Teman
Teman….
Kita bersatu kerana perjuangan ,
Berpisah juga kerana perjuangan ,
Namun perpisahan bukanlah yang kita impikan ,
Mustahil pula kita idamkan .
Namun ada saatnya hati kita menjadi retak ,
Kerana hati tabiatnya begitu ,
Adakalanya retak adakalanya bersatu ,
Kita tak inginkan kepahitan ,
Tapi malangnya kemanisan pula tidak inginkan kita .
Sumber gambar dari Google
Teman….
Walau hati pernah berduka lara ,
Kerana ditusuk sembilu bisa ,
Oleh teman sehati sejiwa ,
Di kala waktu yang tidak di sangka ,
Namun….
Itulah ujian buat kita ,
Seteguh manakah ukhwah yang kita bina ,
Siapa yang pasrah atau siapa yang kecewa ,
Setabah manakah pengorbanan kita ,
Kerana ianya kehendak yang esa .
Teman….
Memori ukhwah jangan di lupakan ,
Jangan sesekali mengukir perselihan ,
Kerana semua itu tiada pendapatan
Walau puas hati merasakan ,
Walau kita menggapai kemenangan ,
Kerana kepuasan hanyalah seketika ,
Ia hadir dan pergi begitu sahaja ,
Menuggu masa menjadi noktahnya ,
tapi akhirnya kita yang kecewa .
Sumber gambar dari Google
Teman….
Tawa kita sudahpun berlalu ,
Tangisan juga sudah membisu di usia ini ,
Kenangan kembali bertandang ,
Mengenang memori di sepanjang persahabatan ,
Gurau senda yang kita rindukan ,
Janji setia yang kita lafazkan ,
Kini ia pergi ke taman kenangan ,
Untuk mengisi diari perjuangan
Kadangkala kita gembira adakalanya kita kecewa ,
Tawa dan tangis tidak sesekali akan berpisah ,
Tapi kita yang perlu tabah ,
Adat tanah di pijak orang ,
Adat hati di hiris kawan ,
Adat pejuangan di himpit ujian ,
Adat kehidupan perlukan kesabaran .
Teman….
Ku doakan luka kita hanya keseorangan ,
Tidak diukir buat generasi akan datang ,
Jadilah kita pengubah sejarah ,
Bukan sekadar menjadi pengarah ,
Dalam membina mahligai ukhwah ,
Agar lahir generasi bertuah ,
Bersama kita merenung kembali ,
Zaman silam yang kita isi ,
Buat petunjuk di kemudian hari ,
Menjadi catatan terindah di dalam diari.
Nukilan Wan Zawawi a.k.a Wazy
Sabtu 3 Jun 2017 8 Ramadhan 1438 Hijrah
kalau fikir perkataan teman ni..
memang aku teringat zaman layan lagu-lagu brothers.
semua tema lagu diorang ke arah tu.
titan recently posted…Cashback kelima dari Shopback.my
Panjang puisi bro… mesti dari dalam hati ni
Amirul recently posted…Hiking di Taman Negara Pulau Pinang
assalamualaikum wazy…menarik puisi ni…banyak cerita di dlmnya..
maszull recently posted…KASUT RAYA SI COMEL
menarik juga puisi ini bro..
suka juga saya membacanya
mrhanafi recently posted…Kisah Benar Seorang Storyteller Blogger
Teman…….. selalu di hati walau jauhhhhhhhhhhh di mata……..
Teman…..yang bagi gula, garam, cili semua dalam kehidupan…………
Maka, bertemanlah…huhu
Menarik puisi ni..
Semoga kita dapat ramai teman yang sanggup susah dam senang bersama kita..
anuar recently posted…Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan