Assalamualaikum…
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga .Dengan ini , Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung . Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga , ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan , bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan .
Sumber gambar dari Google
Berikut saya sertakan beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh , jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci , kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat , semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat .
KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai , Perhatikan di bahagian tepi tayar . Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar . Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan . Mengikut piawaian tayar antarabangsa , ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
KETIGA
Mengenai saiz , cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar . Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm , ketebalan ( dari rim ke permukana jalan ) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci . Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar .
KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import . Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik , jangka hayatnya lebih pendek .
KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan . Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang . Boleh lihat contoh di artikel ini .
KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah , ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang .
Kredit : Tips Penjagaan Kereta
Sis Lin says
Info dan tips berguna buat semua..
Makaseh Wazy …