• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Tazkirah / Sujudlah Kepada Penciptamu

Sujudlah Kepada Penciptamu

March 3, 2017 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Tazkirah

Assalamualaikum…

Salam Jumaat buat semua rakan-rakan blogger dan para pembaca setia di blog ini . Bertemu kita sekali lagi pada hari Jumaat yang mulia dan saya mengambil kesempatan untuk berkongsi tazkirah di blog kesayangan . Mari kita sama-sama baca dan menghayatinya .

Sujudlah Kepada Penciptamu

Solat merupakan perintah yang sampaikan oleh Allah secara terus kepada Nabi Muhammad SAW berbanding dengan perintah yang lain seperti puasa, zakat, haji dan lain-lain . Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal , kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah SWT yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk , iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

sujudlah kepada penciptamuSumber gambar : http://www.islam21c.com/

Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”

Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.

Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain. Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya.

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.

Hikmah Sujud

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  • melegakan sakit hernia (burut)
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • meringankan bahagian pelvis.
  • memberi dorongan supaya mudah tidur.
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • mengurangkan kegemukan.
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim .

(Visited 13 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Faezah Abdul Jalil says

    March 7, 2017 at 10:51 AM

    Masa sujud bahu rasa berat dengan bebanan masalah dunia, kita pon bercerita segala keluh kesah,

    Bangkit dari sujud, dada rasa lapang dan lega.

    Terasa Allah dah ambil semua keluh kesah dan serabut yang bersarang dalam hati.
    Faezah Abdul Jalil recently posted…Petua Nak Hilangkan Whitehead dan Blackhead, Mudahnya!My Profile

    Reply
  2. Uncle Zuan says

    March 4, 2017 at 11:09 AM

    setiap yang kita lakukan dalam solat tu, ada manfaat nya bukan sahaja kepada rohani, malah kepada fizikal
    Uncle Zuan recently posted…Baiki Gadget Face 2 Face Di Chamo BangiMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 5, 2017 at 9:59 AM

      Betul tu bro 🙂

      Reply
  3. raihanah ahmad says

    March 4, 2017 at 8:16 AM

    terima kasih atas peringatan
    raihanah ahmad recently posted…16 Perkara Shaklee Difference Atau Perbezaan ShakleeMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      March 5, 2017 at 10:00 AM

      Sama-sama 🙂

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Formula Tarik Rezeki
Next Post: Dilema Seorang Orang Yang Sorang

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO