Assalamualaikum…
Satu fakta penting dalam kehidupan untuk semua adalah untuk mencapai satu tahap kejayaan , kegembiraan dan kepuasan diri . Namun , kehidupan kita sememangnya adalah satu perjalanan yang penuh dengan liku-liku hidup yang boleh menimbulkan stress .
Ahli psikologi menerangkan stress sebagai satu tekanan yang diterima dari luar yang boleh membuat manusia berasa tegang . Ini adalah pemikiran dan reaksi atau tindakbalas badan yang tidak spesifik terhadap sebarang tuntutan ke atasnya ; ancaman , perkara atau kejadian yang benar atau yang berkemungkinan .
Terdapat dua jenis stres ; yang positif dan yang negatif .
Stress positif dipanggil “ Eustress ” dan ia berlaku apabila tahap stres itu memotivasikan kita bergerak untuk menyelesaikan sesuatu tugasan . Stress negatif pula dipanggil “ Distress ”. Ia berlaku apabila tahap stres kita sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah dan minda atau badan kita mula bertindak secara negatif yang dikenali sebagai “ Stressors ”.
“ Stressors ” menyebabkan stres . Mereka adalah nyata atau ancaman, perkara atau perubahan yang berkemungkinan . Sama ada satu atau kesemua stressors ini akan berlaku dalam kehidupan seseorang pada bila-bila masa tanpa mengira puncanya . Seseorang mungkin akan menghadapi ancaman yang pelbagai . Seseorang itu juga akan menghadapi banyak perkara yang boleh menyebabkan stress ; seperti kekecewaan , kehilangan orang yang disayangi , gangguan kesihatan , kehilangan kerja , kesesakan lalulintas dan sebagainya .
Perubahan juga adalah Stressors . Secara semulajadi manusia menolak perubahan atas banyak sebab . Manusia akan menolak perubahan sekiranya tidak ada sebab dan tujuan yang jelas tentang perlunya sesuatu perubahan itu .
Ia mengambil masa yang lama untuk menukar pemikiran , sikap , habit dan perlakuan seseorang . Menurut ahli psikologi , manusia telah membentuk satu pandangan dan perspektif yang kukuh melalui pengalaman hidup yang sekian lama. Dengan itu adalah sukar bagi manusia menerima perubahan walaupun perubahan tersebut membawa kebaikan .
Perubahan yang mendadak akan menyebabkan manusia menolak dan tidak bekerjasama dengan perubahan tersebut , dan itu akan menyebabkan stress .
Adalah mustahak untuk mengetahui bahawa perkara itu sendiri tidak akan menyebabkan stress ; adalah kepercayaan kita bahawa perkara itu boleh menyebabkan stress . Sebagai contohnya , ramai yang akan panik apabila nampak ular tetapi ada pula yang memelihara ular sebagai haiwan peliharaan kesayangan mereka .
Terdapat juga orang yang berasa stres apabila nampak darah ; bagaimana dengan doktor yang melakukan pembedahan ?
Hampir semua orang akan berasa stress dalam sepanjang hidup mereka. Sekiranya stress itu berada dalam tahap yang terkawal , seseorang itu akan pulih tanpa rawatan . Namun , terdapat golongan orang yang tidak melengkapkan diri dengan cara untuk mengawal tahap stress pada diri mereka . Dengan itu , mereka akan berasa derita sehingga stres itu mencapai satu tahap yang boleh mengancam nyawa mereka .
Terdapat juga ramai orang yang dapat menangani stres secara positif. Yang lain pula perlu belajar dan mengikuti program pengurusan stres yang efektif bagi membantu mereka menangani stress .
Terdapat banyak cara dan amalan yang senang dilakukan dalam mengawal tahap stress anda . Cara-cara dan amalam-amalan itu akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang .
Sumber Artikel : https://www.aliqassem.com
labu says
semua orang pernah merasai stress.. stress perlu ditangani dengan bijak..
labu recently posted…PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP (BSH) AUTOMATIK DAPAT BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)
Wan Zawawi says
Betul tu
kena pandai tangani stress
sunah sakura says
sesiapa yang boleh bekerja di bawah stress yang tinggi memang hebat!
sunah sakura recently posted…‘Health Tag’ Boleh Cegah Wabak COVID-19?
Wan Zawawi says
Yup…Memang betul tu , fizikal dan mental juga kena kuat