Assalamualaikum…
Alhamdulillah… Syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu Bulan Syawal 1445 Hijrah pada tahun 2024 ini setelah menahan nafsu makan dan minum di siang hari di Bulan Ramadan . Seluruh Umat Islam di Malaysia mula menyambut Syawal pada hari Rabu kelmarin iaitu pada 10 April 2024 seperti yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan jatuhnya 1 Syawal 1443 Hijrah pada hari Selasa yang lepas ( 9 April 2022 ) .
Maaf baru sahaja dapat update atau kemaskini blog kesayangan yang telah terlalu lama bersawang disebabkan faktor komitmen pekerjaan dan keluarga . Pada hari ini juga telah masuk 3 Syawal 1445 Hijrah..dan cuaca pun alhamdulillah hujan sejak dari pagi .Persiapan untuk menyambut hari raya pada tahun ini agak sederhana , namun Alhamdulillah dapat juga sediakan baju raya untuk anak dan isteri ..Dan yang paling penting , kuih-muih raya sempat juga beli ..hehehe bak kata orang ” kuih tunjuk-tunjuk ” je …Korang pula macam mana ?
Salam AidilFitri 1440 Hijrah 2020 Masihi
Pada kesempatan ini , Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1445 Hijrah kepada semua rakan-rakan bloggger dan tidak lupa juga kepada pembaca setia blog ini . Pada tahun ini pulang ke kampung halaman di Simpang Renggam bersama anak dan isteri . Aktiviti pada hari raya pertama sama juga seperti tahun-tahun yang lepas iaitu membuat persiapan memakai baju melayu yang baru serta kemas dan sembahyang raya dan takbir raya di Masjid Kampung Shaari , Simpang Renggam . Aktiviti menikmati juadah paling wajib semasa sambutan hari raya iaitu ketupat , rendang , sambal kacang dan lodeh bersama-sama keluarga . Kemudian sesi bermaaf-maafan dengan semua ahli keluarga dan berehat sebentar untuk ” recharge ” tenaga .
Akhir kata , Sekali lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Dan Batin kepada semua kenalan terutama kepada rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog wanzawawi.net . Halalkan makan dan minum dan saya ingin menyusun sepuluh jari meminta maaf dan ampun jika ada tersilap atau terkasar bahasa secara sengaja atau tidak sengaja selama kita berkenalan di dalam dunia blogging ini . Kepada rakan-rakan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman , jangan bersedih ok…gunakan teknologi yang ada untuk berhubung dengan keluarga tersayang .
Polisi Komen:
Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .