Assalamualaikum…
Sebenarnya memang tidak rancang pun untuk berjalan ke Angsana Mall Johor bahru kelmarin , memandangkan ada masa terluang dan perasaan ” Excited ” tu muncul secara tiba-tiba sebab memang terlalu lama sangat tak ke sana . Kebetulan juga , di Angsana Mall ada Jualan Pra Ramadhan sampai rasa tidak sabar rasanya untuk menyambut Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi .
Sampai je di Angsana Mall tu dalam pukul 1.30 petang sebab keadaan jalan menuju ke Angsana Mall dari Simpang Renggam boleh dikatakan agak sesak walaupun pada hari cuti . Memang mencabar bila tersekat di dalam kesesakkan lalulintas yang panjang . Pusing punya pusing tertarik dengan satu nama butik ni iaitu Aisy Asyraf .
Lokasi Butik Aisy Asyraf ini berada di Aras 3 , Bangunan Angsana JB Mall , jadi memang strategik juga kedudukan butik ini dan senang dijumpa oleh semua pelanggan dari Johor dan Singapura . Suasana dan susun atur butik ini jug teramat kemas dan cantik . Memang datang mood untuk menyinggah serta memilih koleksi-koleksi kurta yang ada . Ok jom sama-sama kita cuci mata dan pilih kurta yang berkenan di hati nanti 🙂
Kurta kanda ni nampak menarik juga
Antara koleksi Kurta Asqalani yang ada di butik Aisy Asyraf
Warna hitam ni nampak elegan , Kurta Rafael dan Kurta Kasih
Ini antara salah satu kurta yang menarik iaitu Kurta Kufi
Kurta Khan yang simple
j
Unik juga nama Kurta Nabeela ini
Sesi Mencuba Kurta Rindu Premium dan Kurta Rindu Printed
Setelah puas belek satu persatu kurta-kurta yang serba cantik ini , saya akhirnya tertariklah dengan Kurta Rindu Premium dan juga Kurta Rindu Printed .
Kurta Rindu Premium
Untuk Kurta Rindu premium ini , rekaannya amat kemas dan menarik iaitu dengan rekaan lengan 3/4 , leher bulat dengan lapisan kain ( atau lebih dikenali sebagai teluk belanga ) , disertakan butang yang cantik dan kemas , Logo Aisy Asyraf bersulam di bahagian atas kiri . Apabila mencuba Kurta Premium ini rasa teramat selesa sekali kerana ia terdiri daripada fabrik kapas yang berkualiti tinggi . Selain itu , ia juga muah di cuci dengan mesin basuh atau tangan .
Ok , ini saya sertakan sekali gambar apabila sesi mencuba Kurta Rindu Premium tersebut . Amacam ? Smart tak ? 🙂
Taaadaaa… ini lagi satu gambar , hehehe posing maut kejap katanya 🙂
Kurta Rindu Printed
Untuk Kurta Rindu Printed pula , rekaannya sama seperti Kurta Rindu premium tetapi ia mempunyai corak yang nampak lebih elegan dan cantik . Kurta Rindu Printed ini didatangkan dengan rekaan lengan 3/4 . Jadi ianya amat sesuai untuk digayakan untuk suasana majlis atau jamuan ketika Hari Raya atau melawat sahabat handai . Ia juga didatangkan dengan rekaan Garis leher bulat dengan lapisan kain atau lebih dikenali sebagai Teluk Belanga . Terdapat Logo Aisy Asyraf bersulam di bahagian atas kiri . Antara bahan-bahan untuk kurta ini adalah fabrik bercetak dan teridi daripada tekstur kapas yang menjanjikan sipemakainya berasa amat selesa dan sejuk apabila memakainya nanti . Penjagaannya pula amat mudah dan mesra cucian mesin basuh dan cucian tangan . Kurta ini mempunyai rekaan Slim Fit .
Ok….jom lihat gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa sesi mencuba Kurta Rindu printed ini 🙂
Smart kan ? 🙂
Ok ini pula gambar penuh Kurta Rindu Printed
Ok kali ini cuba warna biru pula , smart juga warna ini
Ok ini gambar penuh Kurta Rindu printed dari depan
Setelah hampir 45 minit membelek-belek semua kurta yang ada di dalam Butik Aisy Asyraf ini , saya teruja sekali apabila dapat memilih yang berkenan di hati…Jutaan terima kasih kepada staff yang bertugas kelamarin kerana sanggup melayan kerenah saya yang agak cerewet terutamanya apabila di dalam pemilihan kurta idalam di hati saya .
Kepada rakan-rakan yang ingin membeli kurta , bolehlah segera singgah ke Butik Aisy Asyraf yang berada di Angsana Mall Johor Bahru ini nanti .
Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf
Alamat butik : L3.19, Aras 3 , Bangunan Angsana JB Mall ,
Pusat bandar Tampoi ,
81200 Johor Bahru .
Laman Web : www.aisyasyraf.net
Instagram : https://www.instagram.com/aisyasyrafjb/
Facebook : www.facebook.com/butikaisyasyraf/
Whatsapp : www.wasap.my/60177909869
defakhairy says
macam dah dekat Idul Fitri
nikkhazami says
banyak yang jual kurta sekarang kan? banyak permintaan.
nikkhazami recently posted…Ulasan Filem Avengers Endgame
Faradidi says
awalnyaaa dah cari baju rayaaa
Faradidi recently posted…Buffet Ramadan ‘Spices Of Nusantara’ di Legoland Malaysia!
farahain zfa says
ohhh..dekatt angsana ehkk..nanti nakk singgah lerr..nak beli sehelai untuk boyfriend… ehh…
Cik puan ena says
Aritu singgah angsana tak sempat nk ke butik ni. Next time nk prgi tengok lah.
Cik puan ena recently posted…Grand Opening MBH Skin Expert Muar cawangan ke – 19