Assalamualaikum…
Di dalam sesebuah organisasi , syarikat atau industri perkilangan , setiap jabatan akan diketuai oleh seorang Ketua atau lebih popular dikenali sebagai ” Leader ” . Untuk menjadi seorang ” Leader ” bukannya mudah kerana ia memerlukan persiapaan yang rapi dari segi ental dan fizikal untuk memimpin pekerja bawahan . Untuk itu , pada hari ini , saya berikan serba sedikit tentang Bagaimana Hendak Menjadi ” Good Leader “ .
Pupuk Sifat Sabar
Menjadi seorang ” Leader ” dalam sesuatu kumpulan pekerja ( Team ) menuntut penuh kesabaran . Ini kerana dalam satu team mungkin terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan tahap pendidikan yang perlu kita hadapi…tidak lupa juga rakan-rakan yang sama ” Level ” dengan kita ( contohnya rakan sesama jawatan ) kadang kala, rakan sesama jawatan ini ada yang cemburu dengan kita dan ia akan cuba menonjolkan dirinya dengan cara yang kurang baik . Jadi …di sinilah kita kena perlu banyak bersabar..juga, sebagai pemimpin kita kena banyak bersabar dengan karenah ahli-ahli yang bekerja bersama kita mungkin ada yang agak pendiam , ada yang kaki kipas , ada yang cakap je lebih kerja entah ke mana dan sebagainya . Selain itu, ada juga yang jenis perangai kasar atau yang lebih lembut , semua ini perlu dihadapi dengan sabar . Jangan biarkan anda hilang kawalan dan mula maki memaki..hal ini tidak molek..selain anda dipandang serong oleh ” Staff ” lain , dibenci dalam diam dan krebiliti anda menjadi sangat rendah..tiada pemimpin agung di dunia yang bersikap suka memaki hamun..bersikap diplomatik adalah yang terbaik..kadang kala ada sesetengah pemimpin yang mahu hatinya dijaga, tetapi hati orang lain tidak dihargai..
Sumber Gambar dari Google
Jangan Bersikap Pilih Kasih
Menjadi naluri manusia, akan ada orang yang disukai lebih daripada orang lain..maksud saya di sini , suka bukan atas dasar cinta tapi lebih kepada perasaan selesa dengan seseorang . Ketika anda mentadbir sesuatu organisasi , mesti ada seorang yang anda paling percaya , paling boleh diharap dan sebagainya…tetapi sebagai pemimpin , anda dituntut untuk bersikap lebih adil kepada orang lain . Jika anda terlalu memilih kasih antara semua team dalam organisasi, ini akan mengundang rasa tidak puas hati dengan cara yang negatif..bagi pihak ahli dalam ” Team ” , mereka akan merasa tersisih , tidak diperlukan selain rasa tidak puas hati terhadap ” Anak Emas ” boss dan manakala bagi bos pula , pekerja akan mula menjadi kurang mesra dengan anda , krebiliti anda menurun dan anda dilihat seorang yang terlalu bergantung..bagi mereka yang menjadi ‘anak emas’ pula..mungkin anda berasa anda berada di fasa ” Top Of The World ” tapi percayalah dalam bidang pekerjaan , anda akan berjaya atas sokongan semua pihak , jadi dengan menjadi ” Anak Emas ” bukan bermaksud tiket untuk lebih sombong , jika semua rakan sekerja anda berhenti kerana ‘muak’ dengan perangai anda..anda tidak ke mana-mana juga nanti .
Pandai Membahagikan Masa Dan Tanggungjawab
Seringkali kita terdengar, orang yang terlalu khusyuk dengan kerja meninggalkan aktiviti seharian yang sepatutnya dilakukan oleh manusia biasa contohnya adalah seperti anda yang terlalu kuat bekerja sampai ke malam sampaikan hujung minggu pun masih bekerja..tiada masa untuk keluarga , rakan-rakan , beriadah , rekreasi dan sebagainya . Selain itu, pembahagian masa itu amat penting..jangan terlalu menumpu kepada pekerjaan sehingga mengabaikan yang lain…ingat! waktu bekerja adalah 8 jam sehari 6 kali semingu..lainla anda adalah pemilik organisasi tersebut , suka hati andalah nak bekerja selama mana yang anda nak..tapi ahli ” Team ” anda juga ada kehidupan seperti mungkin hujung minggunya ada aktiviti lain yang perlu dibuat..jadi , tidak perlulah anda libatkan hal kerja ketika mereka semua bercuti..kecualilah ia benar-benar penting . Di sini juga , kenali bebanan diri anda , jangan tamak nak ambil semua projek semata-mata untuk mengejar kepuasan diri sendiri . Jangan nanti yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat . Adalah lebih baik menghabiskan projek satu demi satu dalam sela masa yang ditentukan daripada kelam kabut 24 jam yang hasilnya belum tentu sempurna .
Hargai Setiap Insan
Jangan memandang rendah keupayaan orang lain , setiap insan yang berada pada posisinya sekarang diambil bekerja berdasarkan keupayaan dan keperluan ilmu yang mereka ada..seorang ” Technician ” misalnya tidak akan diambil bekerja sebagai ” Technician ” sekiranya dia tidak mempunyai diploma misalnya..jadi, mereka tau apa yang perlu mereka buat..mereka tahu tanggungjawab tugas masing2..jadi, tugas anda sebagai pemimpin adalah untuk memberi petunjuk ” Guide ” untuk menyalurkan pengetahuan yang mereka ada untuk mencapai objektif organisasi..ingatlah bahawa pemimpin yang baik akan dapat memupuk bakat dan keupayaan pekerja di bawahnya sehingga ke peringkat maksimum…(bukan hanya pandai mengarah ye..pandai memupuk…gunakan talent dan kelebihan ahli team)…Tidak semestinya mereka yang cemerlang semasa belajar merupakan seorang pekerja yang sangat baik dan yang paling produktif…penentuan survival di tempat kerja adalah berdasarkan kepada kecerdasan EQ , bukannya IQ…telah banyak kes yang saya lihat sendiri mereka yang kononnya genius bila diambil bekerja, cara bekerjanya seperti robot..tidak pandai menganalisis, tidak boleh membuat keputusan sendiri dan mengeluarkan pendapat sendiri, tidak berdikari, perlukan bimbingan sepanjang masa dan yang paling teruk sifat ‘robot’ meliputi kehidupan peribadi sendiri..setiap orang ada kelebihan tersendiri, bukan setiap orang sama..kalau sama itu namanya robot dan entah-entah kalau anda yang mahukan orang yang ‘robot’ bekerja dengan anda, anda juga sebenarnya adalah ‘robot’..hahahaha..
Bersedia Menerima Teguran Dan Mengakui Kesalahan Sendiri
Ini adalah bahagian yang paling penting..apabila menjadi pemimpin, tidak beerti anda adalah manusia yang paling sempurna..ya! Mungkin kelayakan akademik anda yang paling tinggi antara semua tetapi kadang kala sebagai manusia, anda juga bersikap terlepas pandang…dan kadang kala orang bawahan anda lebih ” Alert ” berbanding anda..dan seperti manusia biasa yang lain, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan..jika anda yang tersilap, mengaku…budaya ini banyak diaplikasikan dalam budaya kerja orang Jepun, Korea dan Barat..tidak sukar untuk menyatakan ungkapan maaf , malah ia akan meninggikan lagi krebiliti anda..tetapi , dalam masyarakat kita, ungkapan maaf sukar diucapkan kerana ia seolah-olah menjatuhkan krebiliti diri sendiri..tetapi maaf cakap , orang yang sukar menuturkan maaf adalah orang yang sangat tinggi egonya dan angkuh…sebagai pemimpin , anda juga harus oleh menerima teguran orang lain tidak kira samada daripada peringkat atasan mahupun bawahan..input-input walaupun sedikit amat berguna..janganlah kerana terlalu ego menerima teguran orang lain anda akan menjadi seperti katak di bawah tempurung…walaubagaimanapun, sebagai pemimpin anda harus menunjukkan contoh kepimpinan yang baik dan menghormati semua orang. Bagaimana orang hendak menjaga hati anda sekiranya anda sendiri tidak pandai menjaga hati orang lain..bagaimana anda hendak dihormati sedangkan anda sendiri tak pernah cuba nak hormat orang lain..percayalah, jika anda bersikap lebih sabar, lebih rendah diri ( rendah diri tetapi jangan terlalu merendah diri seolah-olah anda tidak yakin..berpada-padalah ) . Anda akan dihargai dari sekecil-kecil tukang sapu hinggakan kepada CEO organisasi anda.
Kesimpulannya , Ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini umpama roda..mungkin hari ini insan tersebut tiada apa-apa..tapi mungkin suatu hari nanti dia akan berjaya dan mungkin lebih berjaya daripada anda . Hidup ini hanya pinjaman, jawatan tinggi yang anda pegang, tidak bermakna ia lesen untuk anda mendabik dada..muhasabah diri dan ingatilah bahawa nikmat yang tuhan beri boleh direntap sekelip mata .
riangria says
bukan kerja yang senang nak jadi good leader ni.. kena kemahiran kepimpinan yang tinggi gak..
riangria recently posted…Kisah Inspirasi Jutawan OKU – Khairul Nizam Wasidin Menghasilkan Jualan Jutaan Ringgit Setahun
Wan Zawawi says
Tahu tak apa
kemahiran kepimpinan dan komunikasi tu yang paling penting sekali
dukenaim says
Nak jadi leader pada sekumpulan orang lain memang bukan kerja senang. Mungkin harus start untuk jadi leader pada diri sendiri dulu. Kemudian, pada keluarga. Jadi leader ni sama macam nak betulkan kuda-kuda juga. Silap langkah, atau tak keras strukturnya maka patahlah pucuk pimpinan itu.
dukenaim recently posted…Kos Tukar Screen Ipad Bukan Murah, Tapi Disini Memang Berbaloi!
Wan Zawawi says
Betul tu
Kena bersedia dari fizikal dan mental
raihanah ahmad says
bukan mudah jadi leader. saya harap saya pun berjaya jadi leader yang hebat
raihanah ahmad recently posted…Kesan Dialisis Bagi Penyakit Buah Pinggang Kronik CKD
Wan Zawawi says
In Shaa Allah
Saya doakan ,,,
maszull says
assalamualaikum wazy…betul tu susah nak menjadi leader yg betul2 sempurna…kena fikirkn macam2 perkara yg berlaku…anak2 buah yg bermacam2 perangai..
Wan Zawawi says
Waalaikumsalam
betul tu kena ada persediaan dari segi mental dan fizikal
Kisahsidairy says
Nak jadi leader bukan senang..ciri2 ni penting..jadi xdelah orang bawah kita buat kerja dalam keterpaksaan..
Wan Zawawi says
Sebab itu la orang yang betul-betul layak je akan dilantik sebagai leader
Mohd Aswad says
Bukan mudah nak jadi seorang leader..
yang paling penting kena sentiasa berhikmah dan adil pada org bawahan..
dan jgn pula anggap org bawahan mcm org suruhan pula..huhuhu
Wan Zawawi says
Betul tu bro
kena adil dan saksama dengan rakan sejawat dan orang bawahan
Azwan says
Saya lebih suka leader yang pikul sama-sama anak panah itu. Ataupun sekurang-kurangnya duduk dihadapan anak panah tersebut menunjukkan arah.
Kalau dah sampai naik berdiri atas anak panah tu, lepas tu orang lain pikul pulak, memang bukan leader yang baik la. Dah la menambahkan beban.
He he he
Azwan recently posted…Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?
Wan Zawawi says
Hehehehe
Terbaik la jika seorang leader turut sama-sama turun padang dan melakukan kerja dengan anak-anak buah
ahmadyani says
Leader boleh dibentuk. Jadi saya tidak percaya istilah ‘born to be a leader’. Hanya nabi dan rasul sahaja yang dilahirkan sebagai ‘pemimpin’. Selain daripada itu kena dibentuk dari kecil oleh ibu bapa dan ia boleh dipelajari!
Wan Zawawi says
Tepat sekali tu bro
Hero Borneo says
tempat kerja dulu saya dilantik jadi leader..
bukan mudah untuk mengurus sekumpulan manusia..
pening kepala tak dapat elak punya..
Hero Borneo recently posted…Portal Senarai Kerja Kosong Terkini
Wan Zawawi says
nanti bro kongsi la pengalaman semasa jadi leader di blog
Boleh saya baca