

March 14, 2017 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Niat
  • Rezeki
  • Kerja
  • Ikhlas dan Jujur
  • Sentiasa Memaafkan
  • Sudah Dahulu , Senang Kemudian
  • Hargai Ibu Dan Bapa
  • Abaikan Cakap Orang Lain
  • Hargai Kawan Dan Sahabat

Assalamualaikum…

Dahulu sering kali dengar dari salah seorang rakan rapat , setiap kali dia hendak menjalankan tugas mesti dia beritahu ” Aku nak pergi kerja ni demi sesuap nasi ” dengan nada serius pula tu . Mula-mula rasa macam nak tergelak pun ada , tapi bila dah lama-kelamaan tu , fikir punya fikir… memang mendalam makna ayat tu . Bukan hanya demi mendapatkan sesuap nasi malah pengorbanan kita di dalam mencari rezeki yang halal untuk diri sendiri dan keluarga tercinta .

Kebetulan pada hari ini ada la serba sedikit yang berkaitan dengan tajuk artikel ini..Jadi terus je berkongsi serba sedikit dengan rakan blogger dan para pembaca blog tentang ayat tersebut . Dengan erti kata lain ia memberikan serba sedikit motivasi di dalam melalui liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri pada ketika ini . Lebih-lebih lagi apabila ada yang ” keluar pagi balik petang ….adakala sampai malam….cari rezeki bawa pulang…..buat orang yang tersayang ……oh bersabarlah … “ lagu n dari Ramli Sarip yang bertajuk Nyanyian Serambi . kalau penat-penat kerja tu bila dengar lagu macam ni hilang semua penat lelah setelah seharian bekerja 🙂

demi sesuap nasiGambar Dari Google

Niat

Sebelum melakukan apa jua perkara , kita haruslah mempunyai niat yang baik . Niat yang baik serta ikhlas , urusan dan kerja kita dipermudahkan . Dan yang paling penting jaga amal ibadat solat lima waktu tidak tertinggal . In Shaa Allah segala ursan kita dipermudahkan lagi oleh Allah S.W.T . Amin…..

Rezeki

Bila berbicara tentang rezeki , memang banyak sebenarnya cara-cara memperolehinya dengan lebih berkat . Dengan erti kata lain dengan Menarik Rezeki . Mungkin ramai di antara rakan-rakan serta pembaca sudah mendapat pelbagai kelebihan dan sedang mengejar rezeki pada ketika ini . Syukur alhamdulillah…jika benar ia memang rezeki yang berkat dan perlu dijaga dengan seelok-eloknya .

Kerja

Kerja itu memang satu ibadah , jadi kita hedaklah melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan itu dengan ikhlas dan jujur . Bagi mereka di dalam sektor swasta khususnya ramai yang bekerja di kilang-kilang . Ini adalah kerana mereka perlu memelihara hubungan baik diantara pekerja dan majikan . Tanpa pekerja , siapalah majikan ye tak ? . Apa yang penting , kita melaksanakan kerja yang halal dan terjamin untuk diri sendiir dan keluarga tercinta pada masa hadapan .

Ikhlas dan Jujur

Dalam kehidupan seharian , kita tidak boleh lari di dalam melakukan kesilapan , jadi kenalah sentiasa berhati-hati di dalam setiap perkara yang kita lakukan . Oleh itu iklhlas dan jujurlah di dalam setiap perkara agar kita mendapat keberkatan dan keredhaan dari pada-Nya .

Sentiasa Memaafkan

Dalam kehidupan seharian , mungkin secara sedar dan tidak sedar kita terguris hati seseorang , jadi kalau boleh sentiasa tetapkan di dalam minda untuk memaafkan , tak kisah lah sama ada dengan rakan-rakan sekerja , saudara – mara dan sebagainya .

Sudah Dahulu , Senang Kemudian

Tidak semua orang dilahirkan di dalam keluarga berada , jadi kita haruslah berusaha bersusah-susah dahulu kemudian barulah bersenang-senang kemudian .. . Tidak mengapa jika terpaksa mengorbankan salah satu perkara jika ianya akan menjanjikan kesenangan di dalam hidup pada masa akan datang . Macam kata pepatah ” Bukan Senang Hendak Senang …Bukan Susah Hendak Susah … “

Hargai Ibu Dan Bapa

Di dalam kehidupan yang serba mencabar ini , kita harus tidak terlupa untuk menghargai dan mengutamakan ibu dan bapa yang telah mengorbankan banyak masadan wang ringgit semasa membesarkan kita dahulu . Tanpa pengorbanan yang mereka lakukan dahulu , mungkin kita tidak ada dan berdiri di dunia sekarang ini . Oleh itu , dalam melakukan atau membuat keputusan , kita haruslah mengutamakan ibu dan bapa kita dahulu . Doa dari ibu dan bapa menjamin turun dan naiknya hidup kita . jadi tidak salah juga kita mendoakan mereka bedua sama ada di dalam doa selepas solat dan sebagainya .

Abaikan Cakap Orang Lain

Seringkali kita mendengar ” pot pet pot pet “ yang tidak enak terutama dari rakan , sahabat dan kawan tidak lupa juga jiran tetangga ( misalannya je la ..kalau ada kebetulan tu hanya untuk mengingati diri sendiri dan semua ) . Dalam hidup ni , kita sering disalah ertikan apabila melakukan sesuatu menuju ke arah kebaikkan dan ramai pula yang mnegutuk dan menyindir , konon-kononnya kita menunjuk-nunjuk… . Jadi abaikan dan buat tak tahu je apa yang orang lain cakap tu , yang penting kita tak kacau periuk nasi dorang bukan ?

Hargai Kawan Dan Sahabat

kita juga harus menghargai kawan dan sahabat yang rapat dengan kita . Mungkin ada diantara kawan dan sahabat yang memerlukan kita semasa mereka di dalam kesusahan , tetapi terus mengelak apabila berada di dalam situasi yang senang . Jadi di dalam perkara ini , aspek pemilihan kawan dan sahabat juga amat penting di dalam menjaga hubungan serta menghargai orang di sekeliling kita .

Semoga apa yang saya kongsikan pada hari ini , sedikit sebanyak dapat memberikan seribu makna buat rakan-rakan dan para pembaca setia blog ini .Sampai di sini sahaja saya berkongsi serba sedikit tentang atikel pada hari ini . Kepada rakan-rakan dan para pembaca blog ini , bolehlah mengutarakan komen dan pendapat diruang komen yang disediakan . Semoga anda semua sihat walafiat dan dikurniakan rezeki yang berkat . Amin….

(Visited 542 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Azwan says

    April 4, 2017 at 10:18 AM

    Abaikan cakap orang lain. Kecuali nasihat yang berguna.
    Azwan recently posted…Teknik ‘Zero Budget’ Untuk Urus Perbelanjaan Bagi Pendapatan Kecil.My Profile

    Reply
  2. Hero Borneo says

    March 15, 2017 at 5:48 PM

    kalau boleh rezeki jangan sesuap nasi..lebih lagi bagus..

    kalau hidup bujang boleh la..
    Hero Borneo recently posted…Ilmu Dari Balai Polis Kota SamarahanMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 26, 2017 at 1:10 PM

      Sebab saya masih bujang la terpaksa sesuap nasi
      hehehe

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Jemput LIKE Wazy Network Di Facebook
Next Post: Wordless Wednesday #4

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,519)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,319)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,583)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,471)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (880)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO