• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review / 8 Tips Untuk Beli Kapal Layar Yang Pertama

8 Tips Untuk Beli Kapal Layar Yang Pertama

April 23, 2018 By Wan Zawawi Leave a Comment Filed Under: Review

Assalamualaikum…

Membeli kapal layar yang pertama bukanlah suatu perkara yang mudah. Salah langkah boleh merana buat selama-lamanya. Tanpa pengalaman dan pengetahuan yang betul boleh merugikan anda. Dalam minda anda perlu ada pelan tindakan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pemilik atau ejen kapal layar yang berpengalaman. Ini ada 8 tips untuk beli kapal layar yang pertama untuk anda jadikan panduan.

8 Tips Untuk Beli Kapal Layar Yang Pertama

1. Usah Takut Beli Kapal Layar.

Beli kapal layar tidak sama seperti anda membeli rumah atau kereta. Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti kewangan, kos selenggara, kos krew dan banyak lagi. Sebelum anda buat keputusan untuk membeli kapal layar, carilah ejen kapal layar untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

2. Cari Pereka Yang Memahami Citarasa Anda.

Carilah pereka yang boleh membantu menghidupkan suasana dalam kapal layar anda. Setiap kapal yang baru ditempah mungkin perlukan sentuhan dalaman kerana ia boleh membantu anda untuk melayari lautan dengan lebih tenang dan selesa.

kapal layar

3. Miliki Kapal Layar Yang Betul Untuk Perjalanan Yang Selesa.

Carilah kapal yang boleh membantu anda melayari lautan bersama dengan keluarga. Gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga anda. Berikan mereka aktiviti untuk dilakukan semasa berlayar seperti merentas pulau-pulau yang berhampiran.

Jika anda mahu memiliki kapal layar untuk menghiburkan staf atau pekerja anda, pasti ia perlukan spesifikasi yang berbeza. Kapal tersebut haruslah boleh memuatkan lebih ramai orang dan lebih luas serta lebih selesa.

4. Fikirkan Rekaan Kapal Layar Terlebih Dahulu.

Sebelum kapal layar anda dibawa belayar, nyatakan rekaan idaman anda pada pereka dalaman yang berpengalaman. Takkanlah anda nak belayar dengan kapal yang kosong tanpa sebarang sentuhan rekaan dalaman. Sekurang-kurangnya anda boleh wujudkan suasana yang lebih aman di dalam kapal sebelum pelayaran bermula.

5. Jadi Seorang Yang Penyabar.

Sekali pun anda memiliki impian untuk memiliki kapal layar, bukan semua orang memahami impian tersebut seperti pereka kapal layar. Setiap orang mempunyai citarasa kapal layar yang berbeza. Ada orang sukakan konsep klasik dan ada yang lebih sukakan rekaan kapal layar kontemporari.

6. Tahu Batas Anda.

Ada banyak jenis kapal layar untuk anda miliki. Namun harus diingat, harga kapal layar yang paling rendah ialah RM1 juta dan yang paling mahal adalah RM67 juta! Jadi anda harus pilih kapal layar yang benar-benar dalam kemampuan anda. Kapal layar adalah perkara yang paling akhir harus anda miliki setelah anda memiliki bisnes, rumah-rumah sewa, kereta-kereta mewah dan simpanan berjuta-juta ringgit di dalam bank.

7. Minat Dan Keazaman Adalah Segala-Galanya.

Apa sahaja perkara yang anda mahukan pastinya memerlukan minat, termasuklah dalam hal memiliki kapal layar. Mungkin anda dianggap gila kerana menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit demi sebuah kapal layar. Jika anda dengar mereka yang dikategorikan sebagai kerja biasa dengan gaji di bawah RM5,000, mungkin mereka kata anda membazir.

Jika anda memiliki rakan-rakan yang berpendapatan RM100,000 sebulan , mereka akan menyokong anda kerana pendapatan anda dan mereka adalah sama. Lebih tinggi nilai kapal layar anda, lebih banyak keazaman yang anda perlukan.

8. Charter Dahulu Untuk Mencari Minat Anda.

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kapal layar, anda boleh charter dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Mungkin anda boleh membuat pilihan yang lebih baik selepas charter.

Charter bermaksud anda menyertai satu program pelayaran bersama dengan penjual kapal layar untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang program tersebut , anda akan ditunjukkan bagaimana nak mengendalikan kapal layar ditemani dengan krew yang berpengalaman.

Anda boleh menghubungi saya di talian 012-7704648 atau Whatsapp http://wasap.my/60127704648 (Wan Zawawi ) untuk mendapatkan khidmat nasihat charter sebelum membuat keputusan untuk membeli kapal layar yang benar-benar memenuhi citarasa anda.

(Visited 16 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku
    Selamat Hari Lahir Yang Ke-40 Buat Diriku

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Bangun Bangkit Dunia Berbeza
Next Post: Permainan Anti Stress

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,521)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,332)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,597)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,485)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (667)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO