• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Salam AidilFitri 1438 Hijrah 2017

Salam AidilFitri 1438 Hijrah 2017

June 25, 2017 By Wan Zawawi 7 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Setelah sebulan berpuasa , kini kita menyambut Syawal pula . Sebagaimana di malaysia , seluruh umat islam menyambut Syawal pada 25 Jun 2017 . Ia juga merupakan merupakan hari kemenangan kepada semua umat islam setelah hampir sebulan menahan lapar dan dahaga pada siang hari serta menambah nilai amalan-amalan untuk mendapat ganjaran pahala seperti memperbanyakkan zikir , membaca dan khatam al-quran , menunaikan sembahyang terawih berjemaah sama ada di surau ataupun masjid serta banyak lagi . Sebagaimana Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1438 Hijrah pada 25 Jun 2017 , seperti tahun-tahun yang lepas saya berasa teramat gembira dan bersyukur kerana masih berpeluang menyambut puasa di bulan Ramadhan dan juga Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta walaupun di dalam keadaan yang agak sibuk dengan kerja hakiki .

Salam AidilFitri 1438 Hijrah 2017

salam aidilfitri 1438 hijrah 2017

Di dalam artikel kali ini , saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas untuk ke masjid menunaikan solat Hari Raya Aidilfitri . Setelah selesai sembahyang sunat Aidil Fitri , saya akan menikmati juadah paling wajib semasa raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga . Dan yang paling menyeronokkan lagi adalah menziarahi rumah saudara mara yang jarang berjumpa sama ada dekat ataupun jauh .

Mengikut trend terkini , saya rasa sudah tentu ramai rakan-rakan yang dapat pantun-pantun menarik untuk raya ni sama ada di Facebook , Email dan Whatsapp bukan ? Jadi saya pun ingin sertakan sekali la di blog ini khas untuk rakan-rakan bloggger dan juga pembaca setia blog ini :-

Minyak enjin tak selamanye jernih..
Begitu juga takdirku..
Ekzos tak memanjang cun bunyinye..
begitu juga ucapanku..
Air filter tak selalunye putih..
begitu juga hatiku…
Gearbox tak selalunye lancar…
begitu juga hidupku..
Rim tak selalunye lurus..
begitu juga langkahku..
Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini..
Tak payah tunggu raya tiba?
Sedangkan nafas pun kita tak tau bila akan berhenti…
Jadi saya nak minta maaf atas sebarang kesalahan, kekhilafan maupun perbuatan yg sengaja dan tidak sengaja..
yang barangkali mengecikkan hati korang..
.. Sebelum ramadhan pergi
.. Sebelum aidil fitri datang
.. Sebelum ekzos patah
.. Sebelum valve bengkok
.. Sebelum piston pecah
.. Sebelum nat tayar tercabut
.. Sebelum bateri kong
.. Sebelum bonet terbakar
.. Sebelum enjin terbarai
Saya mohon maaf atas semua kesalahan…
selamat menikmati hari-hari terakhir Ramadhan..
segala silap tu dari saya, yang baik tu datang dri Allah s.w.t..
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin .

Akhir kata , Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan terutama kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog wanzawawi.net . Halalkan makan dan minum dan saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dan ampun jika ada tersilap atau terkasar bahasa selama kita berkenalan di dalam dunia blogging ini . Kepada rakan-rakan yang memandu pulang ke kampung halaman , hati-hati memandu ye, biar lambat , asalkan selamat sampai ke kampung halaman . Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin .

(Visited 43 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
    Salam AidilFitri 1446 Hijrah 2025 Masihi
  • Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
    Salam AidilFitri 1445 Hijrah 2024 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Salam Aidil Adha 1443 Hijrah 2022 Masihi
  • Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
    Salam Aidil Adha 1444 Hijrah 2023 Masihi
  • Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah 2022 Masihi
    Program Ibadah Korban Denaihati Network 1443 Hijrah…
  • Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah
    Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan…

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Mazni Azmi says

    July 16, 2017 at 7:26 AM

    Selamat hari raya aidil fitri kepada tuan wan zawawi

    Semoga Allah swt terima ibadat kita
    Mazni Azmi recently posted…Vitalea Shaklee 19 Kebaikan Untuk Ibu MengandungMy Profile

    Reply
  2. raihanah says

    July 3, 2017 at 10:10 AM

    Selamat hari raya
    raihanah recently posted…Rawat Osteoporosis Dalam 1 Bulan Selamat dan BerkesanMy Profile

    Reply
  3. Syahril Hafiz says

    July 1, 2017 at 1:01 PM

    Selamat hari raya bro! Maaf zahir batin
    Aiii nak join JDT Blogger jugak lah..hehe 🙂
    Syahril Hafiz recently posted…Kelebihan Chia Seed Untuk Kesihatan & Diet HarianMy Profile

    Reply
  4. nikkhazami says

    July 1, 2017 at 12:24 PM

    selamat hari raya!!
    nikkhazami recently posted…Pengalaman Beli Barang di HermoMy Profile

    Reply
  5. zik says

    June 29, 2017 at 12:08 PM

    selamat hari raya bro wan zawawi.. minta maaf ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya … hehe
    zik recently posted…Tonton online hero seorang cinderella episod akhir 24My Profile

    Reply
  6. Datin Tyka says

    June 28, 2017 at 12:20 AM

    Selamat Hari Raya.

    Semoga dapat duit raya.

    he he

    Reply
  7. anuar says

    June 26, 2017 at 7:28 PM

    Selamat Hari Raya Audilfitri..
    Maaf Zahir dan Batin..
    Mohon maaf, jika ada salah dan silap..
    anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar PerakMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Dua Minggu yang Sibuk
Next Post: Cuti Dah Habis Bro

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,319)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO