Assalamualaikum…
Alhamdulillah…..Syukur masih dipanjangkan umur bertemu di Tahun baru 2019 . Selamat Datang 2019 dan Selamat Tinggal juga di ucapkan kepada tahun 2018 yang mencipta kenangan pahit dan manis yang akan sentiasa menjadi ingatan di dalam diri setiap insan bernama manusia .
In Shaa Allah… dengan kedatangan tahun baru 2019 ini akan menjadi pendorong untuk kita bekerja dengan lebih keras demi mencapai azam serta cita-cita yang diidamkan pada setiap tahun yang mendatang dengan lebih bersemangat , istiqamah dan lebih komited di dalam melakukan setiap perkara…Amin .
Sumber Gambar dari : http://newyearimages-2019.blogspot.com/2018/09/happy-new-year-2019-images.html
Azam Pada Tahun 2019
Setiap kedatangan Tahun Baru , seperti biasa masing-masing akan mula sematkan azam di dalam diri untuk menjadikan ianya kenyataan . Sama seprti insan-insan yang lain , saya juga mempunyai azam tetapi bukanlah azam terbaru…hehehe nampak gaya terpaksa juga ” Forward ” azam dari tahun lepas 🙂 . Tak salah bukan ? hehehe biasal la bila sesuatu yang kita impikan tu masih belum lagi tercapai , jadi saya gunakan je azam dari tahun lepas tu .
Jadi azam untuk tahun ini adalah ingin bekerja dengan lebih keras dan istiqamah serta menumpukan keutamaan di dalam keluarga . maklumlah sebagai anak sulung ini tanggungjawab amat besar ( Mereka yang bergelar anak sulung sahaja yang akan faham situasi seperti ini ) . Umur pula dah masuk 35 ..wauuu macam tak percaya pula kan ? Hahahaha mesti dah ramai yang sudah siap sedia nak bertanya ” Soalan Cepu Emas ” ” Bila Nak Kahwin ? “…Hanya mampu senyum je la …Bukannya apa , ramai yang suka membahan dari bertanya …Dari mata sesetengah ( ye sesetengah pandai memberi maksud tersurat dan tersirat sambilmengata dan membahan..ala itu sudah biasa 🙂 )
Hina sangat ke orang yang belum kahwin ini ? Korang yang masih belum berkahwin mesti rasa macam ini juga kan ? Jadi apa reaksi orang ? Kalau sudi berkongsi , bolehlah tlis di ruangan komen 🙂 . Kalau nak jawapan paling simple ..Jawab je la ” Kalu tak Jumaat ..Sabtu la Aku kahwin , tapi tahun belum tentu bila..” Mesti terus terkedu punya la …
Ok sudah-sudah …macam kelakar pun ada bila bercerita bab kahwin ni. Kepada semua pembaca setia terutama rakan-rakan blogger yang selalu singgah baca dan tinggalkan komen di blog ini , saya ucapkan jutaan terima kasih kerana terus menyokong kerjaya saya sebagai blogger kerana tanpa anda semua blog saya ini mungkin menyepi terlalu lama .
Akhir kata , Saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019 kepada semua yang mengenali diri ini . Semoga dengan kedatangan tahun 2019 akan membawa seribu makna dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan …Amin…
maszull says
assalamualaikum wazy…semoga akan terus berjaya dgn azam yg baru utk tahun ni yer…
maszull says
assalamualaikum wazy…semoga dipermudahkan urusan dan azam tahun baru ni yer…
Ikhwan says
Selamat tahun baru 2019
Sis Lin says
Selamat Tahun Baru 2019 Wazy …
Moga tercapai semua impian Wazy ..
Ima says
Jika saya disoal bila nak kawen.jawabnye Belum nampak bulanla ?
etuza says
Teruskan berkarya tuan..salam kenal..