Isi Kandungan
Selamat Tahun Baru 2018
Assalamualaikum…
Alhamdulillah..bersyukur kehadrat illahi kerana kita telah pun melangkah masuk ke tahun baru 2018 yang mungkin akan penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang akan datang…Selamat Datang 2018 dan Selamat Tinggal juga di ucapkan kepada tahun 2017 yang mencipta kenangan pahit dan manis yang akan sentiasa menjadi ingatan di dalam diri setiap insan bernama manusia . Sebelum itu ,saya ingin memohon maaf kerana terlewat membuat artikel ini berikutan sibuk menguruskan kerja hakiki yang semakin bertimbun dan beberapa urusan peribadi yang penting . In Shaa Allah… denga nkedatangan tahun baru 2018 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja denganl ebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukans etiap perkara…Amin .
Seperti biasa ,apabila tibanya tahun baru , kita akanmenyemat da nmenanam azam di dalam diri untuklebih bersemangat terutamanya di dalam bidang kerjaya , keluarga dan juga kewangan . Ada juga yang “ forward“ azam tahun lepas, justeru itu,tidak mengapalah….apa yang penting di sini kita semua ada azam untuk melangkah dengan lebih hebat dan gagah pada tahun baru inikan 🙂 .
Azam Sebagai Blogger
Azam sayasebagai blogger pada tahun ini seperti biasa akan cuba memantapkan lagi penulisan dan penyampaian di dalam setia partikel .Bukannya apa ,tidak mahu dikecam nanti apabila kita atau saya yang dah bertahun menulis blog menulis seperti “ cincai-bincai “ je . Kalau ada yang terlebih atau terkurang In Shaa Allah saya akan usaha dan laksanakan dengan baik .Selain itu ,saya juga ingin memantapkan skill dan ilmu di dalam penjagaan blog dan tema wodpress kerana apa yang saya nampak ianya boleh pergi jauh dengan adanya beberapa faktor yang perlu dititik beratkan di dalam blogging ini .Tumpuan juga saya akan berikan kepada“ Flash Back “ Search Engine Optimision atau SEO kepada bog-blog yang saya usahakan untuk kegunaan pada masa akan datang kerana setiap hari ada sahaja benda baru yang perlu dititikberatkan di dalam ilmu berkaitan SEO ini . Satu lagi saya perlu bijak membahagikan masa untuk bloga ntara kerja hakiki dan kerja sambilan . Ini adalah kerana setelah lama menceburi bidang blogging ini ,saya dapati ianya boleh pergi lebih jauh dan jika Istiqamah ia bukan sahaja boleh beri peluang untuk berkenalan dengan individu yang berpengaruh di dalam blogging malah dapat juga jana pendapatan sampingan yang lumayan .
Saya juga seperti biasa menerima tawaran Advertorial , Review atau ulasan produk fizikal dan digital tida kkir adari mana-mana syarikat atau orang perseorangan dengan harga yang berpatutan . Jika ada yang ingin saya laksanakan hal tersebut bolehlah klik di sini .
Azam Sebagai Pemilik Syarikat Kecil
Alhamdulillah ,sudah hampir 4 tahun mengusahakan syarikat Wazy Network Enterpise secara kecil-kecilan , banyak juga kenangan manis dan pahit sepanjang saya menceburi bidang perniagaan secara “ Online “ dan “ Offline “ ini . Untuk tahunini , In Shaa Allah saya akan “ All Out “ untuk memberikan kepuasan kepada semua pelanggan sedia ada da nbaru . Saya aka nbangkit dari pengalaman yang lepas yang sentiasa menjadi panduan untuk hari-hari yang akandatang .
Azam Sebagai Pekerja
In ShaaAllah , pada tahun 2018 ini saya akan melipat gandakan usaha dan buat yang terbaik di dalam kerja hakiki . Bukan hendak menjadi kaki kipas atau kaki ampu ,saya hanya ingin menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sehabis baik memandangkan pada tahun 2017 prestasi saya agak kurang memuaskan kerana Sakit Mata , Sakit Kepala dan Dugaan Semasa Bekerja . Itu semua akan menjadi semangat dan pendorong kepada saya untuk lebih berhati-hati , fokus ,bersemangat dan komited di dalam melaksanakan amanah dan tanggun gjawab yang diberikan oleh pihak majikan pada tahun baru . Macam kata pakcik sorang di kilang ini , “ kurangkangosip , tingkatkanprestasi “ haaa…memang makan “dalam” beb .
Azam Sebagai Anak Sulung
Sebagai anak sulung ,saya akui tanggung jawab yang sedia ada sedikit sebanyak sudah terlaksana buat Mak dan Abah setakat ini . Selagi mampu , saya akan cuba laksanakan yang terbaik buat mereka berdua tidak kira susah dan payah sekali pun sebagai membalas jasa dan budi yang tidak ternilai oleh wang ringgit .Jadi sebelum membuat apa-apa urusan ,saya akan utamakan meraka berdua dahulu . Saya juga dalam perancangan untuk membawa mereka berdua bercuti…tetapi masih lagi membuat tinjauan dan juga memilih lokasi yang sesuai untuk kami sekeluarga .Jika anda sebagai pembaca setia blog ini dan juga rakan-rakan blogger ada mengetahui destinasi percutian yang menarik dan berbaloi untuk kami sekeluarga bolehlah kemukan ia di ruang komen di bawah ye ….Selain itu , saya juga tidakp utus-putus mendoakan supaya Ma kdan Abah dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang semakin selesa serta dimurahkan rezeki pad atahun inidan juga pada tahun-tahun yang akan datang . Amin…
Hadiah Untuk Pembaca Setia Dan Rakan-Rakan Blogger
Sebagai penghargaan kepada semua pembaca setia dan juga rakan-rakan blogger yang tidak jemu beri komen dan menyumbang trafik ke blog ini , Saya sertakan hadiah yang tidak seberapa iaitu Kalendar Kuda dan juga Kalendar Islamik 2018 dalam format PDF yang saya dapat di Group Whatsapp kelmarin . Anda bebas menggunakannnya sama ada untuk kegunaan sendiri atau hadiahkan kepada rakan-rakan dan juga insan tersayang .Kedua-dua calendar ini juga boleh di cetak …Jemput download atau muatturundi bawah :
Akhir kata , mohon para pembaca setia dan rakan-rakan blogger blog yang tak seberapa ini doakan agar setiap urusan saya pada tahun in idipermudahkan dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang baik . Saya juga mendoakan yang sama kepad asemua para pembaca dan rakan blogger .Semoga dengan kedatangan tahun 2018 ini akan membawa serib ukenangan dank ejayaan yang baik buat kita semua …Amin…
Faisal Amirul says
Selamat Tahun Baru 2018!
InsyaAllah, doa bersama-sama capai apa yang diimpikan selama ini terutama tanggungjawab sebagai muslim.
Lama betul tak blog hop, rasa kekok pula.
Teruskan berusaha!
Luthfi Suib says
masih belum terlewat untuk ucap selamat tahun baharu 2018.
semoga kita semua dirahmati dan hidup diberkati Allah 🙂
rohaizad says
perjalanan baru bermula… ada lagi 11 bulan untuk kita rancang dan laksana. teruskan kayuhan kawan!
Azmi Abdul Rahman says
Salam tahun baru tuan, semoga tahun ni Allah swt murahkan rezeki kita dan beri rahmat
Amin
Azmi Abdul Rahman recently posted…Hantar mak ayah pergi umrah!
anuar says
Selamat Tahun Baru 2018…
Semoga berjaya mencapai semua azam yang disadarkan untuk tahun ini..
anuar recently posted…Cara Nak daftar jadi ejen Affiliate MyHomestay4U. net