• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Coretan Harian / Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

Jalan-Jalan Cari Kurta @ Aisy Asyraf , Plaza Angsana , Johor Bahru

May 4, 2019 By Wan Zawawi 5 Comments Filed Under: Coretan Harian

Assalamualaikum…

Sebenarnya memang tidak rancang pun untuk berjalan ke Angsana Mall Johor bahru kelmarin , memandangkan ada masa terluang  dan perasaan ” Excited ” tu muncul secara tiba-tiba sebab memang terlalu lama sangat tak ke sana . Kebetulan juga , di Angsana Mall ada Jualan Pra Ramadhan sampai rasa tidak sabar rasanya untuk menyambut Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi .

Sampai je di Angsana Mall tu dalam pukul 1.30 petang  sebab keadaan jalan menuju ke Angsana Mall dari Simpang Renggam boleh dikatakan agak sesak walaupun pada hari cuti . Memang mencabar bila tersekat di dalam kesesakkan lalulintas yang panjang . Pusing punya pusing tertarik dengan satu nama butik ni iaitu Aisy Asyraf .

Lokasi Butik Aisy Asyraf ini berada di Aras 3 , Bangunan Angsana JB Mall , jadi memang strategik juga kedudukan butik ini dan senang dijumpa oleh semua pelanggan dari Johor dan Singapura . Suasana dan susun atur butik ini jug teramat kemas dan cantik . Memang datang mood untuk menyinggah serta memilih koleksi-koleksi kurta yang ada . Ok jom sama-sama kita cuci mata dan pilih kurta yang berkenan di hati nanti 🙂

Kurta kanda ni nampak menarik juga

Antara koleksi Kurta Asqalani yang ada di butik Aisy Asyraf

Warna hitam ni nampak elegan , Kurta Rafael dan Kurta Kasih

Ini antara salah satu kurta yang menarik iaitu Kurta Kufi

Kurta Khan yang simple

j

Unik juga nama Kurta Nabeela ini

Sesi Mencuba Kurta Rindu Premium dan Kurta Rindu Printed

Setelah puas belek satu persatu kurta-kurta yang serba cantik ini , saya akhirnya tertariklah dengan Kurta Rindu Premium dan juga Kurta Rindu Printed .

Kurta Rindu Premium

Untuk Kurta Rindu premium ini , rekaannya amat kemas dan menarik iaitu dengan rekaan lengan 3/4 , leher bulat dengan lapisan kain ( atau lebih dikenali sebagai teluk belanga )  , disertakan butang yang cantik dan kemas , Logo Aisy Asyraf bersulam di bahagian atas kiri .  Apabila mencuba Kurta Premium ini rasa teramat selesa sekali kerana ia terdiri daripada fabrik kapas yang berkualiti tinggi . Selain itu , ia juga muah di cuci dengan mesin basuh atau tangan . 

Ok , ini saya sertakan sekali gambar apabila sesi mencuba Kurta Rindu Premium tersebut . Amacam ? Smart tak ? 🙂

Taaadaaa… ini lagi satu gambar , hehehe posing maut kejap katanya 🙂

Kurta Rindu Printed

Untuk Kurta Rindu Printed pula , rekaannya sama seperti Kurta Rindu premium tetapi ia mempunyai corak yang nampak lebih elegan dan cantik .  Kurta Rindu Printed ini didatangkan dengan rekaan  lengan 3/4 . Jadi ianya amat sesuai untuk digayakan untuk suasana majlis atau jamuan ketika Hari Raya atau melawat sahabat handai . Ia juga didatangkan dengan rekaan Garis leher bulat dengan lapisan kain atau lebih dikenali sebagai Teluk Belanga . Terdapat Logo Aisy Asyraf bersulam di bahagian atas kiri . Antara bahan-bahan untuk kurta ini adalah fabrik bercetak dan teridi daripada tekstur kapas yang menjanjikan sipemakainya berasa amat selesa dan sejuk apabila memakainya nanti . Penjagaannya pula amat mudah dan mesra cucian mesin basuh dan cucian tangan . Kurta ini mempunyai rekaan Slim Fit .

Ok….jom lihat gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa sesi mencuba Kurta Rindu printed ini 🙂

Smart kan ? 🙂

Ok ini pula gambar penuh Kurta Rindu Printed

Ok kali ini cuba warna biru pula , smart juga warna ini

Ok ini gambar penuh Kurta Rindu printed dari depan

Setelah hampir 45 minit membelek-belek semua kurta yang ada di dalam Butik Aisy Asyraf ini , saya teruja sekali apabila dapat memilih yang berkenan di hati…Jutaan terima kasih kepada staff yang bertugas kelamarin kerana sanggup melayan kerenah saya yang agak cerewet terutamanya apabila di dalam pemilihan kurta idalam di hati saya .

Kepada rakan-rakan yang ingin membeli kurta , bolehlah segera singgah ke Butik Aisy Asyraf yang berada di Angsana Mall Johor Bahru ini nanti .

Aisy Asyraf  By Imam Muda Asyraf

Alamat butik :       L3.19, Aras 3 , Bangunan Angsana JB Mall ,

Pusat bandar Tampoi ,

81200 Johor Bahru .

Laman Web :       www.aisyasyraf.net

Instagram  :        https://www.instagram.com/aisyasyrafjb/

Facebook  :        www.facebook.com/butikaisyasyraf/

Whatsapp  :      www.wasap.my/60177909869

(Visited 138 times, 1 visits today)

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. defakhairy says

    May 16, 2019 at 3:01 PM

    macam dah dekat Idul Fitri

    Reply
  2. nikkhazami says

    May 6, 2019 at 12:28 PM

    banyak yang jual kurta sekarang kan? banyak permintaan.
    nikkhazami recently posted…Ulasan Filem Avengers EndgameMy Profile

    Reply
  3. Faradidi says

    May 6, 2019 at 3:34 AM

    awalnyaaa dah cari baju rayaaa
    Faradidi recently posted…Buffet Ramadan ‘Spices Of Nusantara’ di Legoland Malaysia!My Profile

    Reply
  4. farahain zfa says

    May 4, 2019 at 11:22 PM

    ohhh..dekatt angsana ehkk..nanti nakk singgah lerr..nak beli sehelai untuk boyfriend… ehh…

    Reply
  5. Cik puan ena says

    May 4, 2019 at 6:37 PM

    Aritu singgah angsana tak sempat nk ke butik ni. Next time nk prgi tengok lah.
    Cik puan ena recently posted…Grand Opening MBH Skin Expert Muar cawangan ke – 19My Profile

    Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Wordless Wednesday #38
Next Post: Selamat Menyambut Ramadan 2019 1440 Hijrah

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,520)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,331)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,596)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,484)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (881)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (796)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (666)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (637)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (576)
  • Demi Sesuap Nasi (542)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO