• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Informasi / Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate

Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate

December 23, 2017 By Wan Zawawi 10 Comments Filed Under: Informasi

Isi Kandungan

  • Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate
  • Tahu Mencari Niche Yang Profitable.
  • Menjadi Seseorang Yang Pandai Menyelesaikan Masalah
  • Belajar Mengenal Pesaing.
  • Beri Apa Yang Orang Mahu.
  • Pandai menulis review yang menguntungkan.

Assalamualaikum….

Agak lama tak menulis dan berkongsi tentang Affiliate ni memandangkan saya sendiri pun agak sibuk dengan kerja hakiki dan sambil-sambil itu mencari peluang untuk menyertai Affiliate yang terbaru . Jadi pada hari ini topik yang saya akan kongsikan untuk rakan-rakan dan para pembaca setia adalah Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate .

Untuk pengetahuan semua , Super Affiliate adalah posisi idaman bagi affiliate . Ini kerana seorang super affiliate menjana pendapatan lebih tujuh angka setahun. Namun begitu , bukan mudah untuk bergelar super affiliate ini , berbagai rintangan dari segi mental dan fizikal perlu di atasi . Salah satunya adalah rintangan mental . Rintangan mental kebiasaanya adalah seperti jangan terlalu cepat berputus asa , sentiasa sabar dan sentiasa berusaha . Rintangan fizikal yang paling utama adalah untuk memfokuskan diri pada perniagaan tanpa rasa lesu dan letih .

super affiliateSumber gambar dari PixaBay

Kemahiran paling utama yang perlu ada pada seorang affiliate adalah mereka perlu mahir mencari trafik . Tiada trafik maka tiada wang yang akan di hasilkan kerana tiada prospek atau bakal pelanggan . Untuk itu , anda perlukan kemahiran untuk mencari trafik . Di sini , anda perlulah dahulu menuntut ilmu dari mereka yang berpengalaman . Tidak salah untuk bertanya kepada yang berpengalaman tentang trafik ini .

Namun , trafik adalah tidak berguna jika anda tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya . Sebagai contoh di sini , seorang affiliate biasa , mereka akan pilih produk yang banyak pembeli dan mempunyai komisyen yang tinggi . Kemudian , mereka akan melakukan promosi dan mengharapkan ramai orang akan klik mereka dan seterusnya membeli produk melalui link mereka .

Satu nasihat untuk semua ( termasuk saya dan pembaca artikel ini ) iaitu jangan jadi Affiliate Biasa…. jadilah Super Affiliate . Super Affiliate tidak akan menunggu komisyen datang secara rawak , super affiliate mencari pembeli . Mereka tahu bagaimana hendak mencari orang untuk membeli produk affiliate mereka . Itulah bezanya seorang super affiliate dan affiliate biasa . Faham ke Faham ?

Tips Untuk Menjadi Seorang Super Affiliate

Jadi di sini , Untuk membantu anda menjadi seorang Super Affiliate , saya senaraikan lima teknik yang seorang super affiliate perlu ada :-

Tahu Mencari Niche Yang Profitable.

Seorang Super Affilite perlu sedar dan alert pada niche yang profitable dan popular di pasaran. Anda perlu alert pada trend semasa, produk apa yang popular dan di minati ramai pada keadaan semasa atau dalam masa beberapa bulan lagi. Kadangkala, trend menular dengan begitu pantas dan anda perlu alert .

Untuk mengetahu niche yang profitable, anda boleh melakukan kajian melalui

  • Surat khabar.
  • Berita televisyen.
  • Iklan televisyen.
  • Forum-forum di Internet.
  • Google trends
  • Ebay pulse
  • Dan banyak lagi….

Menjadi Seseorang Yang Pandai Menyelesaikan Masalah

Seorang super affiliate akan mencari masalah bagi sesuatu komuniti dan membantu mereka menyelesaikan masalah. Seorang super affiliate handal dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pendek kata, pandai mengambil kesempatan berdasarkan situasi.

Belajar Mengenal Pesaing.

Super affiliate sentiasa sign up newsletter pesaing-pesaingnya supaya dia tahu bagaimana pesaing-pesaingnya melakukan promosi. Di samping itu, super affiliate sentiasa kenal dan tahu apa yang pesaing mereka lakukan dalam keadaan semasa. Mengenal pesaing beerti mereka tahu keadaan sekeliling mereka dan membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri pada keadaan semasa .

Beri Apa Yang Orang Mahu.

Seorang super affiliate hanya memberi apa yang orang mahu. Jika Newsletter beliau adalah dalam niche keluarga, hanya produk niche tersebut di promosikan kepada pelanggan newsletter beliau. Mereka tidak akan campur adukkan niche. Mereka fokus pada satu niche dan cari trafik berdasarkan Profitable Niche.

Pandai menulis review yang menguntungkan.

Kemahiran yang terpenting selain mencari trafik yang perlu ada pada seorang super affiliate adalah mempunyai kemahiran menulis review dengan baik. Review mencerminkan diri anda sendiri . Jika penulisan anda telus , jujur dan menarik , orang akan menghormati anda. Seorang super affiliate tidak akan segan silu untuk memberi pendapat mereka mengenai sesuatu. Ada berbagai cara untuk memberi review iaitu melalui penulisan , video dan audio .

Akhir kata , semoga Tips-tips yang saya kongsikan untuk menjadi Super Affiliate ini berguna untuk semua , dan boleh dijadikan panduan dan kelebihan sebagai Blogger tidak kira anda menulis di dalam niche apa pun . Jika rakan-rakan blogger dan para pembaca ada tips-tips tambahan bolehlah kemukakan di dalam ruang komen 🙂 .

(Visited 26 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Mama Hakim says

    January 5, 2018 at 3:55 PM

    Super affiliate pandai cari peluang dan selesaikan masalah orang ramai
    Mama Hakim recently posted…Susu kambing higoat untuk ibu mengandung bagus ke?My Profile

    Reply
  2. titan says

    December 28, 2017 at 1:09 AM

    kena banyak lagi usaha ni nak jadi super affiliate nih gamaknya..

    hoho..
    titan recently posted…Anakku Sazali.My Profile

    Reply
  3. reezluv says

    December 27, 2017 at 4:02 PM

    kelemahan kalau promote affiliate dari blog adalah masa…tu je, kalau nak cepat memang kena guna paid ads dan strateginya kena betul juga. kalau tak duit hangus gitu je

    Reply
    • Mazni Azmi says

      January 14, 2018 at 2:54 PM

      Kalau kita tulis entri yang evergreen rasanya tak ada masalah tuan
      Mazni Azmi recently posted…Pencuci muka Shaklee YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser!My Profile

      Reply
  4. Mazni Azmi says

    December 27, 2017 at 8:30 AM

    Nak jadi super affiliate pun ada teknik dan pengalaman yang perlu ditimba
    Mazni Azmi recently posted…Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling KelakarMy Profile

    Reply
  5. encikhafiz.com says

    December 25, 2017 at 4:29 PM

    nice info bro. sangat menginspirasikan saya. terima kasih atas penulisan ini.
    encikhafiz.com recently posted…Cara Cepat Dapat Sitelink Dari GoogleMy Profile

    Reply
  6. mrhanafi says

    December 25, 2017 at 11:35 AM

    dapat income beribu-ribu setiap bulan adalah nikmat.

    tak jadi super affiliate pun ok juga.

    kalau jadi lagi ok

    Reply
  7. Ibu Zaid says

    December 24, 2017 at 2:29 PM

    Ibu doakan cita cita tuan zawawi untuk menjadi super affiliate tercapai

    Betul sangat tu

    Trafik paling paling penting
    Ibu Zaid recently posted…Lemas di Pantai Puteri Melaka. Hati hati semasa bercuti untuk elak tragedi!My Profile

    Reply
  8. nikkhazami says

    December 24, 2017 at 11:41 AM

    copywriting ni lemah sikit la.. susah betul nak tulis entry convince orang beli produk. hehe
    nikkhazami recently posted…Pantang Larang Tambah Tinggi dengan HI-PLUSMy Profile

    Reply
  9. anuar says

    December 23, 2017 at 3:33 PM

    Terima kasih di atas perkongsian info yang tersangat berharga bagi saya.. In Shaa Allah, akan berusaha dengan lebih smart lagi pada tahun 2018 nanti..
    anuar recently posted…Rezeki dapat 2 Domain Percuma daripada NetKL.comMy Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Jana Pendapatan Sampingan Dengan Rahsia Dan Resepi Putu
Next Post: Selamat Tahun Baru 2018

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO