Selamat Hari Ibu 2017
Ibu…
Anakanda amat menyayangimu
Walaupun tidak dapat terluah oleh kata-kata
Anakanda juga amat bertuah memiliki ibu sepertimu
Tanpamu ibu , siapalah anakanda kini
Ibu….
Walaupun dulu anakanda nakal
Ibu tak pernah berpaling tadah
Ibu tetap sayangkan anak-anaknya
Mendidik kami berdua dengan penuh dedikasi
Kami bangga menjadi anakmu wahai ibuku
Gambar sumber dari Google
Ibu….
Aku tidak sanggup melihatmu menitiskan air mata
Walaupun setitik pun….
Biarlah aku sahaja menangungg derita itu
Agar ibu sentiasa gembira dan sihat walafiat hendaknya
Apa-apa pun doa dan restumu wahai ibu
Sentiasa mengiringi anakanda
Ibu….
Pesanan mu dari kecil agar menjadi orang berguna
Tetap anakanda ingati sampai bila-bila
Kerana pesanan itu menjadi pembakar semangat anakanda
Tidak kira susah atau senang
Tidak kira jatuh dan bangun
Keranna itulah anakanda kini menjadi orang yang cekal
Di dalam menempuh hari-hari yang mendatang
Selamat Hari Ibu
Kepada Ibu , Emak , Bonda , Umi dan Mama
Tidak kira apa jua panggilan kepadamu
Anakanda ingin menyampaikan ucapan ini
Sebagai menghargai jasa dan pengorbananmu ibu
Nukilan ,
Wan Zawawi a.k.a Wazy
14 Mei 2017
anuar says
Selamat hari ibu kepada ibu2 yang membaca artikel ini..
anuar recently posted…Hadiah Hari Guru 2017
Wan Zawawi says
Mudah-mudahan ramai ibu-ibu yang terbaca sajak ni 🙂