• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Motivasi / Sikap Adalah Segalanya!

Sikap Adalah Segalanya!

October 10, 2018 By Wan Zawawi 3 Comments Filed Under: Motivasi

Assalamualaikum…

Mengapa terdapat sebahagian orangyang berjaya dalam kehidupan peribadi,keluarga dan dalam kareer tetapi ada yang tidak ? Terdapat juga orang yang berjuang untuk hidup dan hidup susah walaupun telah berusaha; mereka tidak mendapat hasil yang sama dengan orang yang berjaya. Namun, semua orang mempunyaikuasa untuk menyedari potensi diri dan menukarkan kesediaan dan kemampuan ke dalam tindakan danmencapai hasil yang baik, hasil adalah berbeza. Apa yang membezakan kelainan ini adalah sikap seseorang; cara seseorang itu berfikir dan merasai. Encyclopedia Britannica mendefinisikansikap sebagai “ Sebuah posisi mental yang berkaitan dengan fakta atau kenyataan; perasaan atau emosi terhadap sebuah fakta atau kenyataan.”

attitudeSumber gambar dari http://davidschristiancentre.org

Mengikut kajian Hogg & Vaughan (2005, p150), ” Sikap adalah berkaitan dengankeyakinan, perasaan, dan kecenderungan perilaku sosial benda-benda yang bermakna, kelompok,peristiwa atau simbol. ” Dalam erti perkataan lain, sikap adalah cara bagaimana kita merasai dan berfikir tentang orang, benda danperistiwa, dalam tahap setuju atau tidak bersetuju, dan adalah pengawal perilaku terhadap aspek-aspek ini. Walaupun sikap adalah pengawal perilaku kita, ia bukanlah segala yang kita perlukanuntuk mempertahankan kejayaan,
penghormatan, kareer dan kehidupan peribadi. Ramai yang percaya sikap adalah segalanya; sebenarnya tidak. Sikap positif tidak akan menjadi pengganti keyakinan diri, imej diri, kemampuan,pengalaman atau kemahiran kita. Walau seberapa sikap positif kita, ia tidak akan mengubah fakta, situasi dan peristiwa yang ada di sekeliling kita. Sikap bukanlah segalanya tetapi ia adalah pembuat utama perbezaan. Iaadalah satunya yang membuat kelainan dalam keputusan dan hasil dalam apayang kita lakukan . Sikap positif akan menolong kita melakukan tugasan lebih baik dari sikap negatif dan membawahasil yang lebih baik. Sikap negatif
membatalkan semua kemahiran yangdipunyai oleh seseorang. Seseorang mungkin akan memberikomen bahawa tidak kira sikap positif atau negatif, kita tidak bolehmengubahnya; ianya dalam gen dan kita dilahirkan dengan sikap yang begitu. Sebenarnya kita tidak dilahirkan dengan sikap yang sedia ada.

Sikap kita dibentuk dan diperolehi dari apa yang kita ketahui dan dari proses bagaimana kita mengetahui sesuatu. Ia dibentuk dari pengaruh faktor luarandan dalaman . Faktor dalaman adalah cara kita berfikir, perasaan, falsafah, bagaimana melihat diri sendiri,pengalaman dan pilihan kita. Faktorluaran pula adalah pendidikan,persekitaran , keluarga , sekolah , rakan-rakan , media dan segala yang ada di sekeliling kita.Faktor-faktor ini mengawal maklumat yang dihantar ke minda kita . Maklumat dan data yang kita terima – input –mengawal fikiran kita, dan akan membentuk sikap, yang kan mengawal perilaku, respon dan tindakbalas
terhadap orang lain, perkara danperistiwa – output. Sikap positif memberikan impak yang besar dalam hidup, dan ia akan sentiasa membuahkan hasil yang lumayan . Walau bagaimanapun , pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin kejayaan. Pemikiran positif dan sikappositif ditambah dengan usaha akanmeningkatkan kemungkinan untuk berjaya. Dalam hal in i, Shiv Khera , perundingdan penceramah motivasi menyatakan Mohammad Ali sebagai satu contoh . Apabila Mohammad Ali memasuki gelanggang, dia akan melaung dengan kuat, “ Saya yang terunggu l. Saya adalah juar a” mempercayai dia akan menjadi pemenang . Namun , dia bukan menang hanya dengan laungan kata-kata itu. Dia bukannya melaung kata-kata itu sambil minum minuman dan menonton televisyen . Dia melaung kata-kata itu semasa dia menumbuk karung guni dan berlatih , menyediakan diri untuk pertandingan .

Pencapaian kejayaan datangnya darimemenangi sikap positif dan usaha bukannya dari pemikiran berharap.
Terdapat perbezaan yang besar antara sikap “ Saya akan cuba buat yangterbaik” dengan sikap “Saya akan”. Mike Tyson dan Mike Spinks pernah ditemuramah sebelum pertandinganjuara akhir. Spinks mengatakan, “Saya akan cuba buat yang terbaik ”, Tyson pula mengatakan , “ Saya tidak  boleh kalah , ” dan kita mengetahui siapa yang pemenangnya. Kebaikan sikap adalah ia ialah satu pilihan . Semua orang boleh mempunyai mental sikap positif terhadap orang lain  ,benda , perkara dan situasi . Perkara yang berlaku ke atas kita hanya
mengawal 10% daripada hasil yang dikecapi , yang selebih 90% adalah dikawal oleh cara kita bertindak balas
dan respon kepada apa yang berlaku kepada kita . Adalah diterima umum dalam kalangan ahli psikologi bahawa kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku ke atas kita, tetapi kita boleh mengawal sikap kita terhadap apa yang berlaku ke atas kita; dengan berbuat demikian akan menolong kita menguasai perubahan
daripada membiarkan perubahan yang menguasai kita. Dalam mengubah sikap, kita perlu mengubah cara kita berfikir. Kita mampu mencapainya dengan mengubah maklumat yang dihantar ke minda setiaphari. Ia boleh disempurnakan dengan membaca buku ilmiah , perkara yang kita lihat dan amati dan yang paling penting
adalah orang yang kita bergaul.

Sumber gambar dari http://www.bootstrapping101.com

Terdapat satu ungkapan psikologi baruyang dipanggil “penyakit perhubungan”. Terdapat segolongan orang yang negatif dan akan selalu meracuni pemikiran kita, membuat kita berasa murung dan mempengaruhi kita ke arah kegagalan. Mark Twain mengatakan, “ Jauhi diri dari orang kerdil yang memandang rendah terhadap cita-cita anda. Orang kerdil selalu buat begitu, tetapi anda patut berbangga dengan diri kerana anda juga mampu menjadi seseorang yang unggul .” Hasil dari satu penyelidikan secara besar-besaran oleh David McClelland , professor psikologi di Universiti Harvard , yang dikenali di peringkat antarabangsa atas kepakaran beliau dalam memotivasikan manusia , keusahawanan , yang pernah menjalankan penyelidikan selama 57 tahun , mendapati bahawa, “ walau sebanyak mana pun seseorang itu menerima latihan sikap , sikap seseorang kebanyakannya adalah ditentukan dengan pergaulan orang-orang di sekelilingnya. ” Bagaimana kita berfikir, mempercayai , cara kita melihat dunia , dan menyalurkan maklumat ke minda mempunyai impak besar terhadap sikap kita . Sebarang maklumat yang disalurkan ke minda akan menjadi sebahagian diri seseorang. Sebagai contoh, sekiranya seseorang dilahirkan di Malaysia, tetapi tinggal dan dibesarkan di England, bertutur BahasaInggeris and mengamalkan budaya barat, seseorang itu akan berfikir dan berlakuan seperti orang barat bukannya seperti orang Malaysia .

Dengan sentiasa menyalurkan maklumat yang sebenarnya ke minda membolehkan kita membentuk tabiat pemikiran positif. Jika kita amalkan pemikiran positif (optimis) , kita akan berkelakuan positif dan menerima hasil positif. Jika kita amalkan pemikiran negatif (pesimis) , kita akan berkelakuan negatif dan akan menerima hasil yang tidak menggalakkan. Dr. Walter Staples mengatakan orang yang optimistik adalah orang yang meningini kehidupan yang terbaik, melihat segala hal dari sudut kebaikan, menyedari bahawa dari kesusahan juga akan memperolehi sesuatu kebaikan . Beliau juga mengatakan orang yang pesimis adalah orang yang menjangkakan yang paling teruk dalam kehidupan dengan memfokuskan 10% tentang yang salah dan melupakan bahawa terdapat 90% yang betul. Orang yang pesimis mengatakan, “ Saya akan mempercayai apabila saya nampak ”. Orang yang optimistik mengatakan, “ Saya akan nampak apabila saya mempercayai.” Orang yang optimistik cepat bertindak ; Orang yang pesimis akan duduk dab berehat panjang walaupun dia mengetahui perjalanannya masih jauh . Sesiapa yang mempunyai sikap negatif perlu berubah sekiranya mereka ingin bertindak terhadap kehidupan mereka . Jika tidak mereka akan membiarkan kehidupan dan penderitaan hidup bertindak ke atas mereka. Dengan berubah kepada sikap positif , kita berkeupaya mengubah hidup kita. Jika kita tidak suka dengan hasilnya kita boleh mengubahnya dengan bertukar input . Jika anda tidak menyuka keadaan anda sekarang, anda tidak dapat berkembang jauh dengan sikap yang sama, anda perlu berubah. Apa yang terjadi atas diri anda adalah pilihan anda sendiri . Anda boleh memilih untuk ke arah kegagalan dengan mengamalkan pemikiran dan sikap negatif, atau anda boleh memilih menanam benih yang akan membuahkan hasil lumayan, mencapai matlamat hidup dan berkemungkinan mencipta sejarah.

Sumber : https://www.aliqassem.com

(Visited 36 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. cik tom says

    November 13, 2018 at 11:34 AM

    nak dapat aura positif..berkawan la dgn kekwan yg penuh dgn aura positif..
    cik tom recently posted…Susu Apa Yang Terbaik dan Penuh Khasiat?My Profile

    Reply
  2. Nona says

    October 19, 2018 at 11:49 PM

    Semoga dipermudah segala niat baik………..bangkit dan terus maju !

    Semoga murah rezeki jugak yaaa ~

    Reply
  3. Mar Mansor says

    October 15, 2018 at 8:20 AM

    kalau semua orang baik mesti persekitaran pun baik. semuanya dengan izinNya. walau positif macamana, usaha macamana kalau tanpa izinNya, tidak kita berjaya.

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #30
Next Post: Usahawan Cuckoo – Kata Orang

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,513)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,251)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,555)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,446)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (873)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (783)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (646)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (629)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (569)
  • Demi Sesuap Nasi (534)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO