Isi Kandungan
Sama seperti platform membeli-belah dalam talian lain , ezbuy ( dahulunya dikenali sebagai 65daigou ) tidak ketinggalan memberikan kualiti dan yang terbaik dan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggannya . Antara perkhidmatan yang memberikan banyak manfaat kepada pelanggan seperti PRIME MEMBER SERVICE , Buy For Me dan banyak lagi untuk para pelanggannya . Manakala bagi perkhidmatan penghantaran pula menawarkan harga terendah berbanding dari mana-mana platform membeli-belah dalam talian yang lain .
ezbuy juga meringankan beban masa dan wang kerana tidak perlu ke kedai , pasar raya dan pusat aksesori telekomunikasi . ia ternyata menjimatkan dari segi kos minyak kereta dan bayaran “ Parking “ meletak kereta di pasar raya terkemuka . Ia adalah standing dengan peredaran zaman di mana pada masa kini tramai pengguna memiliki telefon pintar , komputer peribadi , laptop dan sambungan internet. Jadi secara tidak langsung , aktiviti membeli-belah hanya dilakukan di hujung jari sahaja dan amat mudah .
Sedikit Informasi mengenai ezbuy
Buat pengetahuan semua , ezbuy telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan dahulunya dikenali sebagai 65daigou. Penjenamaan semula kepada nama ezbuy dibuat pada tahun 2016 sebagai sebuah syarikat tempatan yang menyediakan platform membeli-belah antarabangsa bagi pelanggan mendapatkan barangan berkualiti dari negara luar. Buat masa ini , ezbuy mengkhususkan jualan barangan dari China , Taiwan , USA , Korea dan juga dari Malaysia sendiri . Terdapat pelbagai barangan jualan seperti pakaian wanita, pakaian lelaki, kasut, beg dan aksesori , produk kecantikan dan kesihatan , peralatan rumah dan dapur dan sebagainya . Perkara yang menjadi persoalan, bila membeli barangan yang besar dan jauh ialah kos penghantaran antarabangsa (international shipping) . Oleh itu, ezbuy telah memperkenalkan perkhidmatan PRIME ( PRIME service ) buat pelanggan mereka .
Keahlian Prime ( PRIME Membership )
Prime adalah program keahlian yang memudahkan pengguna berbelanja pelbagai jenis barangan dengan banyak tanpa perlu bimbang tentang kos penghantaran tanpa mengira saiz , berat atau kuantiti . Keahlian Prime menawarkan kos penghantaran tanpa had pada harga serendah RM8.80 . Ini menjadikan ianya teramat murah bukan ? Untuk mendapat keistimewaan ini , pelanggan perlulah mendaftar untuk keahlian Prime dan membeli barangan yang ditawarkan di dalam Prime List ( klik pada tab Prime Wishlist di status bar). Buat masa ini terdapat lebih dari 4 juta barangan di dalam list tersebut .
Di ezbuy , terdapat 3 jenis Keahlian PRIME ( PRIME Membership ) iaitu :
1) TRIAL : 5 Hari untuk RM 18.80
2) LITE : Selama 6 Bulan RM 99.00 ( Bersamaan RM 16.50 sebulan )
3) ANNUAL : Selama setahu ( 12 Bulan ) RM 188.00 ( Bersamaan RM 15.67 sebulan )
Di sini saya sertakan serba sedikt tentang cara mendaftar Keahlian PRIME ( PRIME Membership )
Cara daftar Keahlian PRIME ( PRIME Membership )
1) Pergi ke laman https://ezbuy.my dan klik pada ‘ PRIME ‘.
2) Mendaftar untuk perkhidmatan Prime pilihan ( Trial , Lite , Annual ).
3) Pilih barangan yang ingin dibeli di Prime Collections .
4) Terdapat 2 pilihan sama ada ezbuy dan prime. Klik pada Prime .
5) Add to cart dan boleh buat bayaran.
Kelebihan Keahlian PRIME ( PRIME Membership )
1. PRIME RM 188.00 Penghantaran antarabangsa tanpa had
Keahlian PRIME ( PRIME Membership ) dapat menikmati dengan harga RM 8.80 melalui penghantaran antarabangsa tanpa had. Ia juga tidak mengira kuantiti jumlah , berat atau saiz item , jumlah kos penghantaran antarabangsa adalah RM 8.80 bersih untuk setiap “ Checkout “ untuk barangan PRIME yang tersenarai . Jadi di sini , tiada had atau batasan mengenai sebanyak berapa barang yang boleh anda lihat dan beli pada satu masa.
2. Pengecualian Bayaran Ejen ( Zero Agent Fee )
Keahlian PRIME ( PRIME Membership ) boleh menikmati 0 yuran ejen dan membeli-belah 24/7 tanpa gangguan dari pihak ejen . Untuk Pemprosesan dan pemeriksaan pesanan ,” repacking “, dan lain-lain masih dilaksanakan oleh pihak ezbuy untuk keahlian PRIME dan semua perkhidmatan ini kini pada kos sifar .
3. Insuran percuma sehingga RM2000
Ahli PRIME boleh menikmati insurans percuma kepada setiap bungkusan untuk melindungi insiden yang tidak disengajakan seperti kerugian sampingan , kerosakan atau isu produk yang disenaraikan dalam liputan pemeriksaan . Pampasan ini mengikuti dasar yang sama seperti Buy For Me .
4. Pekhidmatan sokongan Chat Support
Bagi memudahkan sebarang pertanyaan tentang pembelian produk atau barangan yang tersenarai , para pelanggan juga boleh terus ke Chat Support . Ini adalah untuk memudahkan proses pembelian dari pihak pelanggan bertanya terus kebahagian Chat Support .
Daftar akaun ezbuy secara percuma
Untuk pengguna atau pembeli yang baru , bolehlah terus mendaftar di laman web ezbuy secara percuma di sini . Pastikan juga anda mempunyai email dan nombor telefon bimbit yang sah kerana One Time Password akan dihantar ke nombor talian bimbit yang didaftar . Masukkan OTP dan klik Register. Semasa proses pendaftaran ini , saya buat pendaftaran melalui komputer desktop. Pengguna juga boleh mendaftar melalui ezbuy apps (muat turun di Google Play dan Aps Store).
Anda akan menerima baucar tunai RM15 eksklusif bersama dengan tambahan 15% diskaun bayaran penghantaran semasa pendaftaran apabila anda mendaftar akaun ezbuy percuma melalui pautan ini . Jadi , Jikalau anda bukan ahli ezbuy , anda hanya perlu lakukan pendaftaran di sini dan tunggu untuk menerima baucar anda dalam akaun anda.
12.12 YEAR -END-SALE
Berita baik untuk semua pemilik akaun baru dan lama di ezbuy , pihak ezbuy akan membuat promosi pembelian sempena hujung tahu melalui kempen 12.12 YEAR -END-SALE . Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan diskaun menarik .
Untuk maklumat lanjut sila ke https://ezbuy.my
Elih Japahar says
Dah ada membership pulak dah…tapi nak try juga ni, banyak pula kelebihannya..
Elih Japahar recently posted…Cara Buat Bisnes Dropship Di Shopee Malaysia
Azhafizah says
Sangat menarik shopping di ezbuy dan banyak faedahnya kalau jadi membership