• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / CANCERCARE : Perlindungan Kanser Yang Komprehensif

CANCERCARE : Perlindungan Kanser Yang Komprehensif

December 10, 2017 By Wan Zawawi 9 Comments Filed Under: Review

Assalamualaikum…

Kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi produk yang bermanfaat dari Zurich Takaful iaitu CANCERCARE . Sebagimana umum mengetahui , kanser atau barah ini adalah salah satu penyakit yang paling ditakuti oleh semua golongan tidak kira muda atau tua . Jadi sebagai langkah persediaan dan untuk mengurangkan beban untuk persediaan awal meghadapi penyakit kanser atau barah ini , sama-sama kita baca sampai habis apa manfaatnya .

doktorSumber gambar dari PixaBay

Apa Itu Kanser

Kanser atau dikenali sebagai Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Tumor boleh dikategorikan sebagai bukan barah (benign) ataupun barah (malignant). Tumor bukan barah tidak merebak ke bahagian tubuh badan atau organ yang lain. Barah pula terdiri daripada sel-sel barah yang sekiranya tidak dirawat boleh merebak ke bahagian tubuh badan yang lain. Sel barah boleh merebak ke organ yang lain menyebabkan komplikasi sistemik. Komplikasi dan kehilangan fungsi multi organ akan menyebabkan kematian.

Apabila sel ini sampai ke bahagian tubuh badan yang lain, ketumbuhan baru boleh terjadi di organ tersebut. Keadaan barah merebak ini adalah dikenali sebagai barah sekunder atau metastasis. Perkataan barah juga boleh digunakan dalam keadaan pertambahan sel yang tidak normal tetapi tidak diikuti dengan ketumbuhan atau tumor. Ini adalah seperti yang berlaku dalam penyakit yang melibatkan sel penghasilan darah iaitu penyakit leukimia.

Bagaimana Kanser Bermula

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

“Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser.” Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.

Kanser Limfoma

Sebagai contoh , saya ambil salah satu dari jenis kanser iaitu Kanser Limfoma .Separuh daripada kejadian kanser darah adalah Kanser Limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher , bawah ketiak , celah peha , dada dan perut , sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.

Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.

Bagaimana Kanser Limfoma Terbentuk

Kanser Limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil Lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan. Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Kanser limfoma ( lymphoma ) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor. Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma

  • Warga tua
  • Lelaki
  • Mengahadapi masalah auto-imun
  • Pengidap HIV/AIDS
  • Banyak memakan daging merah dan lemak
  • Selalu terdedah kepada bahan kimia

Tanda Tanda Kanser Limfoma

  • Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
  • Demam
  • Badan menjadi lemah dan keletihan
  • Hilang berat badan
  • Sentiasa berpeluh
  • Sukar benafas dan sering sakit dada
  • Gatal gatal pada kulit
  • Ruam kulit

Bagaimana Kanser Limfoma Dirawat ?

Doktor akan mengambil sedikit sampel dari dalam nod limfa yang membengkak untuk diuji. Ujian lain yang akan dilakukan adalah ujian darah, biopsi sum sum tulang, dan juga CT scan atau PER scan. Ini bagi menentukan tahap kanser yang dialami. Jenis rawatan akan dilakukan oleh doktor dengan mengambil kira faktor usia, tahap kesihatan, tahap kanser dan jenis kanser.

Antara rawatan yang bakal dilakukan untuk penyakit ini adalah:-

  • Kimoterapi
  • Kimoerapi dan radioterapi ke kawasan sakit
  • Terapi biologi – contohnya suntikan antibodi terus ke kawasan sakit.
  • Rawatan Stem Cell

Adakah Kanser Limfoma Boleh Dielakan ?

Oleh sebab punca utama kanser limfoma tidak dapat dikenalpasti puncanya, maka tiada cara yang jelas yang boleh disarankan. Walaubagaimanapun, pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat dan jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah terjadinya kanser.

Jika ada didapati mempunyai tanda tanda berulang seperti yang disenaraikan sebelum ini, lakukan pemeriksaan segera dan jangan bertangguh.

Sebelum terkena jemput miliki plan CancerCare rm60 utk cover 100k bagi lelaki 50k bagi wanita . Boleh rujuk gambar di bawah :-

cancercare

cancer care

Atau hubungi Rakan saya merangkap perunding Zurich Takaful ;

Isnul Hisham

SMS / Whatsapp / Panggilan Telefon : 017-7199796

Sumber rujukan :

Penyakit Kanser
http://kesihatan.biz/artikel/fakta_asas_kanser.php

Apa itu Kanser
http://www.myhealth.gov.my/apa-itu-kanser/

(Visited 27 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Raihanah says

    January 1, 2018 at 8:44 AM

    elok ambik pelan camni kan
    Raihanah recently posted…Bestnya Promo Shaklee Januari 2018My Profile

    Reply
  2. Kak Su @KakSu - Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online says

    December 15, 2017 at 10:40 PM

    Plan cancer care tu macam menarik ya, if only akak tau sebelum akak di diagnose ada cancer. Now its too late kut
    Alhamdulillah ala kul haal

    Jom tingkatkan trafik blog anda dengan 12 tip sempoi ini

    Reply
  3. Mama Hakim says

    December 14, 2017 at 11:37 AM

    Dari pengalaman lepas dalam keluarga mama sendiri

    Elok lah ada persediaan untuk hari hujan ni

    Sebab penyakit kanser dah meluas dan berleluasa sekarang ni
    Mama Hakim recently posted…Takaful keluarga terbaik? Perlu ke ambil zaman sekarang ni!My Profile

    Reply
  4. nikkhazami says

    December 12, 2017 at 3:31 PM

    bahayanya cancer ni dia membunuh slow2. mintak jauh
    nikkhazami recently posted…Fakta Menarik Star Wars The Last JediMy Profile

    Reply
  5. maszull says

    December 11, 2017 at 4:33 PM

    assalamualaikum zamani..tq berkongsi info yang menarik ni…

    Reply
  6. Ikhwan says

    December 11, 2017 at 1:51 PM

    Nak sakit kena ada duit, tak ada duit carilah pelan takaful.
    Ikhwan recently posted…Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai SiasatanMy Profile

    Reply
  7. Ibu Zaid says

    December 11, 2017 at 11:58 AM

    Insyaallah kita usahakan untuk jaga kesihatan

    dan persediaan
    Ibu Zaid recently posted…Inilah Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2017! Anak pasti sukaMy Profile

    Reply
  8. Mazni Azmi says

    December 11, 2017 at 11:26 AM

    Memang ramai kena kanser zaman sekarang

    salah satu puncanya ialah kekurangan omega 3 dalam diet harian
    Mazni Azmi recently posted…Patutlah pantang larang pesakit buah pinggang penting! Rupa rupanya…My Profile

    Reply
  9. anuar says

    December 10, 2017 at 2:57 PM

    Info yang cukup bermanfaat….kancer merupakan penyakit yang cukup ditakuti… sebab ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menyebabkan kematian..
    anuar recently posted…Pengalaman Beli RumahMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Cara Berkesan Menurunkan Berat Badan
Next Post: Jana Pendapatan Sampingan Dengan Rahsia Dan Resepi Putu

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,491)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,168)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,407)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (762)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO