• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

August 3, 2024 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Coretan Harian

Isi Kandungan

  • Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos
  • Tanggungjawab Sebagai Suami Dan Ayah
  • Kesihatan
  • Kerjaya
  • Kawan , Sahabat dan Lawan
  • Blogger

Assalamualaikum…

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…Syukur… Syukur..Syukur…hari ini , Sabtu 3 Ogos 2024 genaplah umur saya 40 tahun atau lebih dikenai sebagai “40 sen” ….Bila lihat pada angka 40 ni rasa dah macam tua pulak..hehehe…lantak lah apa orang lain nak kata , yang paling penting sekali saya berdoa agar diberikan kesihatan yang baik serta dimurahkan lagi rezeki ..Amin…Semoga diri ini tidak akan mudah menyerah dan berputus asa di dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini nanti .  Sambutan hari lahir ni secara kecil-kecilan je dengan keluarga .

Gambar kredit kepada : 102 Birthday Wishes for Myself

Kek pertama “suprise” dari isteri tersayang

Read more: Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

Selamat Tinggal Julai , Selamat Datang Ogos

Masuk bulan Ogos ini juga , bermakna sudah 8 bulan di tahun 2024 , hanya berbaki 4 bulan sahaja lagi untuk menjengah ke tahun baru 2025 . Semoga kehidupanku dipermudahkan segalanya dan rezeki mengalir dengan deras seperti air zam-zam..

Tanggungjawab Sebagai Suami Dan Ayah

Alhamdulillah…hampir masuk tahun ke-4 bergelar suami , tanggungjawab tu memang besar . Dahulu hidup seorang , semua lakukan sendiri , kini berdua , saling bertolak ansur di dalam semua hal . Apa yang penting pandai bahagikan masa untuk keluarga sendiri , mertua dan juga isteri . Alhamdulillah…isteri telah selamat melahirkan puteri kedua kami pada 24 julai yang lepas dan ianya menjadi hadiah yang paling bermakna untuk sambutan hari lahir yang ke-40 ini . Lengkap juga sepasang anakku ini..lelaki yang merupakan anak sulung kini berusia 3 tahun…Alhamdulillah….kini sudah berempat .

Hadiah yang paling bermakna

Perancangan Di Dalam Hidup

In Shaa Allah , Senmestinya setiap orang ingin hidupnya dan keluarga tersayang bahagia dan aman harmoni… Apa-apa pun setiap masa perlu berfikiran positif dan tidak mudah berputus asa .

Kesihatan

Alhamdulillah..setakat ini kesihatan saya berada di dalam keadaan yang baik . Walaupun begitu , kena juga sesekali buat ” Check Up ” kerana bila umur semakin meningkat ini bermacam-macam penyakit boleh datang . Macam kata pepatah ..Mencegah lebih elok sebelum menjadi parah …Apa-apa pun teruskan doakan saya agar diberikan kesihatan yang baik ..Aaamin….

Kerjaya

In Shaa Allah , selagi saya mampu , saya akan terus mengambil peluang yang ada di hadapan mata , tidak kira dari kerja sepenuh masa dan juga kerja separuh masa . Zaman sekarang ini semua perkara perlukan duit , paling penting biarlah penat dan lelah itu tidak sia-sia dengan bayaran yang saya terima nanti .

Kek “Suprise” kedua dari isteri tersayang

Kawan , Sahabat dan Lawan

Haa..ni salah satu yang memang kena luahkan..hahaha ada yang sudi atau tak sudi nak baca tu saya tak boleh nak paksa . Apabila sebut tentang Kawan , Sahabat dan Lawan ni ..memang macam-macam berlaku sepanjang 40 tahun hidup ini . Fuhh…. ini la namanya cabaran di dalam kehidupan .. Ada yang positif , ada juga virus negatif . Pesanan kepada diri sendiri , sentiasa berhati-hati di dalam memilih kawan . Memang betul , masa senang ramai yang datang , tetapi pada masa susah ..semuanya menghilang .

Blogger

Pejam celik, celik pejam…wahhh tak sangka hampir 17 tahun juga di dalam arena Blogging ni . banyak blog telah dihasilkan dan ada la dua tiga blog tenggelam kerana tidak di renew domain dan hosting . In Shaa Allah tetap akan menulis di blog walaupun kini pada tahun 2024 saingan ramai , susah hendak dapatkan trafik dan banyak lagi cabaran yang akan datang .

Doa Sempena Hari Lahir Ke-40

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran buat diri ku , Kau Panjangkanlah umurku dan kurniakan kepadaku kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun-tahun sudah Kurniakanlah kepadaku rezeki yang murah , banyak , berkat dan direstuimu Ya Allah . Jauhkanlah diriku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran dariku dan keluarga .

Ya Allah Ya Tuhanku…Bukakanlah kepadaku pintu kebajikan , pintu berkat , pintu nikmat , pintu rezeki , pintu kesihatan , pintu keselamatan , pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat . Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah …jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan diriku dan keluarga.

Ya Allah… tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah.Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku . Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat . Jauhkanlah diriku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah aku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhinya dan jauhkanlah aku dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya .

Ya Allah hidupkanlah aku dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya dalam keimanan . Ya Allah Kau berikanlah kepada kesihatan fizikal dan mental yang terbaik , terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu , Perbaikanlah amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama,dunia dan akhirat.Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diriku dengan cahaya Nur Mu dalam hatiku, telingaku ,m ataku, kiri kananku , mukaku , belakangku , atas dan bawahku ,urat sarafku , dan pada darahku ,serta dagingku ,rambutku dan lidahku..kaki tanganku dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang .

a Allah,Ampunilah segala dosa-dosa Aku dan kedua ibu bapaku serta keluargaku dan semua sahabat-sahabat ku dan muslimin muslimat…kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa Ya Allah jadikan diriku juga seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan denganku .

Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

(Visited 450 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Al-Fatihah Buat Abah
    Al-Fatihah Buat Abah
  • Selamat Tahun Baru 2023
    Selamat Tahun Baru 2023
  • Selamat Tahun Baru 2024
    Selamat Tahun Baru 2024
  • Selamat Tahun Baru 2025
    Selamat Tahun Baru 2025
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2025 Masihi 1446 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #77
Next Post: Kerja Oh Kerja

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,510)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,214)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,538)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,439)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (870)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (636)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (623)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (567)
  • Demi Sesuap Nasi (517)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO