Assalamualaikum…
Setiap manusia pasti akan merasai sakit. Ini adalah kerana , sakit adalah ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya tidak kira bangsa , jantina , usia , pangkat dan kekayaan . Sakit juga adalah musibah yang menimpa seseorang mukmin dan mengandungi hikmah kerahmatan kepada hamba-hamba-Nya . Allah akan memberikan ujian dan musibah kerana tahu bahawa hamba-Nya seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi setiap cubaan.
Sama juga seperti saya , Demam sejak dua hari lepas..hmm..mungkin bebanan kerja terlebih berat …tu yang terus demam . Mahu atau tidak , terpaka lah mengambil cuti untuk berehat . Selain demam kena pula batuk-batuk dan sakit tekak , selsema serta pening kepala..kiranya satu pakej yang lengkap . Terpaksa lupakan tumpuan terhadap kerja dan berehat sahaja di rumah sehingga sembuh . Dapat juga la ke klinik pada Jumaat yang terakhir di dalam tahun 2018 ini .
Boleh tahan juga la bila dapat ubat untuk demam , cairkan kahak , ubat batuk dan antibiotik . Semoga diriku cepat sembuh…Amin…
Hikmah sesuatu penyakit amatlah besar . Apabila kita sebagai hamba diuji dengan sesuatu penyakit , hendaklah kita berusaha untuk berubat dan setelah itu kita haruslah bersabar dan reda dengan setiap perkara yang berlaku dalam hidup.
Oleh itu , sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita perlulah mendalami agama itu sendiri, bukan dengan hanya nama yang diberikan bahkan perlunya mempelajari Islam dengan lebih mendalam.
Justeru itu , kita sebagai hamba-Nya haruslah senantiasa bersangka baik walau dalam apa jua keadaan. Janganlah kita sebagai manusia merasakan sakit itu adalah sesuatu malapetaka kerana kita harus percaya bahawa setiap yang berlaku ke atas diri terselit hikmah besar yang kita sendiri tidak ketahui.
Akhir kata , mohon rakan-rakan seperjuangan doakan agar saya kembali sihat seperti sedia kala dan dapat menumpukan kerja-kerja yang tertinggal nanti..Amin
mia liana says
moga cepat sembuh wazy…
mia liana recently posted…Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com
Nona says
Semoga sembuhhh segera okayy !
Paling x best kalau sakit hati..hahaa..
Sis Lin says
Moga cepat sihat Wazy..
Betul sangat, bila sakit kita banyak muhasabah..mungkin ada silapnya kita, jadi Allah turunkan sakit supaya kita lebih dekat dengannya..
Cik puan ena says
Semoga cepat sembuh. Teringat dulu mak selalu nasihat positif pesan jangan mengeluh, tuhan nak bagi kita rehat tu.
Cik puan ena recently posted…Muar Cultural Walk | Tarikan baru Street Art