• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid

November 21, 2017 By Wan Zawawi 12 Comments Filed Under: Review

Isi Kandungan

  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid
  • Wasiat
  • Faraid
  • Hibah
  • Realiti boleh jadi pada sesiapa.

Assalamualaikum…

Pelbagai kisah yang sering kita dengar dewasa ini tentang Wasiat , Hibah dan juga Faraid . Ada sesetengah jika berlaku sesuatu yang tidak di duga seperti kematian ahli keluarga terdekat seperti suami , ayah , datuk dan sebagainya kemudian berlaku juga perebutan harta peninggalan si arwah . Apa yang tidak di ingini berlaku sanak saudara bermasam muka , hubungan adik beradik terjejas dan banyak lagi . Untuk itu , pada hari ini , saya ceritakan serba sedikit untuk persediaan dan panduan kepada kita semua .

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Wasiat , Hibah Dan Faraid

Ok ..sebelum itu mari sama-sama kita ketahui maksud Wasiat , Hibah dan juga Faraid di sini :-

wasiat

Sumber Gambar dari Google

Wasiat

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

Faraid

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.
Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan .

Hibah

Hibah ialah anugerah , pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengaharapkan balasan atau tukaran.

Realiti boleh jadi pada sesiapa.

Situasi 1 :

Ayah dan abang berebut kereta alza arwah adik..

adik masih bujang dan meninggal eksiden semasa pergi kerja menaiki motosikal..
adik hanya meninggalkan sebuah kereta alza dan sedikit wang simpanan dalam 10 k…

wang yang ditinggalkan ayah buat selesaikan urusan jenazah dan kenduri arwah adik serta bahagi-bahagi kepada kami…saya tak pasti ayah ikut faraid atau ikut suka…sebab kami pun tidak pasti berapa ayah guna untuk tahlil serta bayar urusan jenazah adik…tapi tu kami tak kisah la…masalah sekarang ialah kereta alza yang adik tinggalkan…

Apabila kami buat urusan kereta adik..alhamdulillah adik ambil insuran kereta dimana hutang kereta settle bila adik meninggal dunia..setelah selesai semua urusan…kini berkaitan tentang nama siapa nak diganti…abang dan ayah bergaduh…kami pun terkejut.

abang kata dia nak kereta tu sebab dia punya anak ramai dan perlukan kenderaan yang lebih besar dan juga abang ungkit semua perbelanjaan yang dia keluarkan ketika adik belajar dahulu…

ayah pula nak kereta tu untuk kemudahan ibu dan ayah bergerak di kampung kerana semasa hayat adik..adiklah yang membantu ayah dan ibu serta bawa mereka ke klinik atau berjalan..

kini dah 3 bulan…nama kereta masih tak tukar…kereta pula abang bawak…

kini abang dan ayah bermasam muka tidak bertegur siapa…

Credit to owner…..

✳️ ini salah satu realiti dunia sekarang, hanya sebuah kereta sampai tidak bertegur sapa. Hukum Faraid adalah sebaik hukum dalam pembagian harta pusaka. Jangan pula sampai jadi puaka. ??????

✳️ Ilutrasi gamba rajah juga menunjukkan salah satu situasi yang terjadi pada masa kini.

Situasi 2 :

ISTERI MENGURUSKAN HARTA PUSAKA SUAMI

Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan istri, hendaklah berwasiat untuk istri-istrinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” (Al-Baqarah: 240).

situasi

Sumber Gambar dari Google

Akhirnya tak dapat satu sen pun!!!

1. Apabila suami mati, kebiasaannya menjadi adat orang melayu mengadakan kenduri arwah selama 2 hari berturut – turut. Anda menjemput kariah masjid dan sanak saudara..

2. Disitulah anda dapat lihat mereka yang tak pernah jenguk (ziarah / melawat) anda turut hadir membantu menguruskan kenduri. Rasa syukur pon ada, betullah orang kata musibah merapatkan silatulrahim.

3. Hari ke2 berlalu, hari ke3 selepas kenduri adik beradik suami datang berjumpa anda. Anda pon rasa syukur kerana ada ipar yang mengambil berat tentang anda dan anak buahnya. Tetapi mereka bertandang bukan untuk menziarahi anda, tetapi untuk menuntut harta pusaka peninggalan arwah!!!

4. Perghhh.. masalah, masalah, masalah. Sakit jiwa!!! Tanah kubur masih merah, sedih pon blom hilang lagi. Rasa nak panggil arwah je bincang dengan mereka!!!

5. Mereka bercerita bab faraid isteri hanya 1/8 secara panjang lebar. Bila bab harta pusaka, tiba – tiba boleh expert, klu suruh jalankan tanggungjawab yang Allah berikan tak nak ikut.

6. Bermulah drama perebutan harta pusaka suami yang tiada kesudahan.

7. Anda juga tidak mahu mengalah, terpaksalah menguruskan harta pusaka sendiri. Walaupon kekangan dari masa dan wang. Nak buat cam mana, fikir nasib anak – anak.. TERPAKSA!!!

8. Teringat pesan suami, duit dalam Bank guna belanja keperluan. Pergi nak keluarkan, pegawai mintak surat kuasa pulak. Aduh… Account dah kena block..

9. Dengan perasaan pilu, anda ke Pejabat Pusaka Kecil di Pejabat Tanah bagi mendapatkan kuasa tadbir, anda perlu isi borang Biacara Kuasa atau borang A. Maklumat yang diperlukan adalah seperti maklumat si mati, harta si mati serta maklumat waris – waris mati. Semua maklumat diatas memerlukan salinan ic waris, salinan maklumat harta dan surat mati.

10. Setelah setiap salinan disediakan, isteri perlu mendapatkan tandatangan setiap ahli waris. Aduh, masalah lagi. Selagi ahli waris tidak tandatangan, proses perbicaraan harta pusaka tidak boleh dimulakan. Ada jugak yang sengaja tidak hadir ke mahkamah untuk melambatkan proses perbicaraan harta pusaka.

11. Tambah parah lagi, baru anda tahu adik – beradik suami juga mempunyai hak dalam harta pusaka. Fuhhh,, bukan senang nak handle bila si mati tidak membuat perancangan harta lebih awal.. ?

12. Tiba – tiba ayah/ibu simati pula tidak mahu tandatangan sebab termakan hasutan ipar, bagaimana? Bayangkanlah, anda terpaksa menghadapi masalah sebegini pula, kesedihan kehilangan suami blom hilang, nak fikir uruskan anak – anak lagi. Stress gilerrr nak pikir semua benda!!!

13. Anda dan anak – anak didesak untuk melepaskan bahagian faraid.

14. Didesak membayar bahagian faraid bagi rumah jika mahu terus tinggal dirumah pusaka suami. Masalah, mana nak cari RM200K tunai?

15. Dah tak tahan hidup macam neraka, Last – last, anda dan anak – anak keluar sehelai sepinggang saje. Dah jadi macam nie baru nak fikir tentang orang tersayang? Dah terlambat..

16. Tiba – tiba datang seorang Hamba Allah menyatakan suami berhutang dengannya puluhan ribu ringgit atas urusan bisnes. Masalah lagi, siapa yang kena tanggung hutang si mati? Anda jugak, merempatlah, kerja siang malam untuk bayar hutang si mati..

17. Teringat pesan suami guna duit Tabung Haji / KWSP / ASB / Takaful untuk bayar hutang. Bila pergi semak, penama atas nama ibu mertua pulak, Masalah… orang kita ingat penama adalah Pemilik kepada harta tersebut, sebenarnya TIDAK!!! Jadi anda pon biar jelah, malas nak gaduh lagi..

Pesanan Imam Ghazali

“ Setiap orang Islam hendaklah menulis wasiat setiap kali sebelum ingin tidur malam ”.

Allah juga menegaskan orang yang telah menyesal di akhirat kerana tidak berwasiat dalam ayat Yasin 36, ayat 50.

(فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً وَلَا إِلَى أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ (50)

Maka dengan itu, mereka tidak berpeluang membuat sebarang pesanan (wasiat atau lainnya), dan (kalau mereka berada di luar) mereka tidak sempat kembali kepada keluarganya.

Anda sanggup menyusahkan keluarga yang anda cintai ?

Anda sanggup biarkan anak – anak merempat menagih simpati ?

Anda sanggup biarkan pasangan berhempas pulas menyelesaikan masalah birokrasi yang tiada kesudahan ?

Anda sanggup harta yang anda kumpul selama ini dirampas oleh individu yang tidak bertanggungjawab ?

