Isi Kandungan
Assalamualaikum…
Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin berkembang , kini tempahan korban boleh dilakukan secara ” Online ” atau dalam talian di eQurban . Dengan berprofil syarikat EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. ( 1218355-T ) yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor . eQurban juga menjadikan ibadah korban dan aqiqah semakin mudah dan cepat .
Sebelum itu , saya ceritakan serba sedikit mengenai Ibadah Korban ini dari segi hukum , Hikmah Dan Fadhilat , Jenis Haiwan Yang Disembelih , Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban , Bilangan Bahagian , Kelebihan Tempahan Melalui eQurban , cara pembayaran dan juga cara membuat tempahan di laman web eQurban untuk rujukan bersama .
Hukum Ibadah Korban
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: –
- Islam
- Merdeka (Bukan hamba)
- Baligh lagi berakal
- Mampu untuk berqurban
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau.” (Riwayat al-Turmuzi).
“Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat Daruqutni)
Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan.
Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)
Hikmah Dan Fadhilat Korban
- Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
- Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
- Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
- Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.
- Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
- Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat.”
Jenis Haiwan Yang Disembelih
Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta , lembu atau kerbau , kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun. Binatang itu disyaratkan tidak cacat , tidak buta sebelah atau kedua-duanya , kakinya tidak pincang , tidak terlalu kurus , tidak terpotong lidahnya , tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
Daging qurban sunnat , orang yang berkorban disunatkan memakan sedikit daging qurbannya . Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging , satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu . Sabda Rasullullah s.a.w: “Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah.”
Masa Yang Sesuai Untuk Ibadah Korban
Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat ‘Id dan dua khutbah pendek , tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Haji ( Hari Raya Aidil Adha ) sehingga tiga hari sesudah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
Bilangan Bahagian
1 Bahagian Lembu
Harga untuk 1 Bahagian Lembu Kemboja = RM400 satu bahagian dan 1 Bahagian Lembu Malaysia = RM570 satu bahagian , anda boleh memilih untuk menempah 1 bahagian atau beberapa bahagian lembu mengikut keperluan anda. Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.
1 Ekor Kambing
Harga untuk 1 Ekor Kambing Luar Negara = RM 650 seekor dan 1 Ekor Kambing Malaysia = RM 800 . Seekor kambing adalah untuk satu nama sahaja. Sijil akan diberikan selepas semua pembeli selepas segalanya selesai.
Kelebihan Tempahan Melalui eQurban
Mudah Dan Cepat
Kesemua urusan berkaitan tempahan dan juga bayaran diuruskan di laman ini
Sijil Pengesahan
Pihak eQurban juga akan menyediakan sijil pengesahan untuk setiap tempahan yang dibuat .
Tuntutan Agama
eQurban memudahkan urusan pihak anda dalam melaksanakan ibadah korban . Ia dilakukan di kemboja .
Kenapa menempah Qurban dan Aqiqah bersama eQurban ?
Tempahan kambing atau lembu yang dibuat , pihak eQurban akan sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha). Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia.
Cara Pembayaran
Terkini , bagi memudahkan tempahan secara dalam tlian , pihak EQurban menggunakan SenangPay mulai 25 Julai 2017 , jadi segala transaksi secara dalam talian kini menjadi lebih mudah dengan ada kad kredit atau debit Online Banking atau “Bank Dalam Talian ” tanpa perlu buka laman Online Banking di laman baru . Jadi ia menjadi semakin mudah dengan cuma “ Click ” icon SenangPay .
Bagaimana Membuat Tempahan ?
Jika para pembaca berminat untuk membuat tempahan bolehlah terus melayari laman web eQurban di sini dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan.
Anda hanya perlu mengikut 3 langkah mudah ini :
✓ Klik dan pergi ke halaman ini
✓ Pilih bahagian Qurban atau Aqiqah
✓ Kemudian buat pemilihan sama ada Lembu atau Kambing
✓ Isi borang tempahan dan buat bayaran seperti yang dinyatakan
✓ Hantar tempahan.
Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif.
Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.
lizarazak says
Terima kasih atas artikel ini memng informasi.
mamapipie says
oo.. dekat aje dgn umah mama. baru mama tau ttg equrban ni
rujukan says
dah lama x singgah ini, owh bro umur 33 ya, hampir sebaya saya, hehee, saya komen lain
rujukan recently posted…Resepi Cara Buat Roti Canai Ringkas Dari Rumah
Mama Hakim says
Mama dah lama teringin nak korban semasa raya haji
semoga Allah makbulkan niat
dan murahkan rezeki
amin
Mama Hakim recently posted…Bina Rumah Banglo Atas Tanah Sendiri & 8 Tips Elakkan Ditipu!
titan says
huhu..
lama juga tak berqurban dan berakikah nih rasanya.
titan recently posted…Chinlone dan Chilindo
Uncle Zuan says
alhamdulillah,makin hari makin mudah nak qurban
Uncle Zuan recently posted…Lembabkan Kulit Kering Wajah Dengan Herlysa Face Mist
julia says
nice sharing wazy
Mazni Azmi says
Nak buat korban pun dah boleh buat online sekarang
Memang terbaik
Mazni Azmi recently posted…Shaklee Klang & Ejen COD Terbaik untuk anda! Whatsap Sekarang
Mama Hakim says
Korban memang elok buat tiap tahun kalau mampu
Insyaallah murah rezeki Allah ganti
Mama Hakim recently posted…Harga Vivix Shaklee 2017 & Sebotol tahan berapa lama?
raihanah says
boleh guna ni, kalau kat kl ni sebahagian memang la dekat rm700. pekorban cuma dapat dalam 2kg je bahagian korban. tak tahu la kaedah pembahagian dibuat cemana
raihanah recently posted…Omega Guard Minyak Ikan Terbaik
Naimah Wahab says
Aktiviti eQurban ni memudahkan kita semua untuk beribadah. Memang beruntung kalau kita dapat ambil peluang.
Sobri Mansor says
Ambil kesempatan untuk memberi dengan ikut aktiviti eQurban ni. Insyaallah rezeki akan datang
saps says
tak ada alasan lagi susah nak cari lembu untuk dikorbankan..sekarang ni dah lebih muda dengan adanya internet
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
mia liana says
semuanya makin mudah… senang orang nak buat qurban sekarang ni…
Kisahsidairy says
Senang dah ada e-qurban ni.Tak susah kita nak deal dengan orang
anuar says
Semoga dengan adanya tempahan Qurban dan Aqiqah secara online dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menyertai ibadah ini..
ahmadyani says
Memudahkan. Bagus kerana kadang-kadang kalau dibuat ditempat sendiri, binatang yang dikorbankan ada banyak sangat sampai satu keluarga dapat berkilo-kilo. Boleh simpan dalam peti ais tak habis makan.
Bila dibuat di tempat lain yang jarang ada korban, penduduk di sana dapat merasa nikat daging korban.
ahmadyani recently posted…Memperkenalkan Supplement Kesihatan EPISOR
Mazni Azmi says
Memang lagi bagus buat korban yang smapai pada penerima yang layak
orang kaya dapat korban tu haji bakhil nama nya
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee untuk buah pinggang! Khasiat untuk pesakit
sensasi2020 says
e-Qurban adalah tempat terbaik untuk buat ibadah Qurban sempena hari raya aidiladha yang akan menjelma tidak lama lagi.
mrhanafi says
teringin la pulak saya nak berkorban dalam penuh simbolik..
korban lain selalu..
korban tenaga dan wang ringgit
mrhanafi recently posted…2 Langkah Lagi Untuk Jadi Jurulatih Bertauliah