• Skip to secondary menu
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • HOME
  • WRITER
  • BLOGLIST
  • ADVERTISEMENT
  • DISCLAIMER
    • TERMS AND CONDITIONS
    • PRIVACY POLICY
  • SITEMAPS
  • CONTACT
  • CUCKOO

wanzawawi[dot]net

Blogging Is My Passion

  • Informasi
  • Tazkirah
  • Coretan Harian
  • Review
  • Teknologi
  • Dunia Blogging
  • Dunia Kereta
  • Dunia Kerjaya
You are here: Home / Dunia Kerjaya / Cara Dapatkan Kerja Idaman Anda! Bahagian 2

Cara Dapatkan Kerja Idaman Anda! Bahagian 2

February 3, 2020 By Wan Zawawi 8 Comments Filed Under: Dunia Kerjaya

Assalamualaikum…

Kenali organisasi yang anda ingin sertai adalah langkah yang seterusnya. Ini memerlukan usaha yang lebih setelah anda memutuskan untuk menyertai organisasi tersebut .

Anda perlu realistik dan mendapatkan segala maklumat tentang organisasi tersebut dengan bertanyakan soalan, membuat kajian , membaca laporan tahunan organisasi dan sebarang sumber lain yang berkaitan dengan organisasi tersebut.

Image by mohamed Hassan from Pixabay

Dalam proses pencarian maklumat dan kajian yang anda jalankan, ia akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang budaya , perkembangan dan matlamat organisasi . Kesemua ini akan memberikan bantuan yang besar dalam temuduga anda . Semasa temuduga anda harus menunjukkan anda berminat dan anda sememangnya layak untuk diambil bekerja .

Adalah mustahak untuk mengetahui tentang saiz organisasi , kedudukan dalam pasaran , lokasi geografi , jenis latihan yang dibekalkan , peluang untuk kemajuan, budaya organisasi, kekuatan dan potensi gaji . Adalah penting juga mengetahui kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh organisasi , gaya pengurusan dan dan kriteria-kriteria lain yang anda fikirkan penting .

Ini juga akan membantu anda untuk mengenalpasti sama ada posisi yang anda pohon itu bersesuaian dengan anda dan kemahiran yang anda miliki . Anda akan membuatkan orang yang menemuduga anda berasa kagum dengan pengetahuan dan persediaan rapi anda . Mereka akan mempunyai satu tanggapan bahawa anda seorang yang bermotivasi , teratur dan berkesanggupan untuk belajar serta bekerja . Dalam pendek kata, peluang anda diambil bekerja adalah tinggi .

Langkah yang seterusnya adalah menyediakan satu resume . Resume adalah satu dokumen yang mengandungi ringkasan berkaitan kemahiran kerja , pengalaman , pendidikan , pencapaian yang dihantar kepada majikan . Itu adalah item pertama yang akan ditemui oleh majikan dalam pencarian pekerja. Selepas melalui penapisan resume , satu temuduga akan diadakan .

Tujuan resume adalah supaya anda dipanggil untuk menghadiri temuduga. Itu adalah alat utama anda dalam pencarian kerja . Ia kemungkinan akan mengambil masa untuk menyediakan satu resume yang berkesan . Tetapi adalah berbaloi . Terdapat banyak buku dan rencana memberi panduan bagaimana menyediakan resume. Kebanyakan panduan yang diberikan adalah sama .

Dr. William Bridges , mengatakan , β€œ Setiap bahagian dalam resume anda – pengalaman kerja , pencapaian , pendidikan, kemahiran dan sebagainya, perlulah menonjol . Namun, dengan menggunakan profil resume , profil peribadi , ringkasan objektif kerjaya atau pernyataan kecekapan adalah cara yang efektif untuk memastikan bahawa resume anda adalah benar-benar jelas . ”

Anda berkemungkinan terlepas dari peluang temuduga sekiranya anda menyediakan profil resume dengan remeh . Saya cadangkan profil resume dibahagikan kepada dua bahagian . Bahagian pertama adalah profil peribadi dan bahagian kedua adalah profil resume . Dalam penyediakan profil peribadi anda perlu memasukkan beberapa atau kesemua elemen seperti di bawah :

** Satu ringkasan kareer anda dengan menekan aktiviti semasa anda .

** Satu senarai kompetensi atau kecekapan secara ringkas. Ini adalah satu penerangan ringkas pengalaman dan kemahiran tertentu . Contohnya , pengetahuan tentang jualan , kewangan , teknikal , kepimpinan dan sebagainya .

