Assalamualaikum…
Apabila berbicara tentang Rezeki , mesti ramai yang membincangkan dan menjadi topik perbualan serta perbincangan yang hebat tentang dari mana sumber-sumber rezeki tersebut dan semestinya ia halal dan berkat serta Formula tarik Rezeki . Secara umumnya , masing-masing diantara kita semua sudah mempunyai punca rezeki tidak kira sama ada bekerja sendiri mahupun dengan makan gaji . Dan daripada sumber-sumber tersebutlah kita gunakan untuk beli barangan keperluan keluarga dan lain-lain lagi .
Sumber gambar dari Google
Apa itu Rezeki ?
Di dalam kehidupan , tidak kira kita berada di bandar mahupun luar bandar , masing-masing mempunyai kerja dan tugasan harian untuk menampung keperluan hidup yang semakin mencabar ini . Oleh itu Rezeki adalah amat penting di dalam kehidupan seharian kita dan secara tidak langsung ia menjadi pendorong kepada semua untuk rajin bekerja dan melaksanakan tugasan harian secara istiqamah , ikhlas dan jujur .
Pada pendapat saya , Rezeki adalah perkara yang memberi kita keperluan seperti wang ringgit , pakaian , makanan dan keperluan yang lain di dalam kehidupan seharian . Dan cuba kita hayati “ Erti hidup pada memberi ” dan ia ada disebut di dalam hadis Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lainnya” (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Erti hidup pada memberi memfokuskan bahawa setiap yang kita dapat dan peroleh itu wajar dikongsikan bersama keluarga atau rakan-rakan walaupun tidak banyak , memadailah semua dapat merasa dan meikmati setiap satu bahagian tersebut . Selain itu , bersedekah menjadi salah satu perkara yang amat berkait rapat dengan rezeki . Tidak kisah jika kita menghulurkan sedikti bantuan kewangan atau bekalan makanan seperti beras , minyak dan tepung gandum kepada fakir miskin ataupun anak-anak yatim . Dengan itu , ia seperti roda kerana rezeki yang kita dapat kemudiannya diberi kepada yang lebih memerlukan dan secara tidak langsung amal jariah kita bertambah .
Formula Tarik Rezeki
Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya . Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan Diri Beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya , seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak Istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Sentiasa Ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
4. Berbakti Dan Mendoakan Ibu Bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w.. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Berbuat Baik Dan Menolong Orang Yang Lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
6. Tunaikan Hajat Orang Lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)
7. Melazimi Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
”Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
8. Bersyukur Kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
Formula Tarik Rezeki
Sebagai kesimpulannya , terdapat pelbagai cara di dalam Formula untuk menarik rezeki kerana setiap orang mempunyai rezekinya sendiri . In Shaa Allah , dengan melipatgandakan usaha yang berterusan dan tidak mudah berputus asa , rezeki akan bertambah murah . Untuk itu , saya mencadangkan rakan-rakan serta para pembaca dapatkan maklumat lanjut tentang topik ini di Formula Tarik Rezeki .
Elih Japahar says
Bersyukur selalu dan bantu mereka yang meemrlukan/lemah. Lebih banyak kita beri lebih banyak rezeki datang..
Elih Japahar recently posted…Belajar Buat Blog Dengan Mudah
Faezah Abdul Jalil says
Bersyukur dahulu maka bahagia datang kemudian. Nak tunggu bahagia dulu baru bersyukur maka datanglah sifat iri hati dan dengki.
Faezah Abdul Jalil recently posted…Vita E Complex : Terbaik Untuk Masalah Jerawat
zool says
alhamdulillah kalau kita ikut tips diatas banyak rezeki akan datang pada kita
Wan Zawawi says
In Shaa Allah..
Jom sama-sama kita cuba amalkannya sekali