• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Blogging / Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang

Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang

May 29, 2017 By Wan Zawawi 10 Comments Filed Under: Dunia Blogging

Isi Kandungan

  • Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang
  • Teknik 1
  • Teknik 2
  • Teknik 3
  • Teknik 4
  • Teknik 5

Assalamualaikum…

Fuhh..macam dah berzaman je kan tak kemaskini atau ” Update “ blog kesayangan ini ( walaupuan dua hari dah rasa macam dua bulan ) semenjak sibuk dengan urusan kerja dan keluarga serta dengan kedatangan Bulan Ramadhan baru-baru ini . Sambil-sambil tu dapat la sesekali curi masa dengan berhemah menjengah blog ini untuk mencari idea dan mood menulis yang semakin menghilang . Demi pembaca dan rakan-rakan blogger yang selalu berkunjung ke blog ini , In Shaa Allah , saya akan terus menulis dan berkongsi apa yang sesuai jika ada kelapangan masa .

mood dalam bloggingSumber gambar dari quantifiedself.com

Mencari Idea Dan Mood Blogging Yang Hilang

Kadang-kadang tu otak ini macam “ Blank ” apabila ingin mencari idea . Rasanya semua blogger pernah dan akan mengalami situasi seperti ini tidak kira bloger baru ataupun yang lama . Jadi memang benar Idea Dan Blogger berkait rapat dan memerlukan sokongan sesama sendiri . Dipendekkan cerita ibarat ” Aur Dengan Tebing “ .

Dalam entri merapu dan meraban ini , saya sertakan sekali beberapa tips yang boleh mengembalikan mood menulis khas untuk semua rakan-rakan blogger .

Teknik 1

Seringkali kita mendengar sindrom ” Writer Block “ yang menghantui semua blogger . Ia memang agak menakutkan walaupun tidak kelihatan seram sejuk seperti cerita hantu di pawagam . Namun masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah jika pandai menguruskan masa di antara kerja hakiki dan blog . In Shaa Allah , sedikit sebanyak ianya dapat membantu di dalam pencarian idea dan juga menghasilkan sebuah artikel yang bermutu dan mungkin digemari oleh semua pelawat dan pembaca yang setia berkunjung ke blog .

Teknik 2

Pernah guna atau beli buku nota kecil ? Haaa… ia tersangat berguna di dalam pencarian mood dan idea untuk menulis kerana kecil , ia juga mudah di bawa kemana sahaja . Serius idea kadang-kadang tu datang tak kena tempat dan masa . Jadi , pada masa inilah peranan buku nota kecil itu berguna . Jangan lupa juga untuk bawa pen sekali kemana-mana sekali pun anda pergi yer 🙂 .

Teknik 3

Seperti kebanyakkan bidang pekerjaan yang lain , di dalam blogging juga kita harus berani mencuba . Macam kata pepatah ” Try And Error “ memang tidak salah jika kita dapatkan sumber-sumber rujukan yang meluas terutama di internet atau rujukan dari pakar-pakar tertentu sama ada secara percuma atau berbayar . Mana tahu , dari situ anda semua akan dapat mengembalikan mood dan secara tidak langsung mendapat idea yang sesuai untuk dikongsikan bersama pembaca dan pelawat setia di blog .

Teknik 4

Jika anda sering membaca akhbar-akhbar harian sama ada membelinya di kedai-kedai atau membaca secara Online atau dalam talian , ini adalah merupakan satu lagi kelebihan . Sudah tentu ramai yang bersetuju jika saya katakan dengan banyak membaca isu-isu semasa atau ruang dari pengarang sesuatu ruangan atau bahagian yang terdapat di dalam akhbar tersebut mungkin ada dapat idea untuk menulis di blog . Mana tahu , sambil-sambil anda mencari idea , dapat juga gaya dan persembahan baru dalam olahan ntuk artikel di blog nanti bukan ? 🙂

Teknik 5

Idea dan Mood ni kadang-kadang memang tidak boleh dipaksa sangat , jadi kita perlulah beri peluang otak dan minda untuk beristirehat . Terpulanglah sama ada bercuti ke tempat-tempat yang menarik atau melakukan aktiviti berfaedah bersama rakan-rakan atau keluarga . Jika selama ini asyik menghadap laptop dan komputer sahaja , apa salahnya sesekali keluar rumah untuk hirup udara yang segar dan nyaman serta melakukan senaman ringkas seperti berjogging . Ia juga baik untuk kesihatan .

Rasanya cukuplah 5 teknik yang amat berguna saya kongsikan untuk mencari Mood dalam blogging terutama jika kekeringan idea yang datangnya tidak tentu masa . Semoga rakan-rakan sekalian terus berusaha mencari mood dan idea serta meneruskan penulisan di dalam blog masing-masing .

(Visited 23 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Nandatrio says

    November 8, 2017 at 7:24 PM

    Sangat memotivasi bang,, hehe
    buat mood kadang suka datang dan pergi

    Reply
  2. Asyraf Asri says

    June 21, 2017 at 1:12 AM

    Paling menyampah idea masuk mencurah-curah time kat tandas. Adoi spoil lah.

    Bila kelauar nak tulis tak ingat dah. Mampuih ..
    Asyraf Asri recently posted…3 Sebab Saya Menulis BlogMy Profile

    Reply
  3. maszull says

    June 3, 2017 at 3:49 PM

    assalamualaikum wazy…betul tu mmg perlu idea kalau nak menulis ni..info yang baik ni…
    maszull recently posted…MUTIARA KATA #59My Profile

    Reply
  4. nikkhazami says

    May 31, 2017 at 12:51 PM

    jadi blogger kena tahu isu semasa. baru dpt idea
    nikkhazami recently posted…Sinopsis Ku Kirim Cinta di Tv3My Profile

    Reply
  5. titan says

    May 31, 2017 at 4:26 AM

    aku bukan hilang mood lagi.

    mood terus tak nak dengan aku.

    haha
    titan recently posted…We were born to make HISTORY.My Profile

    Reply
  6. Anuar says

    May 30, 2017 at 4:25 PM

    Good Luck bro… Semoga boleh datang balik mood blogging yang hilang tu…

    Reply
  7. mia liana says

    May 30, 2017 at 8:55 AM

    boleh tu nanti… chaiyuk2…

    Reply
  8. Belang Tarung says

    May 30, 2017 at 8:42 AM

    blog bro dah organik..merangkak rangkak google search tak payah update pun takpe haha
    Belang Tarung recently posted…Bagaimana Fidget Spinner Berfungsi & Tips Melambatkan Fidget Spinner BerhentiMy Profile

    Reply
  9. Hernee Nazir says

    May 29, 2017 at 9:38 PM

    TQ share udea wazy.. ?

    Reply
    • Hernee Nazir says

      May 29, 2017 at 9:39 PM

      **idea ??
      Hernee Nazir recently posted…Ramadhan 2017 – Day 3My Profile

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Selamat Menyambut Ramadan 2017 1438 Hijrah
Next Post: Wordless Wednesday #10

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,331)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO