• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Review Filem / Sinopsis Hantu Kak Limah

Sinopsis Hantu Kak Limah

September 2, 2018 By Wan Zawawi 2 Comments Filed Under: Review Filem

Assalamualaikum…

Pagi semalam ( Sabtu 2 September 2018 ) sempat mencuri masa untuk menonton wayang Hantu Kak Limah di MBO Kluang Mall . Rasanya memenag dah lama sangat tak luangkan masa ” Release Tension ” dengan tengok wayang ni ,. Kali terakhir menonton Abang Long fadhil 2 dan J Revolusi . Macam biasa la , ada peluang keemasan kena gunakan dengan sebaiknya , lagi pun dah ramai bercerita tentang Hantu Kak Limah ini di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter .

Sampai di Kluang Mall lebih kurang pukul 11.00 pagi , dapat la tiket untuk 11.50 pagi , mujur sempat..hehehe kalau tak terpaksa tunggu pukul 1 petang macam tu ..memang bersemnagta di dalam menyokong industri perfileman negara kita ni 🙂

Sumber gambar dari Tourism Johor

Sinopsis Hantu Kak Limah

poster hantu kak limah Sumber gambar dari Gempak

Hantu Kak Limah yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini mengisahkan tentang Husin (Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani NS) dan Yeh Sekupang (Rab Khalid) di kilang arang. Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru sahaja berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati.

Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan berumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun. Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang bernama Eton, (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang , selaku Ketua Biro Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan ( Ropie Cecupak ) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman ( Pekin Ibrahim ) sampai dari Kuala Lumpur. Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi. Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Solihin ( Zul Ariffin ) yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Namun usaha Ustaz Solihin menemui kegagalan. Mereka berlima akhirnya mengetahui bahawa roh Kak Limah yang telah mengganggu Kampung Pisang. Keesokkan harinya , jenazah Kak Limah selamat dikebumikan.

Walaupun urusan pengkebumian telah selamat, namun Yeh Sekupang masih diganggu oleh jelmaan roh Kak Limah. Hal ini membuatkan Ustaz Solihin ingin menghapuskan roh tersebut yang masih berlegar-legar di Kampung Pisang. Mereka berlima sekali lagi berusaha untuk memerangkap semula roh Kak Limah di dalam satu bulatan yang besar yang diketuai oleh Ustaz Solihin. Selang beberapa jam kemudian, roh Kak Limah berjaya diperangkap, namun begitu Ustaz Solihin sekali lagi ditewaskan oleh roh tersebut.

Akibat dari kekecohan ini, tiba-tiba ketua kawanan bagi orang-orang bunian bersama rombongannya turun ke alam manusia untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku. Roh tersebut telah disumpah menjadi rupa yang asal iaitu milik Nor Aini. Nor Aini merupakan adik kepada Eton yang jatuh cinta terhadap Khuda. Mereka berkahwin tetapi Khuda telah melanggar syarat dengan membawa Nor Aini turun ke alam manusia tanpa pengetahuan dari ayahnya sendiri. Kehidupan di alam manusia tidaklah semewah semasa dia tinggal di alam bunian.

Nor Aini menjadi tidak waras sehingga membuatkan Khuda menyoroknya ke dalam kebun. Khuda telah mencurangi isterinya. Dia berkahwin dengan Kak Limah. Ini membuatkan Nor Aini begitu marah dan membalas dendam sehingga menyebabkan Kak Limah meninggal dunia. Ayah bunian ( Mustaffa Din  atau Mus May ) telah memberi amaran kepada Husin bahawa dia juga tidak boleh berkahwin dengan Eton agar perkara sebegini tidak berlaku lagi . Rombongan orang bunian akhirnya membawa semula Noraini pulang ke pangkal jalan. Keesokkan harinya, Noraini bersama-sama tiga rakannya yang lain telah mengingkari arahan ayahnya dan turun ke alam manusia sekali lagi untuk mengganggu Husin , Wani , Khuda dan Yeh .

Senarai Pelakon Hantu Kak Limah

Pelakon Utama :

Awie sebagai Husin
Rab Khalid sebagai Yeh Sekupang
Sharwani NS sebagai Wani
TJ Isa sebagai Khuda
Delimawati sebagai Kak Limah
Zul Ariffin sebagai Solihin
Uqasha Senrose sebagai Puteri Bunian

Ropie Cecupak sebagai Nayan
Pekin Ibrahim sebagai Musalman
Jue Aziz sebagai isteri Wani
Sabri Yunus sebagai Ketua Kampung
Ziema Din sebagai Maznah
Vea Kisil sebagai Noraini

Penampilan Khas :

Mus May sebagai Ayah Bunian

Ulasan Saya Setelah Menonton Hantu Kak Limah

Apabila melihat Trailer filem ini , saya dapat rasakan ada yang lebih menarik di dalam plot serta watak-watak lakonan di dalam filem ini . Garapan idea Mamat Khalid memang terbaik spertimana filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini . Mengekalkan susasana Kampung Pisang memang menjadikan trademark filem ini lebih santai di samping membawa kisah dan semanta setiakawan dan perpaduan di antara penduduk kampung tersebut . Watak Husin ( dilakonkan oleh Awie ) , Yeh Sekupang ( yang dilakonkan oleh Rab Khalid ) , Wani ) yang dilakonkan oleh Sharwani NS ) , Nayan ( dilakonkan oleh Ropie Cecupak ) dan Khuda ( yang dilakonkan oleh Tj Isa ) sentiasa mencuit hati dan membuatkan satu pawagam ketawa terbahak-bahak melihat aksi lucu dan spontan mereka .

Jalan cerita pun tidak membosankan para penonton yang menonton Hantu Kak Limah Ini , walaupun ada beberapa adegan cemas dan suspen yang mampu membuat para penonton terkejut tetapi masih mengekalkan elemen lawak dan mencuit hati . Penampilan khas Mus May amat dinanti-nantikan oleh semua penonton kerana beliau berduet dengan Hussin menyanyikan lagu tema filem ini yang bertajuk Srikandi Cintaku .

Saya sertakan sekali lirik lagu tersebut kerana ia agak menarik 🙂

Srikandi Cintaku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku

Secara keseluruhan saya memberi 10 bintang untuk filem Hantu Kak Limah . Kepada pembaca setia dan rakan-rakan blogger yang masih belum menonton filem ini , cepat-cepatlah ke pawagam berhampiran untuk menontonnya nanti 🙂

(Visited 464 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Hernee Nazir says

    September 4, 2018 at 3:40 PM

    tak tengok lagi..ada kata best..tak kurang kata biasa2 je..

    Reply
    • Wan Zawawi says

      September 11, 2018 at 11:26 PM

      Wajib tengok ni kak
      baru boleh review best atau tak..hehehe

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Salam Aidil Adha 1439 Hijrah 2018
Next Post: JANGAN KETINGGALAN UNTUK REBUT PROMOSI DI MATTA FAIR DAN TRAVELOKA SALE-ABRATION

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,166)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,404)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO