Assalamualaikum…
Sudah lama rasanya tidak berkongsi tentang tips-tips Blogging ini , jadi saya olah balik artikel dari blog lama untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan untuk rakan-rakan blogger dan pembaca setia di blog ini . Sudah tentu ramai yang pernah atau teringin menjadi penulis jemputan tidak kira di blog rakan-rakan blogger sendiir atau blog yang mempunyai niche dan pengaruhnya tersendiri bukan ? Ok , pada hari ini saya ceritakan serba sedikit tentang Penulis Jemputan . Jemput baca dan komen ye nanti š
Penulis jemputan salah satu daripada cabang kita untuk mengembangkan hubungan dan network kita dalam dunia blogging. Banyak kelebihan dan ada juga kekurangan bila menjadi penulis jemputan ini. Bila ada peluang apa salahnya mencuba dan cuba meningkatkan mutu penulisan kita di blog.
Sumber gambar : studioaksara
Bukan semua blog menawarkan penulis jemputan ini. Bergantung kepada admin blog bagi menambahkan seri penulisan yang sedia ada di blog masing-maisng. Secara logiknya, kesan daripada menjadi penulis jemputan ini kita dapat melihat respon daripada pembaca luar daripada biasa.
Maksudnya jika di blog kita sendiri, pembaca sudah biasa dengan keyword dan juga tagline penulisan kita. Bila menjadi penulis undangan sebegini, ia ada kelainan sedikit bila menulis di blog lain. Tidak ramai blogger berani hendak mencuba menjadi penulis jemputan.
Panduan Ringkas Sebagai Penulis Jemputan
Pada pendapatĀ saya iniĀ adalahsatu peluang yang baik , Pertama sekali ialah secara tidak langsung kita dapat membina backlink kepada blog kita sendiri dari blog yang menjemput kita menulis . Bagi sesetengah blogger backlink terlalu berharga. Begitu juga saya .
Keduanya , penulis jemputan secara tidak lansung dapat memperkenalkan atau dalam kata lain boleh mempromosikan blog sendiri di network yang baru . Jika menulis di blog yang mempunyai ramai pembaca , peluang untuk blog anda lebih dikenali lebih cepat .
Ketig , anda perlu memilih blog yang relevan dengan cara penulisan anda. Andai kata kita diberi peluang untuk menjadi penulis jemputan di blog yang mempunyai Google PageRank yang baik. Ini akan membuka dan memberi peluang kepada blog anda untuk lebih maju.
Jika tiada sekali pun , untuk permulaan apa salahnya mencuba di mana-mana blog yang memberi peluang kepada penulis jemputan .Ā Ambil peluang ini sebagai cabaran dan ruang untuk kita .Ā Fikirkan kebaikan .
Keempa t, perlu memilih niche penulisan yang anda fikir anda mempunyai kekuatan untuk anda menulis. Jadilah diri sendiri , walaupun menulis blog orang lain . Yakinkan pembaca akan dengan penulisan anda . Tulis dengan gaya tersendiri dan santai .
Apa Yang Tidak Perlu dari Penulis Jemputan
Selagi diberi peluang untuk menulis sebagai penulis jemputan, gunakkan sebaiknya. Saya lebih galakkan setiap kali siap membuat entry, bagi pemilik blog membaca dan mengedit sedikit. Mungkin ada baris kata-kata kita yang tidak disukai, dan tidak sesuai untuk pembaca.
Cara penulisan kita janganlah terlalu over daripada pemilik blog . Kita sebagai penulis jemputan adalah menumpang dan diberi kepercayaan untuk mempelbagaikan lagi bahan bacaan . Jangan memandai-mandai , dan minta kebenaran kita belum pasti .
Setiap kali menulis, saya galakkan hadkan hanya maksima 2 backlink sahaja untuk setiap artikel yang dibina untuk blog kita. Dan tidak perlu menulis setiap hari, ini bergantung atas permintaan pemilik blog itu sendiri.
Rebutlah peluang jika diberi ruang dan gunakan peluang sebaik-baiknya. Saya bukanlah pakar dalam tips blogging tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang tidak seberapa ini. Yang mana baik kita ācopyā dan yang tidak berapa elok kita abaikan.
https://seuntaipuisi.blogspot.com/ says
menulis banyak berikan banyak manfaat, bisa untuk kesenangan, menyalurkan hobi atau untuk mengejar materi hehe. Dengan menulis ada banyak hal yang bisa dibagikan dan itu berguna bagi sebagian orang, semangat terus untuk menulis ya, salam…
Ibu Mifzal says
tak pernah jadi penulis jemputan hehe lagi pun nak menulis blog sendiri pun kadang tiada idea..huhu
tapi bagus jg, boleh kembangkan lg bakat menuliskan .
Ibu Mifzal recently posted…Kurus Secara Semulajadi
anuar says
Dah lama tak jadi penulis.jemputan..
Nak tulis di blog sendiri pun tak sempat.. lagikan nak menulis di blog orang lain…
anuar recently posted…Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri Akhir)
Sis Lin says
Terima kasih infonya En Wazy …