** Objektif kareer – apa yang anda ingin lakukan dan bagaimana pendidikan serta pengalaman kerja anda dapat membantu. Anda boleh menulis secara tepat atau secara umum dan ianya selalunya bergantung dengan jenis kerja yang anda pohon.

Anda perlu ingat bahawa janganlah berpanjang lebar dalam profil peribadi . Buatlah seringkas yang boleh . Anda boleh menerangkan dengan lebih terperinci dalam bahagian kedua iaitu profil resume .

Kunci untuk menyediakan satu ringkasan peribadi yang berkesan adalah dengan membuat analisis tentang permintaan organisasi . Kemudian kaitkan dengan pengalaman , kemahiran serta objektif anda setepat yang mungkin .

Bersambung Di Bahagian 3…

Sumber Artikel Dari : https://www.aliqassem.com

(Visited 18 times, 1 visits today)

Artikel Berkaitan:

  • Kerja Oh Kerja
    Kerja Oh Kerja

About Wan Zawawi

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya di sini .

Reader Interactions

Dapatkan Pelbagai Informasi Menarik Terus Ke Email Anda

  Provided by SendPulse

Comments

  1. Nona says

    February 25, 2020 at 6:33 AM

    Setujuuu dgn info di atas… Resume also is one of our image .. first impression buat kita yang sangat penting before dapatkan pekerjaan

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 10:56 AM

      Yup betul tu..
      Resume memainkan peranan yang penting juga

      Reply
  2. Sembah Naim Daniel says

    February 11, 2020 at 10:54 AM

    Terbaik infonya.. thanks share yer..

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 10:56 AM

      Sama-sama πŸ™‚

      Reply
  3. Nurhidaya says

    February 10, 2020 at 4:01 PM

    For share info ni.. sesuai sangat utk dicuba..

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 10:57 AM

      Sama-sama
      Semoga bermanfaat

      Reply
  4. Norfaizah Ahmad Amirfuddin says

    February 6, 2020 at 3:20 AM

    Tq share info

    Reply
    • Wan Zawawi says

      April 1, 2020 at 10:57 AM

      Sama-sama
      Terima kasih juga sebab sudi membaca artikel dan tinggalkan komen

      Reply

Polisi Komen:

Segala aktiviti di dalam ruang komen ini direkodkan . Sila berkomen dengan berhemah .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Previous Post: Selamat Tinggal Januari , Selamat Datang Februari
Next Post: Cara Dapatkan Kerja Idaman Anda ! Bahagian 3

Primary Sidebar

CARIAN

Penulis Blog

Seorang Blogger dan Juruteknik Sistem Komputer berasal dari Simpang Renggam , Kluang , Johor Darul Ta`zim yang amat menggemari dunia penulisan di blog , Informasi Teknologi dan juga warna warni Wordpress . Jika ada sebarang pertanyaan tentang Advertorial , Review dan Pengiklanan di blog ini boleh hubungi saya
Read More…

Media Sosial

Follow Us on FacebookFollow Us on TwitterFollow Us on FlickrFollow Us on InstagramFollow Us on YouTubeFollow Us on About.meFollow Us on TumblrFollow Us on Blogger

Wazy Nework @ Facebook

Wazy Nework @ Facebook

Langgan Email

Masukkan Email Anda:

Dikuasakan oleh FeedBurner

ARKIB BLOG

IKLAN

Artikel Popular

  • Sakit Mata La Pulak…. (3,490)
  • Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Periuk (3,163)
  • Bubble Belly Oil : Minyak Urut Moden Serbaguna Untuk Semua (1,517)
  • 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa (1,404)
  • Boleh Percaya Ke Cari Jodoh Di Baitul Jannah ? (866)
  • Hindari Masalah Jerawat Dan Parut Jerawat Dengan… (761)
  • CUCKOO Official Song – Beyond Standards (622)
  • Hantar Proton Wira Kesayangan Ke Bengkel Untuk… (616)
  • Unifi Mobile ? Ok Ke ? (566)
  • Demi Sesuap Nasi (497)
Blogged.my
DMCA.com Protection Status
Creative Commons License

HAKCIPTA TERPELIHARA 2007-2025 WAZY NETWORK ENTERPRISE NO. PENDAFTARAN: 202103118901 (MA0267423-K) DIKUASAKAN OLEH GENESIS FRAMEWORK , ROCKSOFT , TUNE TALK DAN USAHAWAN CUCKOO