Fikirlah nasib orang tersayang…

Percayalah , duit boleh dicari, tetapi kesusahan yang anda tinggalkan akan memberi kesan yang sangat mendalam pada hati anak – anak, pasangan serta ibubapa anda !!!

Bayangkanlah jika sebelum ini mereka boleh bergembira dengan kelebihan harta yang anda cari, dengan sekelip mata sahaja ia boleh berubah menjadi bala yang tiada kesudahannya.

Hutang ini perlu dijelaskan kerana impaknya keatas anda di akhirat kelak. Sepertimana yang kita selalu dengar, nasib orang berhutang walaupon berjihad tidak dipandang oleh Allah swt.

Nabi pernah menegaskan bahawa

“ Jiwa seseorang itu disangkutkan dengan hutangnya, sehingga hutang itu dilunaskan”.

” POWER OF HIBAH “

Untuk mendapatkan keterangan yang lebih mendalam , bolehlah hubungi :-

Isnul Hisam
Hibah Advisor
0177199796

Sumber dan rujukan :

Apakah perbezaan di antara wasiat, hibah dan faraid ?

http://loyarkita.blogspot.my/2014/01/apakah-perbezaan-di-antara-wasiat-hibah.html

Beza wasiat, hibah

https://www.hmetro.com.my/node/31176

(Visited 135 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Aku Perlu Nekad
    Aku Perlu Nekad
  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Ibu Zaid says

    November 27, 2017 at 3:04 PM

    Dalam surah Al Baqarah memang ada sebut panjang lebar tentang wasiat

    Kena ambil peduli
    Ibu Zaid recently posted…Tanda bersalin untuk persediaan ibu hamil kurang pengalaman!My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      December 3, 2017 at 11:10 AM

      Betul tu
      Semoga ramai yang ambil tahu betapa pentingnya wasiat

      Reply
  2. nikkhazami says

    November 26, 2017 at 11:04 AM

    bab wasiat ni semua kena faham betul2. kalau tak boleh gaduh sesama adik beradik
    nikkhazami recently posted…Sinopsis My Coffee Prince di Astro RiaMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      December 3, 2017 at 11:12 AM

      Saya setuju sangat
      Sebab itu la saya buat artikel ini

      Reply
  3. Mama Hakim says

    November 23, 2017 at 5:00 AM

    Sepatutnya jadi adik beradik kena banyak tolong menolong

    Ini tidak, harapkan pagar

    pagar makan padi
    Mama Hakim recently posted…Cara merawat kencing manis dari rumah? Panduan dari A sampai Z!My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      December 3, 2017 at 11:13 AM

      Biasa la tu
      kalau ada pengetahuan pasal ini mesti mudah dan tidak sampai bergaduh sesama adik beradik

      Reply
  4. Khairul Zamri says

    November 22, 2017 at 8:55 PM

    Benda penting yang perlu kita ketahui, tak semestinya bila bercakap tentang wasiat, hibah dan faraid terus berkait dengan takaful dan insurans. Tapi konsep dan hukum hakam wasiat, hibah dan faraid ini sangat penting untuk kita tahu sebaiknya. Terima kasih kongsi.
    Khairul Zamri recently posted…Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar KataMy Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      December 3, 2017 at 11:14 AM

      Sama-sama bro
      Semoga kita dapat ilmu dan manfaat di dalam hal-hal yang berkaitan wasiat hibah dan faraid

      Reply
  5. Mazni Azmi says

    November 22, 2017 at 11:01 AM

    Akhir zaman ramai orang dayus

    sebab itu keberkatan terangkat
    Mazni Azmi recently posted…Set tambah berat badan shaklee? Elakkan 3 perkara ini supaya berkesan!My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      December 3, 2017 at 11:16 AM

      Moga-moga dapat dielakkan macam tu

      Reply
  6. Anuar says

    November 21, 2017 at 4:34 PM

    Terima kasih di atas perkongsian maklumat tentang kewangan Islam… nice sharing… 😉
    Anuar recently posted…Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..My Profile

    Reply
    • Wan Zawawi says

      December 3, 2017 at 11:17 AM

      Sama-sama bro 🙂

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #16
Next Post: Aktiviti Menukar Dakwat Printer HP Deskjet Ink Advantage 1515

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,319)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,584)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,472)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO