• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Blogging / Etika Menjadi Penulis Jemputan

Etika Menjadi Penulis Jemputan

July 10, 2018 By Wan Zawawi 4 Comments Filed Under: Dunia Blogging

Assalamualaikum…

Sudah lama rasanya tidak berkongsi tentang tips-tips Blogging ini , jadi saya olah balik artikel dari blog lama untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan untuk rakan-rakan blogger dan pembaca setia di blog ini . Sudah tentu ramai yang pernah atau teringin menjadi penulis jemputan tidak kira di blog rakan-rakan blogger sendiir atau blog yang mempunyai niche dan pengaruhnya tersendiri bukan ? Ok , pada hari ini saya ceritakan serba sedikit tentang Penulis Jemputan . Jemput baca dan komen ye nanti šŸ™‚

Penulis jemputan salah satu daripada cabang kita untuk mengembangkan hubungan dan network kita dalam dunia blogging. Banyak kelebihan dan ada juga kekurangan bila menjadi penulis jemputan ini. Bila ada peluang apa salahnya mencuba dan cuba meningkatkan mutu penulisan kita di blog.

penulis jemputan
Sumber gambar : studioaksara

Bukan semua blog menawarkan penulis jemputan ini. Bergantung kepada admin blog bagi menambahkan seri penulisan yang sedia ada di blog masing-maisng. Secara logiknya, kesan daripada menjadi penulis jemputan ini kita dapat melihat respon daripada pembaca luar daripada biasa.

Maksudnya jika di blog kita sendiri, pembaca sudah biasa dengan keyword dan juga tagline penulisan kita. Bila menjadi penulis undangan sebegini, ia ada kelainan sedikit bila menulis di blog lain. Tidak ramai blogger berani hendak mencuba menjadi penulis jemputan.

Panduan Ringkas Sebagai Penulis Jemputan

Pada pendapatĀ  saya iniĀ  adalahsatu peluang yang baik , Pertama sekali ialah secara tidak langsung kita dapat membina backlink kepada blog kita sendiri dari blog yang menjemput kita menulis . Bagi sesetengah blogger backlink terlalu berharga. Begitu juga saya .

Keduanya , penulis jemputan secara tidak lansung dapat memperkenalkan atau dalam kata lain boleh mempromosikan blog sendiri di network yang baru . Jika menulis di blog yang mempunyai ramai pembaca , peluang untuk blog anda lebih dikenali lebih cepat .

Ketig , anda perlu memilih blog yang relevan dengan cara penulisan anda. Andai kata kita diberi peluang untuk menjadi penulis jemputan di blog yang mempunyai Google PageRank yang baik. Ini akan membuka dan memberi peluang kepada blog anda untuk lebih maju.

Jika tiada sekali pun , untuk permulaan apa salahnya mencuba di mana-mana blog yang memberi peluang kepada penulis jemputan .Ā  Ambil peluang ini sebagai cabaran dan ruang untuk kita .Ā  Fikirkan kebaikan .

Keempa t, perlu memilih niche penulisan yang anda fikir anda mempunyai kekuatan untuk anda menulis. Jadilah diri sendiri , walaupun menulis blog orang lain . Yakinkan pembaca akan dengan penulisan anda . Tulis dengan gaya tersendiri dan santai .

Apa Yang Tidak Perlu dari Penulis Jemputan

Selagi diberi peluang untuk menulis sebagai penulis jemputan, gunakkan sebaiknya. Saya lebih galakkan setiap kali siap membuat entry, bagi pemilik blog membaca dan mengedit sedikit. Mungkin ada baris kata-kata kita yang tidak disukai, dan tidak sesuai untuk pembaca.

Cara penulisan kita janganlah terlalu over daripada pemilik blog . Kita sebagai penulis jemputan adalah menumpang dan diberi kepercayaan untuk mempelbagaikan lagi bahan bacaan . Jangan memandai-mandai , dan minta kebenaran kita belum pasti .

Setiap kali menulis, saya galakkan hadkan hanya maksima 2 backlink sahaja untuk setiap artikel yang dibina untuk blog kita. Dan tidak perlu menulis setiap hari, ini bergantung atas permintaan pemilik blog itu sendiri.

Rebutlah peluang jika diberi ruang dan gunakan peluang sebaik-baiknya. Saya bukanlah pakar dalam tips blogging tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini. Yang mana baik kita ā€œcopyā€ dan yang tidak berapa elok kita abaikan.

(Visited 33 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. https://seuntaipuisi.blogspot.com/ says

    November 27, 2018 at 3:12 AM

    menulis banyak berikan banyak manfaat, bisa untuk kesenangan, menyalurkan hobi atau untuk mengejar materi hehe. Dengan menulis ada banyak hal yang bisa dibagikan dan itu berguna bagi sebagian orang, semangat terus untuk menulis ya, salam…

    Reply
  2. Ibu Mifzal says

    July 22, 2018 at 1:19 PM

    tak pernah jadi penulis jemputan hehe lagi pun nak menulis blog sendiri pun kadang tiada idea..huhu

    tapi bagus jg, boleh kembangkan lg bakat menuliskan .
    Ibu Mifzal recently posted…Kurus Secara SemulajadiMy Profile

    Reply
  3. anuar says

    July 10, 2018 at 6:04 PM

    Dah lama tak jadi penulis.jemputan..
    Nak tulis di blog sendiri pun tak sempat.. lagikan nak menulis di blog orang lain…
    anuar recently posted…Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri Akhir)My Profile

    Reply
  4. Sis Lin says

    July 10, 2018 at 1:49 PM

    Terima kasih infonya En Wazy …

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: ANDA MASIH TAK BERAPA MAHIR BACA AL-QURAN TAPI NAK TAHU CARA LEBIH CEPAT DAN MUDAH FAHAMI TAJWID ?
Next Post: Wordless Wednesday #27

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,495)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,173)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,521)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,411)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (867)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (766)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (501)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO